Sabtu, 10 Mac 2012

Makanan Pesakit kanser



Dua minggu lalu Ana salah seorang ahli keluarga pesakit kanser menalipun bertanyakan " Apakah makanan yang paling baik bagi pesakit kanser?" Saya sayang nenek saya. Saya ingin bantu nenek saya.

Jawapannya sebenarnya bergantung kepada keadaan pesakit. Dalam keadaan tiada apa yang mampu ditelan melainkan makanan itu, maka makanlah makanan itu. Sebab kadang-kadang bagi yang sedang menjalani rawatan mungkin mulut sakit, tiada selera dan bila makan sahaja muntah , maka makanlah makanan yang boleh ditelan dan tidak menyebabkan muntah.

Bagi yang telah sihat dan sihat , elakkan makanan bertoksin. Makanan bertoksin boleh menyebabkan sel kanser teruja. Apa makanan bertoksin itu?. Makanan yang mengandungi bahan kimia yang boleh meyebabkan kanser seperti MSG, protin yang terbakar cth. daging sate yang hangus. Makanan yang telah rosak semasa proses penyediaan atau semasa penyimpanan. Makanan mengandungi gula yang tinggi. Makanan mengandungi pewarna yang tidak selamat.

Banyakkan makanan segar. Makanan yang dimasak dengan baik. Makanan berkhasiat. Makanan mengandungi antioksida tinggi. Makanan segar yang berwarna warni.

Banyakkan minum air.

Banyakkan pernafasan yang betul.

Banyakkan senaman yang bersesuaian

Banyakkan rehat yang cukup.

Banyakkan tidur yang cukup.

Dan makanan yang terbaik adalah makanan jiwa dan iman:

Banyakkan berbicara dengan Allah dalam tahajjud , zikir sepanjang hari dan doa.

Banyakkan membaca bicara Allah dalam Al Qur'an , terjemahan dan tafsir.

Banyakkan membaca hadith tinggalan Ar Rasul untuk memahami dan meningkat pemahaman pada Islam.

Banyakkan baiki amalan wajib seperti solat, puasa, zakat.

Banyakkan tinggalkan kemurkaan Allah seperti akhlak buruk, membuka aurat, mengumpat dan sewaktu dengannya. Yang dielak , murka Allah.

Banyakkan usaha pada perkara kesukaan Allah yang kita rindui bersama.

Banyakkan memaafkan orang terutama yang kita sayang dan yang hampir dengan kita.

Banyakkan beri kasihsayang pada mereka yang kita berinteraksi baik manusia , haiwan maupun alam.

Banyakkan membaca tulisan tersirat dan tersurat dengan mata hati......

Banyakkan bersiratulrahmi...ia penyembuh jiwa

Banyakkan bersedekah ...ia pengubat raga

Bersangka baik dengan Allah dan yakinlah pada kasihsayangnya, kerana Allah "respond" mengikut tanggapan kita

Yang kita cari adalah kesihatan diri , jiwa dan raga untuk kesihatan dan kebahgiaan didunia dan di akhirat......Makan Makanan Yang Sesuai........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.