mayamenconteng/kanserku KANSER KU
Bagi diri aku sendiri, tidak pernah terlintas difikiran bahawa aku akan menghidap kanser. Aku didiagnosis menghidap penyakit Hodgkin's Lympoma pada awal tahun 2009. Pada masa itu aku sedang sakit teruk yang mana jika orang melihat keadaan aku pasti mengatakan aku dihidapi HIV. AKu selalu batuk berdarah dan kulit timbul luka-luka kecil yang tidak pulih-pulih. AKu juga selalu berpeluh pada waktu malam dan demam berpanjangan. AKu juga mengalami kesukaran menelan makanan. Hidangan wajib aku hanyalah bubur sahaja. Puas aku pergi berubat dari akhir tahun 2008 hinggalah awal tahun 2009. Tiada siapapun yang tahu aku sakit pada waktu itu.
Jika aku lihat kembali senario penyakit aku ini, sebenarnya dari kecil lagi aku bukan seorang yang aktif. Aku cepat letih dan penat jika kerap berjaga dan buat banyak kerja.
Masuk sekolah menengah aku kerap diserang sakit kepala yang teruk. Aku juga kerap demam. Mungkin disebabkan pemakanan aku yang tidak stabil dan kurang sihat. Sakit kepala aku ni bertambah teruk sehingga aku masuk universiti. Kali ini dos panadol tidak lagi berjaya menyembuhkan sakit kepala aku. Aku juga kerap batuk dan demam berpanjangan. Puas aku cuba bermacam-macam jenis ubat batuk tetapi symptom tetap sama. AKu ada pergi ke klinik dan berjumpa doktor tetapi tiada sesuatu yang luar biasa diberitahu oleh doktor yang merawat aku. Waktu itu aku baru berumur 21 hingga 23. Awal tahun 2007 aku menghidap batuk yang lama. 6 bulan aku batuk tak baik-baik. Berkat air limau campur madu yang diberi seseorang, batuk aku pulih. Aku gembira tetapi tidak lama. Akhir tahun 2007 aku sentiasa demam kuat. Sehinggalah aku masuk UIA pada awal tahun 2008, aku masih sentiasa demam dan batuk yang kerap. Aku bingung. Kenapalah dengan aku ni. Aku ada berjumpa doktor tetapi doktor hanya cakap "darah ada kuman". Tiada sebarang rawatan susulan dibuat. Pergi ke hospital banting, doktor kata "mungkin awak ada tibi" lalu mereka lakukan ujian tibi. Ujian gagal.
Pergi hospital Port Dickson mereka masih lakukan ujian tibi, kemudian doktor suspek aku mempunyai sesuatu berhampiran paru-paru yang menyebabkan aku kurang selesa bernafas. "mungkin paru-paru ada kuman" katanya. Tanpa berlengah dia terus rujuk aku pada pakar di Hospital Besar Port Dickson. Aku dimasukkan ke wad pada bulan mac selama 2 minggu. Selepas itu, pakar meminta aku pergi hkl untuk rawatan lanjut. Aku tangguhkan kerana mahu berubat kampung. Pakar tidak galakkan, sampai bergaduh-gaduh aku kat dalam opis tu. Dorang cakap keadaan aku tu boleh membahayakan nyawa jika tidak pergi segera.
Tugas aku sebagai guru menjadi tidak lancar kerana aku kerap batuk di hadapan murid-murid ku ketika sedang mengajar. Malah semakin teruk lagi apabila aku tidak bercakap lama. Jika aku bercakap barang seminit dua pun aku akan batuk tanpa henti. Untuk mengelakkan batuk aku tidak boleh bercakap banyak. Kalau aku tidak boleh bercakap, macam mana aku nak mengajar?
Seterusnya, aku dibawa oleh ayahku untuk berubat kampung. Aku jumpa ustaz.
Ustaz yang pertama beritahu: "ada orang buat ni" [ sapalah tu ] [ aku tak percaya ]
Ustaz kedua: "budak ni langgar tempat orang ni"
Ustaz ketiga bagitahu: "dia tak sengaja terkena barang yang orang campak melalui udara"
AKu macam.."hah? yerk ke?..."
Ustaz yang keempat: Dato Harun Din. AKu jumpa beliau di Rumah Darul Syifa di Bangi. Soalan pertama yang dia tanya, "Sakit apa?". Aku jawab "sakit dada, susah bernafas, batuk...," Beliau cuma tersenyum, dan tanya "dah pergi hospital?", Pulang ke rumah, aku sihat untuk tempoh masa 3 hari saja.
Akhirnya aku pergi ke HKL berkat soalan Ustaz tu. Seterusnya aku buat rawatan yang sangatlah lama.
Tahun 2009. AKu cuti sakit selama 6 bulan untuk kimoterapi. [12x]
Tahun 2010. AKu cuti sakit selama 2 bulan untuk radioterapi. [25x]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.