Tembikai
Zaman
daku kanak kanak dulu, aku suka makan tembikai! Tembikai zaman dulu dulu sangat
besar bezanya berbanding tembikai yang dijual pada zaman sekarang!
Tembikai zaman
dulu
|
Tembikai zaman
sekarang
|
Warna isinya merah tua. Sangat menyelerakan
bila kita tengok pasti nak cuba rasa
|
Warna isinya merah muda .. Nak makan pun
macam tak semangat jer..
|
Sangat manis
|
tawar
|
Biji sangat banyak menyeratuk sampai aku
susah nak makan
|
Tiada berbiji kalau adapun satu dua jer.
|
Bijinya berwarna hitam dan kalau dikeringkan
boleh buat kuaci biji tembikai!
|
Bijinya warna putih dan kalau ada biji pun
macam hampa padi iaitu bijinya takde berisi, apatah lagi jangan harap le
korang boleh buat kuaci biji tembikai
|
Malangnya,
zaman sekarang amat susah sekali nak dapat tembikai yang kualitinya macam
tembikai orang zaman dulu dulu !
Soalannya
apa sudah jadi sekarang ? Kimia atau hormon apa yang diguna pakai oleh peniaga
bagi menghalang tumbesaran biji? Ya apa dia bahan kimianya ??? Pikir
pikirkanlah ... Kerana Allah suruh manusia berfikir.... Juga hormon apa yang
disuntik ke tampuk tembikai bagi sebabkan tembikai muda berubah warna isinya
menjadi merah?
Kesan
bahan kimia atau hormon tidak dapat dilihat dalam jangka pendek tetapi dilihat
untuk kesan jangka panjang termasuklah menjadi agen utama penyebab berbagai
jenis barah, kemandulan, kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan, rosak organ dalaman seperti buah pinggang,
hati, rosak saraf dan sebagainya ... Ini disebabkan kesan sedikit sedikit lama
lama jadi bukit ( bioaccumulation
) dan racun dan hormon ini akan disimpan dalam sel sel lemak badan manusia!!
Justeru semakin gemuk badan anda, maka ertinya semakin banyak lemak badan dan
semakin besar anda terdedah kepada risiko pendedahan racun jangka panjang !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.