Sabtu, 10 Mac 2012

penyanyi zainal abidin disahkan bebas kanser kolon



 Sila Lihat juga : Berita Harian H2 9 Mac 2012 Hanisah Selamat

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2012: Dua tahun menderita menghidap penyakit kanser kolon, penyanyi Zainal Abidin, mengakui kini dirinya telah pun bebas daripada penyakit tersebut. Jelas Zainal Abidin, ketika mendapat tahu menghidap kanser, penyakitnya telah pun disahkan berada di peringkat ketiga, namun dia bersyukur setelah menjalani rawatan tradisional cina di Klang, akhirnya kini dia bebas daripada belenggu penyakit berkenaan.

“Saya disahkan menghidap kanser kolon dua tahun lalu. Saya memang terkejut kerana selain kanser saya juga mempunyai tiga lagi penyakit lain iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Apabila disahkan menghidap kanser, di tahap ketiga, pada mulanya saya mahu mendapatkan rawatan di hospital. “Namun apabila memikirkan rawatan di hospital kelak akan membuatkan saya perlu makan ubat-ubatan yang banyak serta mempunyai kesan lain pula, saya nekad mencari pusat rawatan tradisional cina. Alhamdulillah setelah setahun berubat saya pergi semula ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan disahkan bebas kanser,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran konsert The Legendary Concert 2012 , semalam di Hard Rock Café, KL.

Malah jelas pelantun lagu Hijau ini lagi, bukan sahaja kansernya pulih bahkan tiga lagi penyakitnya turut sembuh. Bersyukur dengan apa yang berlaku, kini jelas Zainal Abidin, fokusnya pada kerjaya seninya semula. Tutur Zainal Abidin, dia kini baru sahaja muncul dengan single baru berjudul Kami. Malah dua lagi single barunya berjudul Alam serta Tercipta Untukmu bakal diperkenalkan kepada peminat. “Kini badan saya sihat dan saya rasa lebih aktif dan bertenaga. Saya telah pun muncul dengan single baru berjudul Kami yang akan dimainkan di radio tidak lama lagi. Dalam pada itu, dua lagi single saya juga akan diperkenalkan selepas itu. “Semua itu merupakan satu strategi untuk memberitahu peminat bahawa saya kini aktif dan album baru saya akan berada di pasaran tidak lama lagi.”katanya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.