Isnin, 14 November 2011

Resepi Aprikot


Resepi Aprikot


Jika anda susah makan biji aprikot mentah, sekarang aprikot ada tersedia dalam bentuk kapsul seperti dijual di pasaran. Namun begitu, kapsul ini tidak original kerana mengandungi bahan pewarna. Samaada pewarna ini selamat dimakan adalah tidak diketahui. Jadi, jika anda was-was, memakan biji aprikot yang mentah adalah cara alternatif dan ia lebih murah. Justeru, anda boleh menyediakan pati aprikot sendiri di rumah iaitu dalam bentuk yang lebih mudah dimakan :

Ambil 500gm biji aprikot mentah. Basuh dan rendam biji aprikot mentah dalam air yang dilarutkan segenggam garam kasar selama 1 jam. Gunakan air sejuk untuk merendam. Selepas 1 jam, buang air garam dan cuci serta bilas biji aprikot mentah dengan air biasa. Rebus biji aprikot mentah ini dengan menggunakan 1 liter air masak. Gunakan Periuk Rendidih Elektrik (Slow Cooker) contoh seperti jenama Panasonic NF-M301AW. Periuk ini menggunakan tembikar seramik berwarna putih. Masak perlahan-lahan selama 4 hingga 6 jam ( Purata tempoh masa memasak = 5 jam ). Jangan buka penutup semasa merebus. Setelah 5 jam, asingkan air dan biji aprikot. Jangan buang air rebusan ini, kerana air rebusan ini boleh digunakan semasa mengisar biji aprikot. Perah air kisaran dengan menggunakan kain yang bersih. Untuk memudahkan, anda boleh guna juicer Panasonic MJ-70M.

Simpan air pati biji aprikot dalam peti sejuk.
Cara pengambilan adalah satu sudu besar air pati biji aprikot dicampurkan dengan 1 gelas ( 200 mL air). Bagi pesakit barah yang sedang aktif, ulang meminum dengan cara ini sekali minum untuk setiap 4 jam.
Cara ini didapati boleh mengurangkan kesan-kesan yang tidak memuaskan jika diambil secara mengunyah terus biji aprikot mentah seperti :
  1. Rasa pahit atau tidak sedap.
  2. Berbau petrol.
  3. Pening & sakit kepala.
  4. Loya dan muntah.
Jika anda boleh mengunyah, makan 5 biji aprikot mentah pahit, setiap jam sampai tidur... CMP 1010pm 08 05 2012

10:10 Doa mereka di dalam syurga : Mahasuci Engkau ya Allah : dan ucapan salamnya : Selamat. Akhir doanya : Alhamdullilah hi rabbil'alamin. ( Puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta 'alam).

Nota:
  1. Sekiranya anda mengetahui cara yang lebih berkesan, diharap dapat kongsikan pengetahuan anda bersama di ruangan ini.






B17 aprikot bantu terapi Barah

ARKIB UTUSAN ON LINE: 27/06/2011
Oleh SHEILA RANI  

Barah adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan 7.6 juta kematian pada tahun 2008. Menurut kajian pakar-pakar pemakanan di seluruh dunia, faktor pemakanan merupakan salah satu punca utama terjadinya Barah. Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen penyebab kepada Barah. Realiti kehidupan pada masa kini adalah hampir 90 peratus makanan kita bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan Barah.

Akibatnya, diet pemakanan harian kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya sistem antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah di mana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti Barah, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan. Untuk mengatasi masalah tersebut, sebuah syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk yang dapat membantu mencegah, merawat dan memulihkan masalah kronik seperti penyakit Barah secara semulajadi di negara ini.

Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health, sebagai langkah alternatif bagi membantu membekalkan nutrisi vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan. Ketua Pemasaran syarikat tersebut, Sayed Ibrahim Wafa berkata, kapsul biji apricot yang mengandungi vitamin B17 adalah paling tinggi di dunia. 

"Produk ini mengandungi 100 peratus biji apricot yang kaya dengan vitamin B17 (Laetrile). "Produk ini bertindak sebagai agen kimoterapi semulajadi dan sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mencegah serta merawat Barah dan mengubati penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, gout, parkinson dan sebagainya," katanya.

Apricon Farmas Health juga membantu mengurangkan keasidan dan toksin di dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan pH di dalam tubuh serta membantu memperlahankan penyebaran Barah. Apricon Farmas Health adalah produk pertama dihasilkan di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17. "Produk ini mengandungi kapsul biji apricot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi di mana pemprosesannya di jamin bersih dan selamat serta bebas daripada sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitaminnya.

Sementara itu penaung produk ini, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui kajian beliau mendapati kapsul biji aprikot yang mengandungi vitamin B17 membantu membunuh sel-sel Barah dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu sel-sel Barah, enzim Beta-Glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel Barah. Katanya, ia akan menguraikan elemen-elemen yang terdapat dalam vitamin tersebut justeru, vitamin yang terurai itu akan bertindak membunuh sel-sel Barah. "Oleh itu, vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen yang positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam badan untuk kesihatan sel-sel badan" ujarnya. Dr. Syed Zainal berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan Barah turut diperakui di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan. Ia juga telah diperakui dan mendapat pengiktirafan para doktor dan saintis dunia.

Sementara itu, presiden kelab Prostar Malaysia dan ahli Persatuan Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health ada kandungan vitamin B17 yang tinggi dan dapat meningkatkan tahap sistem daya tahan badan serta dapat mencegah dan membantu merawat penyakit-penyakit kronik. Ia sekali gus dapat meningkatkan kecergasan seseorang. 

Syarikat TK Farmas Solution dan Industries merupakan sebuah syarikat baru dan dinamik. Mula beroperasi secara rasminya pada 30 April 2010 berkonsepkan sederhana dalam mengedar produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan. Tambah Sayed Ibrahim, syarikat tersebut membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran menjaga cara hidup yang sihat dan seimbang.

"Produk kami juga membantu memulihkan keseimbangan diet, sistem metabolik dalam badan, sistem imunisasi dan sebagainya. "Ia berasaskan rawatan dari sumber semulajadi yang mampu meneutralkan diet dan memperbaiki cara pengambilan makanan anda," katanya. Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberikan kesan memuaskan. Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit Barah payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu rawatan penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif. Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.

Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.