Sabtu, 18 Februari 2012

Apa anda perlu tahu tentang Barah



Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan

Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal

Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain. Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah

Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis barah

Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
·         Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
·         Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
·         Lymphoma - dari kelenjar lymph.
·         Lukemia - dari sel darah putih.

Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya. Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal. Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah. Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?
Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah. Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa. Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini. Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:
·         Sinar X dan imbasan
·         Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
·         Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
·         Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
·         Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
·         Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal
Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

Cara merawat atau mengubati barah
Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
·         Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
·         Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
·         Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
·         Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
·         Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
·         Elakkan menghisap rokok
·         Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
·         Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
·         Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
·         Kurangkan makan bahan-bahan manis
·         Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
·         Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah

Tujuh tanda-tanda barah
1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara

Dipetik dari American Cancer Society 
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peningkatan penyakit barah di negara ini semakin membimbangkan dengan lebih 40,000 pesakit baru dikesan di seluruh negara - menjadikannya sebagai pembunuh nombor dua negara selepas penyakit jantung. Daripada jumlah tersebut 80 peratus membabitkan barah payu dara diikuti barah prostat dan beberapa jenis barah lain seperti tulang dan darah. Lebih membimbangkan ialah kos rawatannya adalah tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pesakit. Mereka yang diserang barah biasanya memerlukan kos antara RM40,000 ke RM300,000 untuk rawatan berikutan peralatan dan ubat-ubatan yang mahal.

Mengapa penyakit barah semakin meningkat?
Menurut Majlis Barah Malaysia (Makna) puncanya ialah: Perubahan gaya hidup, persekitaran, makanan dan cara pemprosesannya serta tekanan hidup. Ketika mendedahkan perkara itu Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin berkata, statistik itu diperoleh berdasarkan kes baru barah yang didaftarkan. ``Kesatuan Antarabangsa Menentang Barah (UICC) meramalkan menjelang 2020 penyakit barah akan muncul sebagai pembunuh nombor satu dunia dan sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapinya. ``Pemeriksaan awal di kalangan orang ramai boleh membantu rawatan awal diberikan kepada mereka yang dikesan mengalami barah,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertambahan jumlah pesakit barah di seluruh negara setiap tahun. Mohd. Farid memberitahu, walaupun tahap kesedaran mengenai penyakit maut itu semakin berkembang namun kebanyakannya lambat ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan segera. ``Penyakit barah mempunyai empat tahap dan kebanyakan pesakit datang selepas mereka sudah berada ditahap tiga dan empat.
``Walaupun pelbagai kempen sudah dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan sukarela termasuk saya sendiri yang sudah letih berkempen mengenai barah, tetapi ia bergantung kepada kehendak individu itu sendiri untuk merawat diri mereka,'' katanya. Mohd. Farid memberitahu, Makna telah melakukan banyak pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mendapatkan pendekatan perubatan baru bagi mengurangkan kos rawatan barah yang terlalu mahal. ``Makna mendapati percantuman pendekatan perubatan moden cara Barat dan Timur, jauh lebih murah dan amat besar keberkesanannya. ``Saya telah menjelajah ke seluruh dunia dan menemui banyak lagi cara-cara baru untuk merawat barah terutamanya di Eropah dan penemuan ini yang akan dibangunkan,'' katanya. Beliau memberitahu, sejak ditubuhkan pada 1994, sebanyak 85,000 pesakit barah telah mendapatkan rawatan dengan Makna dengan kos mencecah berpuluh-puluh juta ringgit. Mohd. Farid turut mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berjanji berusaha memastikan rawatan dan ubatan bagi penyakit barah lebih mudah diperoleh pada harga lebih murah. ``Makna amat bersedih dengan kehilangan isteri beliau Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood akibat barah payu dara dan keazaman Perdana Menteri itu diharap dapat membawa dimensi baru dalam merawat penyakit barah,'' katanya. Semalam semasa menggulung usul merakamkan perasaan dukacita di atas kembalinya ke rahmatullah Endon di Dewan Rakyat, Abdullah berkata, pengajaran yang diperoleh daripada kesakitan yang dialami oleh isterinya ialah semua rakyat harus bersama-sama menangani penyakit itu.

