MENANGANI LESU DISEBABKAN OLEH RAWATAN KANSER
Risalah ini meliputi soalan
yang lazim tentang lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser. Rasa lesu
merupakan rasa amat letih yang dialami oleh banyak orang yang menjalani rawatan
kemoterapi dan radioterapi. Sesetengah orang yang menjalani pembedahan, terapi
hormon atau imunoterapi juga mengalami lesu akibat rawatan tersebut. Lesu
merupakan kesan sampingan rawatan kanser yang paling lazim dialami oleh
pesakit. Lesu disebabkan rawatan kanser berbeza daripada rasa letih yang
dialami setiap hari. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba. Tidak seperti rasa
letih yang biasa, ia tidak semestinya disebabkan oleh melakukan senaman atau
aktiviti harian yang lama. Biasanya rehat tidak dapat melegakan lesu. Lesu
boleh menyusahkan dan mengganggu kehidupan anda. Setiap orang mempunyai simptom
yang berlainan. Orang yang mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser
menyatakan berasa lemah, penat, mengantuk, keliru atau tidak sabar. Ada orang
yang berasa tidak boleh bergerak. Ada pula yang berasa tangan dan kakinya lemah
atau
sakit dan rasa tidak puas
bernafas, meskipun selepas membuat aktiviti yang ringan. Bagi kebanyakan orang
lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser amat berbeza daripada apa jua lesu
yang pernah mereka alami.
Bagaimanakah
rasanya?
Lesu boleh menjejaskan fikiran dan perasaan anda.
Anda mungkin perlu banyak tidur.
Tubuh anda mungkin berasa letih, emosi dan/atau
fikiran juga berasa letih.
Tubuh anda, terutamanya kaki dan tangan anda mungkin
berasa berat.
Bagaimanakah
ia boleh menjejaskan anda?
Anda mungkin tidak berapa ingin hendak melakukan
aktiviti biasa, seperti makan atau membeli-belah.
Anda mungkin berasa sukar untuk memberi tumpuan atau
berfikir dengan jelas. Lesu ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah. Kemoterapi
biasanya akan menyebabkan kurang darah atau anaemia. Ini bermakna hanya sedikit
sel darah merah sahaja yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh anda.
Radioterapi dan kehilangan darah semasa pembedahan juga boleh menyebabkan
anaemia. Perkara lain yang berkaitan dengan penyakit anda juga boleh
menyebabkan anda berasa letih: tidur tidak lena, stres, murung, mengalami
infeksi, sesetengah ubat, tidak bersenam, dan tidak makan dengan sempurna.
Sesetengah perkara yang menyebabkan lesu ini boleh dirawat, oleh itu anda perlu
berbincang dengan doktor.
Jika anda berasa lesu, akuilah
hakikat ini dan beritahu terus terang kepada orang lain. Tanya doktor jika ada
rawatan yang boleh membantu anda.
Bagaimanakah
orang menanganinya?
Cuba idea ini:
Tetapkan apa yang hendak dibuat kecil-kecilan dahulu
dan yang terdaya dilakukan.
Apabila anda merancang apa yang hendak dibuat setiap
hari, jangan lupa tentang waktu rehat. Catatkan apa yang anda rasa. Contohnya,
jika anda berasa letih pada waktu pagi, rancanglah untuk berehat pada waktu
tersebut.
Tidur atau berehat sekejap-sekejap beberapa kali daripada berbuat sedemikian
dalam masa yang lama.
Jangan buat kerja lebih daripada yang terdaya.
Berhenti sebelum anda berasa letih.
Makanlah sebaik mungkin dan minum banyak cecair atau
jus buah / jus sayuran. Ada orang mendapati memakan banyak buah-buahan dan
sayuran serta makanan jenis bijirin (seperti nasi, mi, dll.) membuatkan mereka
berasa lebih bertenaga. Pakar pemakanan dapat membantu jika anda hendak menukar
memakan makanan lain yang tidak lazim dimakan.
Merokok boleh mengurangkan tenaga. Jika anda merokok,
berbincanglah dengan doktor tentang cara hendak berhenti merokok.
Bersenamlah setakat yang anda terdaya. Senaman boleh
membuatkan anda kuat dan berasa bertambah sihat. Jika anda tidak pernah bersenam,
anda boleh mulakan dengan berjalan perlahan-lahan, mula-mula selama lima hingga
sepuluh minit dan beransur-ansur menambahkan masa setakat yang anda terdaya.
Anda juga boleh cuba lakukan senaman ringan yang lain.
