Selasa, 6 Disember 2011

Barah suka Suhu Sejuk


Barah suka Suhu Sejuk
Pendita Sekine Susumu, dalam bukunya, Panjangkan Usia Pesakit Kanser (Umur pesakit kanser dipanjangkan 10 tahun tanpa pembedahan ) menyatakan bahawasanya sel sel barah lebih mudah membiak dalam suasana nyaman dan dingin yakni jika anda selalu berada dalam suasana penghawa dingin dalam satu tempoh masa yang panjang ( cth 8 jam ). Justeru, Pendita ini lebih menyukai persekitaran panas dan beliau akan memakai baju tebal jika berada dalam persekitaran suhu  sejuk. Sebagai contoh, banyak pasaraya memasang penghawa dingin di dalamnya. Lebih memburukkan keadaan, apabila terdapat perokok di dalamnya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila peniaga yang berumur lepasan sekolah menjadi penyumbang utama penghisap rokoknya. Keadaan menjadi lebih membarah apabila tiada tindakan diambil oleh Pejabat Kesihatan Pentadbir di bawah Akta Kawalan Tembakau. Mungkin kerana tiada aduan kerana orang ramai sudah menerima keadaan yang jelek itu… Remaja perempuan yang merupakan gadis penjual juga tidak segan silu merokok. Dengan memakai seluar sendat ketat lagi singkat sehingga menampakkan lurah buntot mereka merokok. Wajib juga gadis penjual ini memakai baju yang menampakkan lurah dada atau lurah buah mempelam seolah-olahnya untuk memperagakan merekalah sahaja yang memiliki buah mempelam paling besar dan lazat dalam pasaraya itu… Mungkin itu yang disyaratkan oleh tuan punya kedai demi melariskan barangan kita tidak tahu halnya. Apapun, remaja perempuan ini seperti tiada kesedaran tentang apa yang dilakukan kerana mereka tiada mengingati mati.., Ingatlah, kaum lelaki itu ibarat kucing, alim kucing tidak akan menerkam ikan goreng di depannya kerana takut dilihat orang. Tetapi bila tiada orang menjaga ikan itu, maka sang kucing laknat akan menerkam rakus ( ‘sang’ dalam bahasa Jepun adalah gantinama kepada Encik! ). Sang kucing laknat tidak ingat dosa pahala kerana ia seekor haiwan. Itulah sebabnya mangsa rogol diperkosa di kawasan semak atau di kawasan yang jauh dari pandangan orang lantaran sang Kucing Laknat tidak memikirkan lagi dosa pahala serta tidak mengingati mati. Saham dosanya banyak terpalit kepada gadis penjual dalam pasaraya tadi atau sesiapa saja yang berpakaian menjolok mata. Itulah sebabnya Allah melarang anda berpakaian tidak senonoh menampakkan lurah buah mempelam atau lurah buntot. Allah berfirman agar memakai tudung labuh sehingga menutup lurah mempelam bukannya memakai tudung singkat dan berfesyen-fesyen. Ingatlah semasa perjalanan Nabi ke Isra’ Mikraj, baginda bersedih menangis kerana mendengar banyak suara wanita di dalam neraka.
            Berbalik kepada tajuk, mengikut Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, pihak majikan wajib menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat, selesa, seronok, dan memudahkan kepada para pekerja mereka untuk bekerja. Sekiranya majikan ingkar terhadap tuntutan Akta ini, majikan akan berhadapan tindakan saman ratusan ribu ringgit. Andainya anda merasakan tidak selamat atau suhu terlalu sejuk, sakit kepala, persekitaran berbau tidak menyenangkan, runsing dsbnya semasa anda bekerja, anda boleh mengadu ke Pejabat Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang terdekat dengan anda. Alamat aduan boleh diperolehi dari laman sesawang http://www.dosh.gov.my Sekiranya anda khuatir diambil tindakan oleh majikan, anda boleh mengadu tanpa bernama serta memohon pihak tempat anda mengadu itu tidak membongkar identiti anda semasa mereka menjalankan siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.