Isnin, 14 November 2011

Resepi Aprikot


Resepi Aprikot

Jika anda susah makan biji aprikot mentah, sekarang aprikot ada tersedia dalam bentuk kapsul seperti dijual di pasaran. Namun begitu, anda boleh menyediakan pati aprikot sendiri di rumah iaitu dalam bentuk yang lebih mudah dimakan :

Ambil 500gm biji aprikot mentah. Basuh dan rendam biji aprikot mentah dalam air garam selama 2 jam. Selepas 2 jam, buang air garam dan bilas biji aprikot mentah dengan air biasa. Rebus biji aprikot mentah ini dengan menggunakan 1 liter air masak. Gunakan Periuk Rendidih Elektrik (Slow Cooker) contoh seperti jenama Panasonic NF-M301AW. Periuk ini menggunakan tembikar seramik berwarna putih. Masak perlahan-lahan jarak masa selama antara 4 – 6 jam. Purata masa memasak = 5 jam. Jangan buka penutup semasa merebus. Setelah 5 jam, asingkan air dan biji aprikot. Jangan buang air rebusan ini, sebaliknya anda boleh gunakan air rebusan ini semasa mengisar biji aprikot. Perah air kisaran dengan menggunakan kain yang bersih. Simpan air pati biji aprikot dalam peti sejuk.
Cara pengambilan adalah satu sudu besar air pati biji aprikot dicampurkan dengan 1 gelas atau 200 mL air. Bagi pesakit barah yang sedang aktif, ulang pengambilan dengan cara sebegini bagi setiap 4 jam.
Cara ini didapati boleh mengurangkan kesan-kesan yang tidak memuaskan jika diambil secara mengunyah terus biji aprikot mentah seperti :
  1. Rasa pahit
  2. Berbau petrol
  3. Pening & sakit kepala
  4. Loya dan muntah

Nota:
  1. Kadang-kadang kapsul aprikot mengandungi pewarna, samada pewarna ini selamat dimakan adalah tidak diketahui. Jadi, jika anda was-was, memakan biji aprikot yang mentah adalah cara alternatif dan ia lebih murah.
  2. Sekiranya anda mengetahui cara yang lebih baik, diharap dapat dikongsikan pengetahuan anda bersama di ruangan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.