Jika anda memang biasa melakukan senaman yang berat,
cuba lakukan senaman yang lebih mudah dan pendek masanya yang anda suka.
Contohnya, jika dahulu anda suka berlari, sekarang cuba yoga atau tai ci.
Cuba lakukan perkara yang membuat anda riang.
Keriangan ketika ketawa bersama kawan-kawan atau bermain dengan haiwan
kesayangan anda boleh menceriakan anda.
Mendengar muzik, membaca dan bertafakur tidak
memenatkan badan sebaliknya boleh membuat anda berasa relaks.
Buat apa yang anda perlu dan mahu buat. Jika ada orang
sekeliling anda yang boleh dan mahu membantu anda, biarlah mereka buat
sesetengah kerja yang lazim anda buat.
Jika perlu hadkan bilangan orang yang datang melawat
anda.
Elakkan stres: teknik untuk relaks dan bersenam boleh
membantu mengurangkan stres yang tidak dapat dielakkan.
Hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706 supaya
dapat dihubungkan kepada sukarelawan KanLink yang boleh berkongsi
pengalaman mereka tentang cara menangani masalah ini.
Sertailah kumpulan sokongan. KanHelp Line boleh
memaklumkan tentang kumpulan sokongan yang berhampiran. Bercakap tentang
perasaan anda akan dapat meringankan rasa lesu, dan anda juga dapat mendengar
bagaimana orang lain yang mengalami masalah seperti anda dapat mengatasinya.
Di bilik air
Duduk
apabila mandi dan mengelap badan.
Mandi
terlalu lama boleh menyebabkan anda berasa lebih letih.
Letakkan
peralatan untuk mandi di tempat yang anda mudah capai.
Pasang
tempat berpaut dan berpegang di tempat mandi dan jamban.
Gunakan span dan berus mandi yang
panjang pemegangnya.
Pasangkan tempat duduk yang tinggi di
atas jamban.
Memakai pakaian
Rancangkan
apa yang anda hendak pakai dan sediakan pakaian tersebut sebelum memakainya.
Pakai pakaian sambil duduk dan cuba
elakkan
daripada membongkok ketika
berdiri.
Pakai pakaian yang longgar dan kasut
bertumit
rendah.
Kerja rumah dan bekebun
Cuba dapatkan tukang cuci rumah dan
tukang kebun.
Biarkan
keluarga atau kawan bantu.
Rancangkan kerja yang hendak
dilakukan untuk seminggu (contohnya, sehari mem-basuh, di hari yang lain
memvakum lantai) supaya anda tidak melakukan banyak kerja dalam sehari.
Kurangkan kerja anda
daripada
biasa!
Jika boleh, buat kerja sambil duduk.
Membeli-belah
Gunakan
troli bukannya bakul.
Minta
kedai hantarkan barangan belian ke rumah. Anda boleh membuat pesanan dari
rumah.
Minta
tolong. Membelilah di kedai yang pekerjanya baik dan boleh menolong anda
membawa barangan belian ke kereta anda.
Pergilah
membeli-belah semasa waktu ti-dak sibuk (pagi atau sebelum petang).
Susunkan senarai barangan yang hendak
dibeli mengikut lorong barangan diletak di kedai sekiranya anda telah biasa
dengan kedai itu.
Panduan untuk
mengurus aktiviti harian
Penyediaan makanan
Gunakan
makanan dingin beku.
Sediakan makanan yang tidak susah
dimasak:
makanan dalam tin seperti sar-din, tuna dan salmon; salad; telur dadar dan
telur hancur; kentang bakar; sayur kukus; sayur goreng; dan salad buah-buahan
adalah makanan sihat yang mudah disediakan.
Susun barang-barang untuk memudahkan anda
mengambilnya dengan tidak perlu membongkok. Simpan periuk dan peralatan memasak
yang selalu digunakan di atas bangku bukannya di dalam almari.
Jika
anda mampu, pesan makanan dari kedai. Terimalah undangan untuk makan bersama
keluarga dan kawan-kawan.
Rendam pinggan mangkuk sebelum
mencucinya,
jangan menyentalnya dan biarkan ia kering sendiri. Cuci pinggan mangkuk setiap
kali lepas makan supaya tidak tertimbun nanti.
Jika anda masak sup atau sos pasta,
masak lebih sedikit supaya sebahagiannya boleh didingin beku.
Menjaga anak
Ajak anak-anak bermain di tempat yang
anda boleh duduk: melukis gambar,
bermain
permainan yang menggunakan papan permainan, permainan di komputer dan membaca.
Minta
anak-anak naik ke riba anda, jangan angkat mereka.