Assalammualaikum...
Korang tak takut ke? Baik berjaga-jaga..mencegah sebelum kena...Harap member2 boleh kongsikan tips mencegah barah ni. Bagi saya paling utama pemakanan kena jaga.
Faktor yg mempengaruhi kesihatan yg saya pernah saya dengar dalam satu ceramah:
- 10% daripada perubatan.
- 20% daripada keturunan.
- 20% daripada persekitaran.
- 50% daripada gaya hidup.
Gaya hidup termasuklah pemakanan seimbang, xtvt fizikal, rutin harian dan makanan tambahan. Makanan tambahan sekarang macam2 kita dengar. Lagilah dari syarikat MLM, macam2..yg tu elok..yg ni elok..so, pastikan anda memilih dengan bijak. Amalkanlah gaya hidup sihat..

Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera. Sejak oktober tahun lepas, selepas kematian isteri PM kita, selepas MAKNA diwujudkan..sampailah sekarang, saya masih tertunggu-tunggu program spt kempen kesedaran barah. Sedangkan pesakit barah semakin ramai. Di tv biasa kita tengok dokumentari kempen utk denggi dan tak nak. Mana kempen utk barah?
Ada tak sape2 sini yg ada join sukarelawan MAKNA atau Persatuan Kebangsaan Barah Malaysia (NCSM)? Best tak?
Terbaru: Rumusan drp kajian tentang punca barah:
Kaedah menggoreng makanan punca barah
Rumusan berdasarkan perbandingan masakan Melayu, Cina dan India
LONDON: Cara menggoreng dengan merendam dalam minyak yang banyak seperti yang selalu dilakukan di gerai tukang masak Melayu boleh meningkatkan risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing, menurut penyelidikan sepasukan saintis dari Universiti Singapura.Pasukan penyelidik membuat rumusan selepas membandingkan kaedah memasak makanan Melayu, Cina dan India.Kajian mereka yang disiarkan dalam Journal of Environmental Monitoring, menganalisis kualiti udara di dapur tiga gerai makanan berkenaan.
Menurut saintis, kaedah menggoreng terendam yang digunakan dalam masakan Melayu membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons iaitu bahan kimia penyebab barah berbanding menggoreng sambil mengacau di dapur tukang masak Cina.
Sementara di gerai makanan India, kebanyakan makanan dididihkan atau direbus, kaedah yang mengurangkan pembebasan bahan kimia itu. Bahan kimia yang turut ditemui dalam tembakau dibebaskan apabila minyak dipanaskan sehingga suhu tinggi. Ketua pasukan penyelidik, Dr Rajasekhar Balasubramanian berkata: “Perbandingan terhadap kaedah memasak berbeza mendapati cara menggoreng terendam membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons berbanding kaedah memasak lain, yang berpunca dari suhu tinggi yang diperlukan ketika memasak dan jumlah minyak banyak yang digunakan untuk tujuan itu.

“Di gerai Melayu, makanan yang digoreng kebanyakannya berkanji. Jadi, berkemungkinan besar kentang yang digoreng juga mengeluarkan jumlah besar polycyclic aromatic hydrocarbons, seperti di gerai makanan Melayu.” Kajian juga mendapati pendedahan berterusan kepada minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kentang boleh meningkatkan risiko barah. Saintis berkata, partikel yang berpotensi mendatangkan bahaya dibebaskan ke udara apabila minyak dipanaskan sehingga mencapai suhu diperlukan untuk menggoreng kentang. Semua minyak masak mengeluarkan partikel itu tetapi minyak sayur-sayuran paling bahaya termasuk minyak jagung dan minyak zaitun, kata penyelidik.
Kentang yang digoreng mengeluarkan sejumlah polycyclic aromatic hydrocarbons. Kajian yang disiarkan oleh Royal Society of Chemistry, menganggarkan bahawa seseorang yang kerap terdedah kepada paras tinggi kimia berkenaan mempunyai satu dalam 100 risiko menghidap barah. Malam kelmarin, penyelidik menasihatkan tukang masak supaya memastikan dapur mereka mempunyai pengaliran udara sempurna dan sebaliknya merebus atau mengukus makanan, bukan menggoreng. – Agensi


