Musykil Jus Karot
Malam ini saya buat jus karot.... Saya beli 2 bungkus rasanya sebungkus RM 2/- Yang buat musykilnya adalah semasa basuh ada 2 jenis karot... iaitu ada yang permukaan kulitnya berlendir licin ( Bila dibasuh dengan air, rasa kulit berlendir licin walaupun sudah lama dibasuh dengan menggunakan banyak air!! ) manakala ada karot dari bungkusan yang sama yang tidak berlendir ( Bila dibasuh dengan air, rasa kulitnya cepat kesat ). Masalahnya, yang karot jenis berlendir licin ne masih licin walaupun lama dibasuh pakai air ( saya basuh pakai air paip je tanpa sabun!!! )
Saya periksa kembali label plastik Karot ne ada tertulis diimport dan diedarkan oleh satu syarikat di Hong Kong, pastu ada juga cakap diimport dan diedarkan oleh Taiwan Company di Taipei Taiwan, Bukanlah nak menuduh tetapi demi kesihatan, adakah disebabkan kerana melalui banyak negara, untuk pastikan karot ini tahan lama, ia disapukan dengan pengawet makanan? Lobak karot yang licin ne sebenarnya tertulis berasal dari negara omputih ... Bezanya, karot jenis ini lebih kecil dan nampak lebih comel dari karot negeri China! Selain itu, karot ini tahan lebih lama bila disimpan berbanding karot negeri China yang cepat busuk atau lebih mudah rosak...!! Seingat saya, karot negeri China tak de pula rasa benda lendir licin atau bau tengik semacam ne....
Saya blend jenis yang kesat je.. yang berlendir ne tak berani blend tapi buat bahan ujikaji je ... Yang berlendir ne berbau semacam tengik bila dihidu !!! tetapi bila dah dibuang kulitnya, bau semacam tengik ne dah takde.... Tapi bila diminum ada rasa sedikit merengsa di kerongkongan... Apa yang merisaukan saya adalah; adakah karot jenis ini ada diselaputi bahan kimia pengawet makanan supaya ia dapat bertahan lama? Jika ada, berapa kalikah persampelan makanan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga tahap kesihatan anda atau kita sekalian?? Anda perlu tahu petua berniaga; jika makanan itu tahan lama dan tak cepat rosak maka makin banyak keuntungan dapat dijana oleh apa jua jenis syarikat perniagaan makanan!!
Samada karot ini ada pengawet makanan Allahhualam. Harapnya ada la unit makanan KKM buat persampelan makanan secepat mungkin kepada karot jenis ini bagi mengelakkan rakyat Malaysia mendapat keracunan pengawet makanan!!! Ini kerana pengawet makanan juga berpotensi sebabkan kanser kepada anda sekalian!!! Sesudah buat persampelan makanan, elok juga pihak KKM kuatkuasakan peraturan untuk mewajibkan pengusaha makanan menulis di bahagian label bahawa produk makanan berkaitan telah disampel dan didapati negatif untuk racun pengawet bagi menyenangkan hati para cancer survivors atau anda sekalian membelinya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.