Adakah anda sedar bahawasanya burung2 lebih mengetahui khasiat buah mengkudu daripada manusia? Manusia tidak suka memakan buah mengkudu kerana baunya. Buah mengkudu yang telah masak sering kali menjadi makanan burung2 yang berkenan memakannya walaupun baunya hancing. Saya tidak pasti jenis burung, mungkin burung merbah. Buah mengkudu yang dipanggil buah noni di Hawaii telah dikaji oleh seorang Profesor dan memang terbukti ia mempunyai khasiat perubatan.
Resipi Jus Mengkudu 1:
Rebus 20 biji buah mengkudu selama 4 jam. Gunakan periuk tembikar untuk merenih. Ini boleh menghasilkan kira kira 1.5 liter jus pekat mengkudu.
Resipi Jus Mengkudu 2:
Ambil 10 biji buah mengkudu muda (buah tua lebih kuat baunya!) dan kisarkan dengan 500ml air.
Tapis dengan kain kapas bersih.
Simpan jus mengkudu dalam peti sejuk.
Cara pengambilan : Sesudu besar jus mengkudu ini dicampurkan dengan minuman jus buah buahan / sayur2an lain seperti jus nanas, jus betik, jus karot, jus anggur, jus beet, jus lobak merah, jus lobak hijau, jus bayam, jus pegaga, jus papa celery, jus timun, jus rumput belalai gajah, jus dandelion, jus lettuce, jus strawberry, jus radish, jus turnip, jus epal, jus avocado, jus tomato, jus kiwi, jus ciku, jus delima, jus peterseli, jus kacang panjang, jus kacang botol, jus papa celery, air kelapa dsbnya.
Peringatan : Tumbuhan untuk buat jus mestilah bebas racun 3 serangkai (racun serangga / rumpai / fungus), bercop SALM ( Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ) dan disahkan ditanam secara organik.
Alat pengisar yang paling berkuasa pernah saya lihat adalah jenama pensonic 1000 watt ada dijual di Sen Q The Mall.
Khasiat Jus Mengkudu:
- Menguatkan tenaga batin
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Menghilangkan gatal gatal kulit
- Meredakan batuk
- Menguatkan metabolism / tenaga dalaman.
- Menguatkan daya tahan badan melawan penyakit.
- Membetulkan kitaran haid.
- Melawaskan kencing.
- Menghilangkan panas badan.
- Menahan sakit (daun).
- Menggalakkan pertumbuhan otot (daun).
Nota: sekiranya anda mempunyai keterangan lebih lanjut dan gambar pokok mengkudu, harap sudi kongsikan bersama. Jika keterangan ini salah mohon diperbetulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.