Selasa, 6 Disember 2011

Bebuas / buas-buas / Premma Cordiflora


Bebuas / buas-buas / Premma Cordiflora
Daun pokok bebuas berwarna hijau muda dan tumbuh dengan tangkai berhadapan. Daun tunggal, lebar, bertepi rata. Hujung daun meruncing tajam. Pokoknya tumbuh tinggi menegak. Memiliki bunga warna putih, bentuk loceng. Bunga berbau kuat dan menusuk hidung dipercayai mempunyai nilai khasiat perubatan. Pokok muda berbatang coklat manakala yang batang sudah tua berwarna kelabu. Daun sedap dibuat ulam kerana rasa pucuknya manis. Ia tumbuh tinggi menegak. Menurut orang Cina yang mengetahui khasiatnya, daun pokok ini berkhasiat mencegah atau melawan penyakit yang disebarkan oleh virus yang terawang di udara iaitu seperti penyakit SARS. Pucuknya boleh dijadikan ulaman harian. Ia dipercayai boleh membuang angin dan sesuai digunakan perempuan dalam pantang. Menurut pengamalnya, dengan memakan ulam pucuk bebuas, mampu mencegah penyakit berjangkit. Pengamalnya jarang mendapat demam, selsema atau batuk2 meskipun telah dipanjat usia. Selain itu, bebuas mungkin boleh mencegah kencing manis, darah tinggi dan batu karang kerana pengamalnya tidak mendapat penyakit ini. Malang sekali, seperti biasa, belum ada kajian lanjut dan terperinci dibuat oleh pihak yang berkenaan bagi membuktikan khasiat perubatan pucuk ulam bebuas seterusnya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Daun dan bunga bebuas dipercayai boleh :
  1. Menguatkan daya tahan badan melawan kuman penyakit berjangkit.
  2. Mencegah penyakit berjangkit.
  3. Mengurangkan angin dalam badan.
  4. Menambah susu ibu.
  5. Ubat cacing.
  6. Menguatkan tenaga batin.
  7. Menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Nota: sekiranya anda mempunyai keterangan lebih lanjut dan gambar pokok bebuas, harap sudi kongsikan bersama. Jika keterangan ini salah mohon diperbetulkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.