Sayur-sayuran dan
buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap
hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya
adalah makanan dari alam yang kaya akan nutrien.
Untuk memaksimumkan
pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat
buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.
Warna Hijau
Warna hijau pada buah dan
sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane,
isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang
komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.
Kandungan serat, lutein,
zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, kalsium, dan beta-karoten pada sayur
berwarna hijau juga membantu menurunkan tekanan darah dan kadar
kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, mendukung kesihatan retina dan
penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya, hingga meningkatkan aktivitas
sistem kekebalan tubuh.
Warna Merah
Buah dan sayur berwarna merah menandakan kandungan zat seperti
likopen, asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini mengurangkan
risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal
pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas
berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.