Isnin, 26 Disember 2011

Bahasa Kebangsaan Diperkosa


Barah Masyarakat : Bahasa Kebangsaan Diperkosa

Bahasa Malaysia disesuaikan sedari Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 200 juta penutur. Satu jumlah yang besar. Bahasa Indonesia ( Bukan Bahasa Malaysia! ) telah diguna pakai di PBB. Bahasa Melayu ditutur oleh Yang Di Pertuan Agong serta Sultan atau Yang Di Pertua setiap Negeri. Mencabuli Bahasa Melayu bermaksud mencabuli Yang Di Pertuan Agong. Yang Di Pertuan Agong menjadi lambang kekukuhan bangsa, agama dan adat istiadat Bangsa Malaysia.

Bahasa mewakili jatidiri, bangsa dan kekuatan anda. Tanpa bahasa, rosaklah bangsa, musnahlah budaya. Melayu hancur rosak binasa. 

Tidakkah kita perhatikan Profesor berbangsa Jepun yang mempunyai 3 – 4 ijazah PhD namun masih tidak tahu bertutur bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol dan sebagainya? Mereka mengagungkan bahasa ibunda mereka sampai kita terpaksa menggunakan bahasa Jepun di Pasaraya Terkemuka ibukota! Di Lapangan Terbang serupa juga ceritanya berpunca dari kita sendiri sangat menghormati orang Jepun yang hanya tahu bertutur dalam bahasa Ibunda mereka. Tidak ada Bahasa Malaysia dituturkan di Pasaraya atau Lapangan Terbang Negara lain! Tidakkah kita ambil hati bahawasanya betapa Negara lain tidak menghormati Bahasa Malaysia? Tidak ingatkah kita akan saudara sebangsa kita Tuan Mahathir Lokman diberikan pengiktirafan tertinggi kerajaan Perancis kerana mendaulatkan bahasa Perancis semasa Tilawah Al Quran? Berapa kali kita memberi penghargaan serupa kepada rakyat kita sendiri atau rakyat asing yang menjulang martabat bahasa dan bangsa? 

Tidak malukah kita dikatakan bangsa yang tidak punya bahasa sendiri akibat terikut-ikut rentak budaya Inggeris tukang si penjajah negara lagi si pengkhianat bangsa? Sayang sangatkahkah kita kepada Inggeris yang menggantung bunuh Tuk Kenali kaki ke atas, kepala ke bawah kerana memperjuangkan bangsa dan agama? Adakah kita hormat kepada Inggeris lalu tidak meminda Artikel 11 Perlembagaan Negara? Susah sangatkah meminda Akta? Benarkah langkah kita melakukan perhimpunan seribu Ummah? Betulkah tindakan kita gegak gempita terpekik terlolong selamatkan Ummah di Stadium Merdeka? Sayang sangatkah kita kepada bangsa yang menyeksa Mat Kilau pahlawan terbilang bangsa Malaysia?

Kasih sangatkah kita kepada Inggeris yang membunuh Tok Janggut, Tok Gajah, Rentap, Mat Salleh, Dato Bahaman, Rosli Dobi, Dato Maharaja Lela dan banyak lagi pahlawan bangsa? Sia-siakah saja pengorbanan Nenek Moyang kita dahulu? Apa kita tidak punya moyang yang diseksa di tanahnya sendiri? Kenapa kita biarkan bahasa kita diporak-peranda, dicabek-rabik oleh pengaruh Inggeris? Kalau bukan kita sendiri yang sanggup membela bahasa ibunda, Kita nak harap siapa lagi? Jangan kita salahkan golongan muda terumbang ambing tanpa arah akibat golongan tua sendiri yang mengagung-agungkan bahasa serta budaya asing. 

Justeru, berhentilah kita dari memperkosa bahasa. Hancur bahasa, rosaklah bangsa serta hilanglah adab sopan budaya. Amat ditakuti, rosak lebur pula agama seperti pepatah bidalan dibawah: 

Penyundal minda - Kartun Tinker Bell berpakaian seksi.

