Orang Asli tiada Barah
Sedarkah anda penyakit barah sangat jarang berlaku di kalangan orang Asli? Adakah perkara ini disebabkan mereka sendiri merahsiakannya ataupun tubuh badan orang asli memang tahan terhadap ancaman barah disebabkan cara pemakanan mereka yang banyak memakan hasil hutan yang segar, tiada pencemaran, bervitamin dan beralkali? Lihat saja mereka tidak memakai syampu, sabun, losyen, detergent dsbnya yang mana barangan ini adalah barangan buatan dan ciptaan manusia dari bahan kimia yang berorientasikan keuntungan.
Lihat saja pakaian orang asli diperbuat dari kulit pokok terap = 100% bahan semulajadi dan tiada pendedahan kimia! Baju anda diperbuat dari rayon / polyester dsbnya. Rayon / polyester sebagai bahan baju anda adalah diperbuat dari produk petrol yang mengalami beberapa olahan tindakbalas kimia dalam suhu yang tertentu. Petrol itu sendiri mempunyai berbagai kimia dan Volatile Organic Compound (VOC). Beg sandang, rumah Orang Asli kesemuanya diperbuat dari bahan semulajadi dan bahan mesra manusia!
Perhatikan juga Orang Asli yang tidak berbaju, tidak berselipar tapi berkaki ayam, tidak mandi: mereka tidak mendapat penyakit kulit seperti kurap, panau, bisul, kayap, cacing, kutu dsbnya. Orang Asli tahu apa pengambilan herba yang sepatutnya bagi mengubat penyakit penyakit ini.
Myocardial Infarction, darah tinggi, angin ahmar jarang kedapatan di kalangan Masyarakat Orang Asli. Sebagai contoh, Masyarakat Orang Asli mampu menyembuhkan penyakit buasir dan resdung tanpa pembedahan sebaliknya cukup hanya dengan menggunakan rawatan herba.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: “ Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubatnya yang juga diturunkan-Nya.” Riwayat Hadis Shahih Bukhari.
Amalan menebang balak dan menerangkan hutan akan menghapus spesis pokok dan spesis herba ubat yang terdapat di dalam hutan. Sampai ke hari ini, masih banyak pokok herba hutan yang belum dikenalpasti nama dan kegunaannya. Kekayaan spesies herba dan pokok berkhasiat ubat ini belum pernah dilihat oleh pengkaji atau saintis. Justeru, sudah sampai masanya, pihak yang berkenaan melakukan sesuatu yang baik bagi mencari penawar penyakit berasaskan bahan semulajadi dari barangan hutan sebelum terlambat. Terlewat yang saya maksudkan adalah samada produk ini diseludup keluar oleh saintis barat lalu dipatenkan menjadi hak milik mereka: atau spesis pokok ubat ini jadi pupus akibat pembalakkan tidak terkawal; atau jadi pupus akibat pengambilan tidak terkawal.
Penawar kanser dari produk rimba adalah menjadi impian ribuan pengidap kanser kerana diketahui rawatan kimoterapi mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti gugur rambut, senang mendapat jangkitan kuman akibat kelumpuhan sistem imunisasi badan; bila sistem imunisasi badan menjadi lumpuh, pesakit boleh diserang oleh kanser jenis lain pula kerana sel-sel darah putih telah hilang keupayaannya untuk membunuh sel-sel kanser yang baru terbentuk. Kimoterapi membunuh sel kanser, tapi pada masa yang sama, sel-sel normal turut terbunuh. Ini menerangkan kenapa pesakit kimoterapi menjadi kurus dan tidak bermaya serta menjadi letih yang amat sangat. Begitu juga dengan radioterapi. Radioterapi juga menyebabkan sel-sel normal mati. Bagi mendapat kefahaman yang lebih lanjut, saya mencadangkan anda membaca buku2 dibawah:
1. Bioeffective ; Senjata Datin Rahmah Mahmood Perangi Kanser - iSIHAT Bil 45, Ogos 2011 ms26-27.
2. Hidap Kanser Darah, Vitamin C Bantu Penyembuhan : iSIHAT Bil 46, September 2011 ms30-31.
3. Kanser... Bagaimana Kita Mampu Merawatnya? Datuk Dr Sidiq Mohamed : iSIHAT, Januari 2008 ms76-77.
4. Makanan Sihat Sebagai Ubat – Lim Hin Fui , PhD
5. Panjangkan Usia Pesakit Kanser ( Umur Pesakit Kanser dipanjangkan 10 tahun tanpa pembedahan ) – Penulis : Sekine Susumu 2010 / Penterjemah : Careen Chong CH & Liew SC Penerbit : Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur www.tombo.com.my 0391722980
6. Masih ada Penawar Kanser! Kisah Benar lebih daripada 50 penghidap kanser yang telah sembuh! Wang Zhen-Guo 2000.
7. Terapi Jus & Diet – Cara Semulajadi mengatasi 99 Jenis Penyakit – Dr R A Nainggolan.
8. Juice Fasting & Detoxification – Use the Healing Power of Fresh Juice to Feel Young & Look Great – Steve Meyerowitz 2002.
Saya berpendapat pesakit barah berhak menentukan jenis rawatan yang patut mereka terima. Sekurang-kurangnya kualiti hidup mereka tidak merosot dengan teruk disebabkan oleh kimoterapi dan radioterapi. Pendapat saya adalah selaras dengan apa yang difikirkan oleh Datuk Sarimah Ahmad; Datin Rahmah Mahmood dan Profesor Sekine Susumu.
Datuk Sarimah Ahmad – Enggan menjalani pembedahan / kimoterapi / radioterapi sebaliknya memakan biji aprikot dan amalan2 lain.
Datin Rahmah Mahmood - Enggan menjalani pembedahan / kimoterapi / radioterapi sebaliknya mengambil bioeffective dan amalan2 lain.
Profesor Sekine Susumu - Enggan menjalani pembedahan / kimoterapi / radioterapi sebaliknya mengambil tian xian liquid disertai amalan2 lain.
Sudah tentu amalan2 lain itu perlu dilakukan dengan disiplin tinggi dan dilakukan tepat pada bilangan jadual, kekerapan dan masanya.
Pencapaian pesakit selepas menjalani rawatan pembedahan / kimoterapi / radioterapi samada rawatan ini berjaya atau tidak adalah seperti jadual berikut:
Tempoh pesakit barah dapat hidup setelah menjalani pembedahan / kimoterapi / radioterapi
|
Peratus Kejayaan Rawatan Konvensional
|
1 tahun
|
20% Berjaya
|
2 tahun
|
40% Berjaya
|
3 tahun
|
60% Berjaya
|
4 tahun
|
80% Berjaya
|
5 tahun
|
100% Berjaya
|
6 tahun
|
Tahun tahun pesakit barah dapat hidup setelah 5 tahun rawatan dianggap bonus kepada pesakit!
|
Nota: Bahan di sini bukan nasihat profesional. Penggunaan bahan bacaan adalah atas tanggungan risiko anda sendiri. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap segala kerugian, kecacatan, kematian yang berlaku. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya menggunakan keterangan di laman ini. Sekiranya anda mengetahui cara yang terbaik harap sudi dapat dikongsikan bersama-sama kerana saya juga kekurangan ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.