Isnin, 14 November 2011

Selamatkah Permainan Anak Anda?


Selamatkah Permainan Anak Anda?

Selamatkah Barang Permainan Anak Anda? Tajuk ini perlulah anda memikirkan dengan mendalam kerana dalam Quran sememangnya kita disuruh berfikir ( Mudah-mudahan manusia itu berfikir ). Yang memuliakan Nabi Adam dari sekalian makhluk semasa kejadian manusia yang mula-mula dulu itupun adalah kerana Adam memiliki Ilmu. Allah juga memiliki Ilmu. Sayugia, diperintahkan Allah agar sekalian Mahkluk sujud kepada Adam, di mana telah diingkari hanya oleh Iblis lantaran kesombongan Iblis bahawasanya Adam dijadikan dari tanah liat. Sementara Iblis dijadikan dari api, sama seperti kejadian Jin, di mana Iblis berpendapat kejadiannya lebih Mulia dari kejadian Adam (surah 17 : Ayat 61-63 ; surah 18 : Ayat 50 ;  surah 30: Ayat 71-85 ).

Sekarang banyak kebanjiran produk permainan dari Negara China. Walhal 40 tahun yang lampau, produk permainan adalah dari Perancis, Hong Kong, Taiwan, U.K., U.S.A. dsbnya. Kualiti pula telah jauh merudum berbanding dengan kualiti permainan 40 tahun yang lampau! Permainan zaman dahulu tahan lama dan direkacipta untuk tahan sepanjang hayat. Harganya pula tidak semahal permainan sekarang !

Apa yang menggusarkan kita adalah keselamatan dan ancaman barang permainan kanak-kanak ini kepada kesihatan. Tambahan pula, setakat artikel ini ditulis, tiada akta yang boleh menyekat atau menguatkuasakan tahap keselamatan permainan di Malaysia.
Sebagai contoh, bateri yang digunakan dalam permainan adalah murah, tidak tahan lama. Justeru tahap keselamatannya diragui kerana ia datang dari Negara China. Negara yang ada di kalangan penduduknya yang sanggup berbuat apa saja demi mendapat keuntungan. Umpamanya, mereka  sanggup memasukkan melamine dalam tepung susu dan merekacipta telur palsu bagi mengaut untung berganda-ganda.
Bateri murah mengandungi Timah Hitam (Plumbum) yang boleh menyebabkan Anemia dan penyakit saraf. Plumbum boleh saja merosakkan fungsi buah pinggang dan hati. Selain itu, ia boleh juga mengandungi Nikel, Cadmium, Raksa dan sebagainya. Untuk mengetahui kesan kesihatan logam berat ini, sila tuan gunakan pautan HSDB di Paparan Halaman Utama.
Cat yang digunakan dalam barang permainan adalah tidak selamat. Lagi murah barang permainan itu, semakin diragui tahap keselamatannya kerana ia menggunakan bahan tidak berkualiti atau bahan tidak diluluskan. Permainan yang mahal juga diragui tahap keselamatannya kerana kita tiada akta permainan kanak-kanak bagi melindungi pengguna. Cat mengandungi Plumbum dan kanak-kanak suka menggigitnya atau menghisapnya. Cat yang tertanggal akan diserap oleh usus dan menyebabkan keracunan Plumbum kepada kanak-kanak. Jadi, tidak hairan jika kita mendengar ada banyak kes barah terjadi di kalangan kanak-kanak dilaporkan setiap hari pada suatu masa dahulu.

Sumber Rujukan : CAP dan pembacaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.