Isnin, 26 November 2012

Ikan Masin


Ikan Masin

Pucuk ubi muda masak lemak bersama ikan masin baguk.... Berkawan pula dengan sambal belacan ... Cukup menyelerakan hingga ramai yang tak payah ada lauk lain pun tak apa.. Tetap berselera makan.

Semasa aku masih kecil, aku selalu lihat arwah atuk membeli ikan masin! Atuk amat gemar makan ikan masin tenggiri di mana ikan ini akan ditumbuk bersama cabai burung! Begitu berselera sekali atuk makan sehinggakan tak payah dia berlaukkan masakan lain! Apa jenis ikan masin sudah ku terlupa tetapi ada ketikanya daku ada ternampak mahkluk Allah bergerak-gerak pada ikan masin itu!

Malangnya, zaman sekarang amat susah sekali melihat berengga ( larva anak lalat ) yang mampu hidup di atas ikan masin!!! Apa sudah jadi sekarang ? Kimia apa yang diguna pakai oleh peniaga bagi menghalang lalat dari bertelur di atas ikan masin??? Ya apa dia bahan kimianya ??? Pikir pikirkanlah ... Kerana Allah suruh manusia berfikir....

Betul fikiran anda... Ada peniaga yang menyembur aerosol racun serangga pada permukaan ikan masin kerana ia mudah dilakukan!!! Biasanya dilakukan oleh pekerja Bangladesh, Myanmar dan yang seangkatannya.... Pekerja impot ini tiada pengetahuan tentang ilmu racun, ilmu kesihatan, ilmu toxicology dan sebagainya ... Mereka hanya mengikut apa yang diarahkan oleh majikan mereka sahaja !

Walaupun aerosol racun serangga adalah racun gred IV namun ia tetap bahaya apabila disembur pada makanan! Racun pula adalah permethrin. Kesannya tidak dapat dilihat dalam jangka pendek tetapi terdapat kesan jangka panjang termasuklah menjadi agen utama penyebab berbagai jenis barah, kemandulan, kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan, rosak organ dalaman seperti buah pinggang, hati, rosak saraf dan sebagainya ... Ini disebabkan kesan sedikit sedikit lama lama jadi bukit ( bioaccumulation ) dan racun ini akan disimpan dalam sel sel lemak badan manusia!! Justeru semakin gemuk anda semakin banyak lemak badan dan semakin besar anda terdedah kepada risiko pendedahan racun!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.