Sabtu, 10 Mac 2012

Kenapa anda dapat sakit dalam bangunan terkurung


Kenapa anda dapat sakit dalam bangunan?

Memang benar, jika anda ke Alaska, Finland atau Norway, anda tidak mendapat selsema, batuk-batuk, demam atau sakit lenguh sendi badan; sebaliknya jika anda berada dalam bangunan yang penghawa dinginnya kuat, anda dan rakan anda boleh mendapat tanda-tanda diatas. Kenapa ya? Ia disebabkan sistem penghawa dingin dalam bangunan selalunya berpusat (centralized) dan bukan split unit. Sistem penghawa dingin berpusat tidak melupuskan seluruh udara sebaliknya menggunakan semula antara 50-70% untuk dikitar semula. Jika seluruh udara baru disedut dalam bangunan, ia meningkatkan kos letrik bagi penyejukan semula! Bagi mengurangkan kos penyejukan, udara bilik anda berkongsi dengan udara bilik lain dan udara sejuk ini dikitar semula masuk ke bilik anda! Masalah timbul apabila di bilik lain, ada perokok misalnya merokok di dalam tandas atau lebih teruk lagi merokok di dalam bilik mereka sendiri!! Pencemaran udara berlaku dan hanya lebih kurang 30% udara dilepaskan keluar bangunan. Ini menyebabkan pencemaran udara dalam bangunan mudah berlaku. Pencemaran udara dalam bangunan anda boleh berlaku daripada :

1.     Formaldehyde = Dakwat pen dan printer, mesin potostat.
2.     Asap rokok = daripada penghuni bilik lain.
3.     Habuk Karpet.
4.     Aktiviti mengecat / mengvarnish / renovation.
5.     Asap kenderaan jika anda di tengah kota sesak.
6.     Pewangi tandas.
7.     Pewangi bilik.
8.     Semburan racun serangga.
9.     Volatile Organik Compound dari gam, plywood, habuk kayu berlamina dsbnya.

Suhu bilik optimum adalah 25°C. Jika kurang atau lebih dari suhu ini (Julat 24°C-26°C) anda tidak akan berasa selesa. Suhu terlampau sejuk juga memudaratkan apatah lagi jika anda berada dalam bilik sistem penghawa dingin berpusat.  Apabila suhu terlampau sejuk, anda takut takut menyedut nafas (udara sejuk) lalu menyebabkan pernafasan anda cetek (tidak bernafas dalam-dalam). Pernafasan cetek menyebabkan sedikit saja angina masuk ke dalam paru2 lalu menyukarkan pertukaran gas dalam paru-paru anda. Akibat duduk terlalu lama depan komputer, ditambah dengan suhu bilik sesejuk 20°C, gas Karbon Dioksida terkumpul di kaki anda, Karbon Dioksida larut dalam air menjadi asid karbonik. Badan anda menjadi berasid jika duduk lama dalam aircon! Ini tidak bagus untuk pesakit kanser. Anda perlu jadikan persekitaran dalam badan anda beralkali bagi melawan kanser! Jika anda berada dalam bilik sejuk, pastikan anda keluar dari bilik itu banyak kali bagi mendapatkan kepanasan badan dan rentak pernafasan yang baik semula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.