http://selangor2u.com/blog/2011/06/panadol-punca-kanser-darah/
Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan
utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan
utama anda kepada ubat yang lain. Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington
telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan
meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu.
Apa Itu Acetaminophen?
Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di
Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita
kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara
meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai
antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita
‘Panadol’ telah menjadi satu jenama ubat paracetamol yang mudah di dapati.
Acetaminophen
bersifat lebih lembut berbanding aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi
pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu
mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen
yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu menjadikan ia sebagai jalan
pintas untuk menghilangkan sakit kepala.
Kajian
terkini yang dijalankan, telah mengesahkan bahawa pengambilan acetaminophen
secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya mendapat
kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland
Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa
“Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah
satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait
yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic
malignancies’ hampir dua kali ganda”. Hematologic Malignancies merujuk kepada
jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa.
Para
penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen
sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua
kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah.
Kanser-kanser ini termasuklah myeloid
neoplasms, non-Hodgkin
lymphomas dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan
penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai
kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat
kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar
kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai. Memang Panadol selalunya
dikatakan ubat mujarab untuk sakit kepala dan demam tetapi kesannya juga sangat
serius. Jadi cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan ubat
anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.