Assalamualaikum Sekadar cerita....
Dalam menjalankan tugas, saya berjumpa ramai insan-insan
yang sudi berkongsi petua tentang cara alternatif menyembuhkan
penyakit.Baru-baru ini untuk artikel Harian Metro saya berpeluang menemubual
Kak Ikin, seorang pesakit kanser rahim dan kini sedang di dalam proses
penyembuhan. Nampak sekali Kak Ikin tabah dan kuat semangat demi menyembuhkan
penyakitnya.
Dalam temubual itu, ada beberapa tips yang dikongsi Kak
Ikin dengan saya, contohnya sekiranya menggunakan makanan tambahan monavie,
bagi pesakit kanser yang sedang melalui kemoterapi, elok ambil yang botol merah
kerana ia akan memulihkan selera makan.Kebanyakan pesakit kanser akan hilang
upaya selera makan ketika menjalani kemoterapi dan untuk mendapatkan tenaga
untuk kemo seterusnya tiada lagi yang boleh dilakukan melainkan makan dan
mendapat khasiat untuk badan. Jadi monavie botol merah yang diamalkan ketika
itu.
Selainnya, Kak Ikin juga berkongsi petua tentang bantuan
akar-akar kayu yang diturunkan oleh kakaknya kepadanya. Akar inai, akar delima
dan akar senduduk. Kak Ikin pun menerangkan cara-cara membuatkan kepada saya. Saya
teruskan teringatkan abang saya, Zaki di Sabah yang sedang di duga Allah dengan
tumor kidney. Saya dan Zul bertekad mahu memberi akar-akar itu yang siap
diproses kepada Zaki.
Masalahnya nak cari di mana? Inai mungkin mudah tetapi
delima dan senduduk? Senduduk pun saya tak kenal macam mana rupanya. Tapi saya
akan usahakan juga sehingga berjaya. Saya akan dapatkan akar itu, proses
seperti yang Kak Ikin beritahu dan kemudiannya labelkan setiap satu. Setelah
siap saya akan pos ke Sabah. Itu tekad saya.
Saya tanya Miss J yang sedang berada di kampung dan juga
posting di twitter tentang pencarian ini. Alhamdulilah, Allah permudahkan. Miss
J dan kakak Ku Fuziah membawa akar senduduk dengan pokok-pokoknya sekali dari
Kuala Kangsar. Aween dan Khamisah pula mendapatkan tiga akar sekaligus untuk
saya. Semuanya dalam tidak sampai seminggu pun. Terima kasih Aween sekeluarga
dan juga Khamisah dan kawan-kawannya yang membantu saya
Sudah 3 hari akar-akar itu saya jemur di rumah. Kata Kak
Ikin selama seminggu sehingga ia kering. Cabarannya sekarang ialah musim hujan
yang sedang melanda negara sekarang. Panas memang tidak sampai ke petang.
Seringkali hujan atau pun redup menjelang awal petang. Insya-Allah, pertengahan
minggu depan saya nak pos ke Sabah sekiranya kering semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.