Isnin, 14 November 2011

Air Beralkali


Air Beralkali

Tahukah anda bekalan air ke rumah anda adalah berasid? Walaupun bekalan air telah dikenakan rawatan dengan menggunakan Kapur atau Kalsium Karbonat, ia tetap berasid. Keasidan air ini adalah kerana unsur Klorin dan Fluorin yang terlarut di dalamnya. Klorin perlu ada dalam bekalan air, bertujuan membasmi kuman. Unsur Fluorin pula ditambah bagi memenuhi kehendak dan piawaian Jabatan Pergigian Malaysia dan sukatannya didakwa adalah selamat. Tahukah anda, bahawasanya, di Negara maju, mereka sudah tidak lagi menggunakan Klorin bagi tujuan menyahkuman bekalan air minuman? Juga, adakah anda tahu, bahawasanya, akibat kesan terkumpul ( kumulatif ) Fluorin di dalam badan manusia boleh menyebabkan penyakit Fluorosis mahupun barah?

Barah memerlukan persekitaran berasid untuk tumbuh dan bercambah dengan subur. Orang yang sihat juga mempunyai sel barah di dalam badan mereka. Walaubagaimanapun, sel barah ini segera dimusnahkan oleh sistem pertahanan diri mereka yang masih utuh iaitu sel darah putih mereka yang aktif, sihat dan cergas. Dengan itu, mereka dikatakan tidak berpenyakit barah! Justeru, amat penting bagi seseorang insan memantap serta memperkuatkan sistem pertahanan tubuh badan mereka bagi menghalang pembinaan sel-sel barah di dalam badan. Terdapat kajian mendakwa, sel barah tidak dapat tumbuh atau terencat pertumbuhannya di persekitaran beralkali! Justeru, banyak pendapat menyarankan para pesakit barah meminum hanya bekalan air beralkali. Selalunya, air semulajadi yang beralkali adalah air mata air, air kelapa dan air jus tumbuh-tumbuhan.

Di pasaran, terdapat banyak produk yang mendakwa air mereka beralkali. Namun setelah diuji, ternyata mereka menipu dan air tersebut masih berasid! Ujian samaada air beralkali atau berasid perlu menggunakan alat yang mempunyai spesifisiti dan sensitiviti yang baik. Kertas Litmus bukannya alat bagi menguji pH air yang baik. Alat yang digunakan oleh kedai penjual penapis air mungkin telah dimanipulasi bagi menipu pelanggan bahawa alat penapis air mereka memberi anda air tapisan yang beralkali. Jika anda ragu-ragu tentang tahap keasidan bekalan air dari peralatan yang anda beli, anda boleh mengujinya dengan menggunakan alat yang betul. Jabatan yang boleh menguji pH air adalah Pejabat Kesihatan (Kementerian Kesihatan) yang terdekat dengan rumah anda. 

Terdapat juga syarikat yang mendakwa, air itu menjadi alkali setelah terkena arang yang diaktifkan (arang boleh diaktifkan secara pemanasan kepada suhu tertentu). Sebenarnya, arang tidak menjadikan air itu beralkali. Fungsi arang yang sudah diaktifkan adalah bagi menyerab sebarang racun seperti Klorin, Fluorin dan terdapat juga logam berat seperti Timah Hitam, Arsenik, Kadmium, Raksa, Perak, Tembaga dsbnya. Apabila arang menyerab Klorin dan Fluorin, sudah tentu keasidan air berkurangan dan ini didakwa oleh syarikat pengeluar air tapisan bahawa produk mereka mampu menjadikan air beralkali  di mana ianya tidak benar!

Justeru, jika anda mengetahui jenama yang benar-benar sahih boleh dipercayai memberikan air tapisan beralkali, dipohon dengan hormatnya memberikan senarai seperti di bawah.

1.   Panasonic Alkaline Ionizer model TK7585 dan Panasonic TK-AS40


Nota:
Jangan lupa juga membaca senarai makanan berasid dan senarai makanan beralkali!
Halaman ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan buruk atau sampingan yang berlaku kepada anda. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya menggunakan halaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.