Pencemar akhlak - Kartun Car 2 mengajar anakmu bercium atas jambatan. Dimangkin aksi kemban Fasha Sandha.

Pelucut agama – Haiwan kesayangan Kartun Barbie bernama Bible.

Busuk cara – Anak kecil susah tunduk bila lalu depan ibu bapa.

Layu adat – Anak hingusan mencampuri urusan dan percakapan orang tua.

Perosak akhlak – Anak renek menyepak terajang terikut-ikut budaya power rangers.

Sobek agama – Anak mengherdik ibu bapa.

Carik agama – Anak tidak menjenguk ibu bapa di kampung.

Robek agama – Anak tidak menghulurkan bantuan wang kepada ibu bapa.

Rabik agama – Anak tidak ambil kisah bila ibu bapa sakit tenat.

Cabik agama – Anak letakkan ibu bapa di pusat jagaan orang tua.

Rabak agama – Anak melupakan ibu bapa.

Pelucut agama – Golongan muda gegak gempita di konsert pop ala barat dan di pesta joget buih.

Binasa agama : Apabila berjanji dia mungkir.

Rosak agama : Bila berhutang tidak dibayar.
Robek Akhlak – Remaja mengikut rentak peluk cium majlis Barat yang merosakkan.

Rabik Akhlak – Remaja tersenggok senggolan kepala ikut rentak musik MP3 dalam komuter.

Cacat bangsa – Remaja mewarna rambut dan rambut fesyen tajam ke atas dan berbagai fesyen lagi.

Kurap bangsa – Merempit jadi hobi keutamaan.

Keji bangsa – Ragut jadi sumber pendapatan.

Noda bangsa – Mencuri di luar kawalan.

Aib bangsa – Hisap dadah jadi pegangan.

Nanah bangsa – Anak dara keluar malam sewenang-wenangnya tanpa kebenaran ibu bapa.

Hina bangsa – Emak baru meninggal sebulan, dalam bilik anak dara bawa jantan.

Cela bangsa – Aids merebak di kalangan siswi. Awang Hitam pilihan hati, kerana bijak dalam membeli. Awang tak bongkak atau dengki. Rajin dukung, bedak lagi bijak bodek puji.

Sopak agama – Bayi beruri dibuang ke perigi.

Tokak agama – Budak dibiar diratah kerengga.

Rosak agama – Zuriat dijadikan makanan anjing.

Penyakit bangsa – Anak kecil dicampak melalui tingkap.

Lacur bangsa – Harapkan pagar, pagar makan padi.

Hancur bangsa – Bapa merogol anak.

Lebur bangsa – Ibu memperdagangkan anak.

Najis bangsa – Atuk menyundal cucu.

Cemar akhlak – Si Gendut berdisko Dang Dut.

Keji bangsa – Polis sewakan penjenayah senjata api.

Sundal bangsa – Rasuah badar belaga dihukum mati. Rasuah paus dibiar menjadi-jadi.

Pekung agama – Wang zakat disonglap diri.

Busuk agama – Wang derma anak yatim dianggap kepunyaan sindiket sendiri.

Buruk agama - Manusia sanggup jilat tahi akibat wang.

Jahanam bangsa – Matlamat agung Yahudi menguasai kita (Tiada suka orang2 yang kafir diantara ahli kitab dan tidak pula orang2 musyrik, bahawa turun kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. Surah Al Baqarah Ayat 105);

Rebah bangsa – Saat ditunggu-tunggu serta diidam-idam oleh iblis.

Firman Allah :
Mudah mudahan kamu berfikir.
Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian Surah 95 Ayat 4; Surah 3 Ayat 6; Surah 7 Ayat 140; Surah 17 Ayat 70; Surah 82 Ayat 8;


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.