Beri
anak makan searas dengan mereka (seperti di meja permainan) jika mereka terlalu
kecil untuk memanjat kerusi makan di rumah anda.
Aturkan orang menjaga anak-anak
supaya anda ada masa untuk rehat.
Jika
anda mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser dan mendapati sukar
untuk menjalankan tugas, cuba bincang dengan majikan anda sama ada masa kerja
anda boleh diubah suai.
Jika
lesu yang dialami menyebabkan anda sukar hendak bekerja, pertimbangkanlah untuk
mengambil cuti atau mengurangkan waktu bekerja untuk jangka pendek.
Jika
boleh, rancang untuk bekerja secara bersungguh-sungguh apabila anda berasa
bertenaga dan rancang untuk merehatkan diri apabila anda berasa penat.
Jika
pekerjaan anda melibatkan banyak aktiviti yang perlukan anda untuk membongkok
dan bergerak, pertimbangkanlah untuk menukar tugas anda untuk jangka pendek.
Elakkan daripada membongkok dan
mencapai benda dengan meletakkan barang yang anda selalu gunakan di tempat yang
mudah dicapai. Jika perlu membongkok untuk mengambil
sesuatu, duduk
bertinggung, jangan membongkok dari pinggang. Gunakan kereta tolak untuk
mengalihkan barang yang besar.
Jika boleh, minta orang lain buatkan
kerja yang anda dapati sukar untuk melakukannya.
Santai
Keluar
dengan teman lebih mudah daripada keluar bersendirian.
Buatlah
sesuatu secara beransur-ansur dahulu; apabila rasa lesu semakin kurang barulah
buat aktiviti yang lebih besar.
Rancang
masa rehat antara masa melakukan aktiviti.
Cuba jangan terlalu memenatkan badan.
Adakah rehat
sentiasa yang terbaik?
Keluarga
dan kawan-kawan mungkin menasihati anda supaya ‘bersenang-senang’ dan ‘berehat
banyak-banyak’. Tetapi berbaring di tempat tidur terlalu lama boleh menyebabkan
anda berasa lebih letih. Jika anda rehat terlalu lama, otot anda akan menjadi
lemah dan anda akan mendapati sukar untuk bergerak aktif bila anda hendak
berbuat demikian. Oleh itu, cara yang terbaik ialah sentiasa aktif sedaya
mungkin.
Berbincanglah
dengan doktor atau jururawat tentang berapa banyak rehat di tempat tidur dan
senaman yang mereka cadangkan.
Orang lain tidak akan faham bahawa
rehat tidak semestinya boleh menghilangkan lesu. Oleh itu, elok kalau anda
beritahu mereka bagaimana lesu ini berbeza daripada letih biasa.
Bercakaplah
dengan doktor sebelum memulakan program senaman. Bincangkan tentang cara lain
untuk menangani lesu dan meneruskan kehidupan sedapat-dapatnya seperti biasa.
Bilakah saya
perlu berbincang dengan doktor atau jururawat?
Beritahu
doktor atau jururawat jika anda:
berasa
pening
berasa
hendak jatuh ketika berjalan atau bangun dari katil atau kerusi
jatuh
atau cedera
berasa
sakit-sakit badan
kurang
bertenaga
susah bangun tidur
terlalu
letih untuk meninggalkan tempat tidur selama dua puluh empat jam
berasa
lesu yang semakin teruk
berasa
mengah
berasa
keliru atau tidak dapar berfikir dengan jelas
susah hendak tidur
KanWork 03-8947 2706
http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/
http://www.cancereducation.org.my/
Cancer Resource
Centre
Aras G,
Bersebelahan Pusat Sumber Diabetes, Hospital Putrajaya,
Putrajaya,
Malaysia. +603-8312 4200 ext 1105
Projek Usahasama CaEd, Malaysia dan The Cancer Council
Victoria, Australia
Diterjemah
daripada penerbitan: Penterjemah:
Ramlah Muhamad
Anda mungkin
akan dapati lesu mula berkurang apabila rawatan kanser anda berakhir. Walau
bagaimanapun,
ada orang yang masih berasa lesu selepas beberapa lama rawatan berakhir.
Kadangkala
lesu akan berhenti tetapi kemudian akan datang lagi. Anda perlu bersabar jika
anda lambat pulih tidak seperti yang diharapkan. Jika lesu ini menyebabkan anda
runsing, bercakaplah dengan doktor atau jururawat. Mereka mungkin boleh menganggarkan
berapa lama anda akan menghadapi lesu itu.
Bilakah lesu akan
bertambah baik?
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi KanHelp
Line di 03-8947 2706. Perkhidmatan
ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.