Sabtu, 18 Februari 2012

misai kucing kemunting cina rawat barah


Penghidap barah mungkin tidak perlu terlalu bimbang dengan kos rawatan yang tinggi seandainya kajian yang mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan terbukti benar.Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 itu mendapati ekstrak kededua tumbuhan tersebut mampu menghalang sel barah daripada merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit itu. Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Profesor Madya Mahamad Noor Jaafar, berkata kajian lanjut mengenainya, termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit barah, sedang giat dijalankan. ‘Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ($410,812) ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing (gambar atas) dan kemunting Cina (gambar bawah) membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan. Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kami juga akan mendapatkan kelulusan piawaian badan berkaitan,’ katanya. Profesor Mahamad Noor berkata pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan herba dalam menyembuhkan penyakit, termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya. ‘Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali memang dikenali mempunyai khasiat menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kemunting Cina tidak begitu popular di negara ini. ‘Kami akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,’ katanya.

Oleh Zanariah Abd Mutalib

USM, UniMAP hasilkan ekstrak herba halang sel kanser merebak

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan. Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP
Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.
“Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu. Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya. “Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini. “Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.


Herba misai kucing untuk merawat barah

Sumber artikel dari Berita Minggu Ahad , 18 Disember 2011.

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan. Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan. “Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan. “Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu. Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya. “Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini. “Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya
.
KANGAR – Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah. “Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam. Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun. Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah. Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung. Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara. Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.