Magnet yang merbahayakan kesihatan
anda
Satu kajian dari Princeton
University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang
dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan bertambah
sifat karsinogenik mereka. Mungkin betul juga kajian tersebut, semakin hari
semakin banyak pesakit kanser yang dikesan dan menerima rawatan di hospital
kerajaan. Kalau kita pergi ke rumah saudara atau kawan-kawan.
Lihatlah pada pintu peti
ais mereka dipenuhi berbagai magnet yang cantik dan berwarna warni. Mungkin
senang nak melekatkan bil atau nota kecil yang penting. Jumlah magnet yang
dilekatkan kadang-kadang sampai berpuluh banyaknya.
Dulu ada satu kajian
mengatakan bahawa makanan yang kita makan sekarang banyak mengandungi bahan
toksik dan bahan kimia berbanding zaman dahulu. Tapi rupa-rupanya kita sendiri
yang menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais itu tercemar oleh
"pancaran medan elektromagnet". Kadang-kadang berminggu-minggu kita
menyimpan makanan seperti ikan, daging ayam sebelum dimasak. Pada tahun 1990an,
telefon bimbit Motorola, jika diletak pada sudu akan melekat kerana magnetnya
sangat kuat. Banyak kes barah otak dilaporkan sehingga syarikat tersebut
terpaksa memberhentikan pengeluarannya.
Kanser sel selalunya
terjadi apabila satu sel sahaja yang "active" dan ia mula merebak
diam tanpa pesakit mengetahui perkembangannya. Kanser adalah seperti "time
bomb" dan hanya diketahui pada "aras 4" apabila pesakit mula merasakan
perubahan pada diri seperti demam yang berpanjangan, loya dan tidak bermaya
serta kurang selera. Selalunya pada "stage 4 " sudah terlewat untuk
menerima rawatan, hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sahaja diberi sebagai
rawatan pada pesakit kanser.
Kadang-kadang rawatan
kemoterapi belum tentu dapat menyembuhkan pesakit kanser tapi sangat
menyeksakan sehingga habis semua rambut gugur. Yang paling menyakitkan iaitu
apabila mengambil air tulang "bone marrow". Pesakit kanser yang
sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai satu tahap, akan berputus asa dan
tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi dan pasrah akan hidupnya. Jangan
biar orang kesayangan anda menerima nasib yang sedemikian.
Ini bukanlah untuk
menakutkan pembaca tetapi kita boleh membuat pemeriksaan awal mengesan sel
kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan berpandu
daripada darah kita, ia dapat mengesan sel kanser jika baru nak
"active". Pada peringkat awal ini, rawatan dapat membunuhnya terus
sel yang "active". Jangan ingat dalam minda kita, ini sudah
ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan
yang merupakan satu ibadah untuk kita. Jika umat Islam sehat maka agama Islam
pun kuat. Jika umat Islam lemah, musuh-musuh Islam akan menang.
Pelbagai andaian mungkin
benar juga mengapa sesetengah ahli keluarga mereka menghidap kanser ternyata
datangnya dari makanan yang kita makan. Sejumlah penyelidik dan saintis di
Princeton 's University telah menemui sesuatu yang menakutkan!. Untuk beberapa
bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus.
Kajian
oleh Penyelidik
Kumpulan pertama yang
diberi dengan makanan disimpan di peti ais tanpa magnet. Kumpulan kedua dengan
makanan yang disimpan di dalam peti ais tapi dengan beberapa hiasan magnet
dilekatkan pada pintu peti ais. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat
bagaimana "pancaran medan elektromagnet" yang keluar dari magnet hias
di pintu mempengaruhi sumber makanan. Dari hasil kajian klinikal menyatakan
bahawa kumpulan tikus yang diberi makanan yang "terpancar medan
electromagnet" mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% makanan lebih tinggi
untuk mendapatkan kanser berbanding dengan kumpulan tikus lain.
Kerajaan tidak boleh
menjelaskan atau persatuan kesihatan/institusi untuk memberikan kenyataan
berkaitan dengan hal ini kerana masih dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya
dalam kes ini adalah dinasihatkan untuk menghilangkan atau menanggalkan magnet hiasan
dari peti ais anda dan meletakkannya jauh dari makanan.
Sila sampaikan maklumat
penting ini kepada kenalan dan saudara anda. Mencegah lebih baik dari merawat.
Semuga kita terhindar dari penyakit kanser yang banyak membawa keburukan dan
kedukaan sesebuah keluarga bahagia.
Aqidah
anda tentang kuasa magnet.
Pada hukum tauhid. Semua
kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan dari diri kita.
Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat
ma'niyah. Sifat ini berdiri dengan zat iaitu hal kelakuan pancarannya,
dikeranakan dengan satu kerana. Jika kehendakNya, bukan kuasa magnet boleh
menyebabkan kanser. Semuanya kerana kehendak Allah SWT. Yang menjadi asbab
penyakit tersebut jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya.
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.