AIR COKE...
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Hazardous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna cecair yang sama ?
Cecair Coke adalah cecair serbaguna!
1. Masukan tulang dalam satu mangkuk yang diisi cecair Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga ekstrak sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran / hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau kakisan pada skru / nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke , skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata atau di Brothers tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh melarutkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja / besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau" Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak / parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi / teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun tertipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi, 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam kesan candu yang British bawa masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
Coca Cola tu. Cuba rendamkan gigi [ gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang kerana larut lebur ...sedap ke air coca cola ni? so..korang pikir la sendiri yer nak beli lagi ke tidak cecair coke lepas ni..
Coca Cola tu. Cuba rendamkan gigi [ gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang kerana larut lebur ...sedap ke air coca cola ni? so..korang pikir la sendiri yer nak beli lagi ke tidak cecair coke lepas ni..
P/S : Mohon maaf kerana artikel diatas diambil dari arkib yang tidak dapat dikesan tuan tanahnya... Sekiranya tuan terbaca, mohon diizinkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.