FAKTA:
# Kaedah menggoreng makanan tingkat risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing
# Kaedah Menggoreng bebaskan polycyclic aromatic hydrocarbons yang menyebabkan barah
# Minyak jagung dan minyak zaitun paling berisiko – Dari itu gunakan Minyak Kelapa Dara yang lebih stabil pada suhu tinggi. ! Minyak Kelapa Dara adalah medium chain saturated Fatty Acids. Maksudnya rantai lemak tepu rantaian panjang sederhana yang sama sifatnya dengan medium chain saturated Fatty Acids yang terdapat dalam susu Ibu. Sila rujuk Surah Ibrahim, ayatnya saya dah lupa… yang menggambarkan kekuatan dan keteguhan pokok kelapa. Pokok kelapa tidak menyembah bumi ketika Acheh dilanda Tsunami dulu. Ini menguatkan deskripsi dirinya masuk dalam keterangan ayat Al Quran Surah Ibrahim itu (Menurut cerita orang yang benar benar terjumpa malam Lailatul Qadar, pokok kelapa memang menyembah rapat ke bumi dan air jadi beku tetapi semasa tsunami kenapa pokok kelapa tidak tumbang kerana pokok2 adalah juga tumbang?).

Masjid juga tidak runtuh semasa Tsunami di Aceh dan juga tidak runtuh semasa gempa di Bam Iran. Masjid Kobe tidak roboh sebaliknya berdiri kukuh semenjak tahun 1935. Kesemua bangunan lain di Kobe runtuh musnah menyembah bumi akibat dibom tentera berikat 1944 1945; sebaliknya Masjid Kobe iaitu masjid yang pertama kalinya dibina di Jepun tetap utuh. Malangnya tak ada orang Jepun yang mengkaji atau mengambil pengajaran darinya !!! Agama di Jepun adalah Shinto, Buddha, Animisme atau tiada agama. Mereka menyembah bukit besar, patung besar, pokok besar, bangunan besar yang tiada boleh berkata-kata dan juga tidak boleh menjadikan sesuatu. Semoga Allah buka pintu hati mereka bagi menerima Petunjuk … Amin.
Penyakit-penyakit ini dah jadi trend pulak zaman sekarang ni. Kebanyakan rakyat malaysia yang berumur 45 tahun keatas mengalami pelbagai jenis penyakit.sebab apa?

-pencemaran air
-pencemaran udara
-pemakanan
-kurang bersenam
-tidur yang tak cukup
-tekanan hidup
-ubat dan bahan kimia
-gelombang radio

faktor-faktor ni merupakan antara penyebab rakyat malaysia mempunyai masalah kesihatan. kita memang tak dapat nak elak dari memakan ayam suntik, sayur yang diracun dan sebagainya. pengambilan maknanan kesihatan adalah alternatif.

p/s penyakit-penyakit ni dah tumbuh naik macam cc plak. 
Kalau bercerita ttg barah, dah jd macam penyakit biasa especially dlm negara yg sedang and membangun. Malaysia salah satu contoh.

Just nak share sedikit bacaan ttg Barah Lymphoma :

Lymphoma Symptoms

There are some symptoms for lymphoma but most if not all are not specific to lymphoma (they can point to other diagnoses such as infection or "Cat Scratch Fever"). Note - not all symptoms appear in all cases, again problematic on making a diagnosis easily.

Below are listed some symptoms and if they are indicative of a particular form of lymphoma (Hodgkin's Disease = HL, or a form of Non-Hodgkin's Lymphoma = NHL):

* Lymph node swelling, often in the upper body area but it can be in almost any node or related lymph system organ. The node is usually NOT painful as opposed to infected lymph nodes which are common and can be painful
(HL, NHL)

* A lack of energy, general fatigue. (HL, NHL) 

* Weight loss - usually at least 10% over a short time (HL, NHL)

* Fevers which can come and go. This can be accompanied by chills or a feeling of temperature swings (HL, NHL)

* Night sweats - unexplained sweating at night, often drenching (more often HL than NHL)

* Itching - itching without an apparent cause or rash, sometimes deep in the skin rather than on the surface, sometimes on different parts of the body (more often HL than NHL)
* Fever above 100 degrees Fahrenheit (38 degrees Celsius) for over one week.

Less Often:

* Some people have lower back pain that is unexplained (may be caused by expanding lymph nodes pressing on nerves). (HL, NHL)

* Lymph nodes are possibly painful after alcohol consumption. (HL)
* Skin patches, lesions, itching (NHL of the skin / cutaneous)

What now?

A good percentage of diagnoses are made during routine tests, x-rays, or even while pregnant. This is how difficult it is to diagnose lymphoma based on external symptoms alone. If you, a family member, friend, or loved one is suspected of having lymphoma, they should see a qualified medical professional like your own doctor. 

---------------
Doktor pun tak berani nak kata the exact cause of the barah. Terlalu byk, salah satunya cara pemakanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.