Gempa bumi Sumatera 30 . 09 . 2009
Gempa bumi di Padang 30 September 2009 berlaku tepat pada jam 5:16 petang atau berlaku tepat pada jam 17:16 petang. Gegaran gempa bumi ke-2 berlaku tepat pada jam 5:58 petang atau berlaku tepat pada jam 17: 58 petang. Esoknya 1 Oktober 2009, gegaran gempa berlaku tepat pada jam 8:52 pagi iaitu gegaran susulan di Jambi .
Al Quran Surah 17 : ayat 16 = jam 17:16 Petang !
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” Al Isra’ : 16
Al Quran Surah 17 : ayat 58 = jam 17:58 Petang !
“Tiada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).” Al Isra’ : 58
Al Quran Surah 8 : ayat 52 = jam 8:52 pagi !
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al Anfaal : 52
Hadis
Anas mengunjungi Aisyah , di dalam majlis itu seorang lelaki bertanya: Wahai Ummu al-Mukminin, "ceritakan kepada kami tentang gempa bumi? Beliau berkata: Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (pendinding dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, baginya neraka dan kehinaan,... apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka. Sekiranya mereka tidak bertaubat dan tidak meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah. Anas bertanya : Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab: "ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir.
Al Quran Surah 30 : ayat 41 !
Telah lahir bencana di daratan dan di lautan kerana perkara yang dikerjakan oleh tangan manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yang mereka kerjakan, semoga dengan itu mereka kembali (patuh kepada Allah)~ Rum: 41
Al Quran Surah 67 : ayat 16 !
"Adakah kamu tidak takut kepada Allah yang berkuasa di langit , bahawa dia akan membenamkan kamu ke dalam bumi lalu ia bergoyang goyang? al-Mulk : 16
Al Quran Surah 67 : ayat 17 !
"Adakah kamu tidak takut kepada Allah yang berkuasa di langit , bahawa dia akan mengirimkan kamu angin yang mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku? al-Mulk : 17
"Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi’ Hadis riwayat Ibnu Majah.
Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak’ ~Thabrani.
"Tidak akan datang hari Qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"~ Bukhari.
"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdapat kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad.
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, BALA pasti turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dianggap cukai .
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) .
5. Anak derhakakan ibunya .
6. (anak tadi) sangat baik dengan kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) .
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi awal (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu mereka tunggulah angin merah, GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" ~ Tirmidzi .
Drpd Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Rasulullah datang kepada kami saw. Pada waktu itu kami sedang berbincang. Baginda bersabda: ‘Apa yang kamu bincangkan?’ Kami menjawab: ‘Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat’. Nabi saw. bersabda: "Tak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda-tandanya". Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3x gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yang keluar dari arah Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
n Dukhan (asap) keluar dan akibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
n Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai orang terpedaya dengan seruannya.
n Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
n Matahari terbit dari Barat. Saat itu Allah sudah tidak lagi terima iman orang kafir dan tak terima taubat orang yang berdosa.
n Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu, patahkan salib, bunuh Dajjal.
n Keluarnya Ya'juj Ma'juj yang buat rosak di bumi.
n Gempa bumi di Timur.
n Gempa bumi di Barat.
n Gempa bumi di Semenanjung Arab.
n Api besar halau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.
n Di tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para geologis memanggil garisan itu dengan nama- Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999.
n “Apa yang dapat dirajihkan dari himpunan hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar berlaku di bumi ini. Keadaan itu disudahi dengan kematian Nabi Isa (setelah turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda qiamat besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala. Kejadian ini disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.