Selasa, 12 Jun 2012

Khasiat Keladi Tikus

Khasiat Keladi Tikus
http://lawankanser.net/khasiat_keladi_tikus.html
http://lawankanser.net/index.html

Nama Tempatan:Keladi Tikus
Nama Saintifik:Typhonium Flagelliforme
Nama Lain:Rodent Tuber
Famili:Araceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

PENGENALAN

Tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia, ia memenuhi kebanyakan keperluan harian. Ia digunakan dalam pembuatan kosmetik, makan pemakanan, perasa dan pewarna, perhiasan dan perubatan. Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan digunakan untuk merawat bermacam macam jenis penyakit.

Oksidasi adalah satu kemestian dalam organisma untuk menghasilkan tenaga kepada proses biologikal. Walaubagaimanapun, ketidak kawalan penghasilan Oksijan menghasilkan radikal bebas yang meyumbang kepada tumbuhnya penyakit seperti atherosclerosis, rheumatoid arthritis dan kanser, juga kepada proses ketuaan (degenerative processes of aging). Hampir semua organisma terlindung dari radikal bebas oleh enzim seperti super-oksid dismutase dan catalase atau kompond seperti asid ascrobic, tocopherols dan glutathione.

Bila mekanisma perlindungan antioksida tidak seimbang disebabkan dari ketuaan, penurunan fungsi physiological akan menyebabkan serangan penyakit dan peningkatan jangka waktu penuaan yang lebih cepat, oleh ini kandungan antioksida dalam pemakanan seseorang adalah amat penting bagi melindungi badan dari kesan oksidasi.

TYPHONIUM FLAGELLIFORME, sebagai makanan tambahan yang membantu melawan kanser, ketumbuhan dan meningkatkan daya tahan badan. Juga membantu penyahtoksidan dalam darah.

Keladi tikus; merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Keladi tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti talas Kunting, bira kecil, ileus gofu sepa, trenggiling mentik dan berbagai.

Sebelum ini keladi tikus tidak dikenali ramai, tidak seperi sambiloto, temu putih, hempedu bumi, temu lawak, mengkudu dan sebagainya. Tanaman semak sejenis talas ini boleh mencapai ketinggian melebehi 100 cm. Ia menyukai tempat lembab dan berpaya.

Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris keladi tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenehan dan pusat landskap. Daunnya berbentuk jantung dan berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

TYPHONIUM

Typhonium di rujuk kepada bentuk bujur akar kepada Typhonium giganteum. Dalam bahasa Cina dinamakan sebagai baifuzi, yang bermaksud akar berwarna cerah (bai = puteh) dan kesamaannya dengan jenis pokok berakar berlubang seperti aconite beracun (fuzi).

Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992), ini pendapat sarjana Barat, sedangkan tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Tumbuhan ini walaupun bukan jenis tumbuhan dikenali umum, tapi ia terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakan nya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin (wind-phlegm), penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan. Contohnya, digunakan dalam ubatan Qianzheng San (Serbuk pemulihan keasal / Powder for Restoring the Normal Position), yang mengandungi ramuan utamanya typhonium, ulat-sutera dan kalajengking, yang diberikan kepada pesakit lumpuh disebabkan stroke. Lanjutan dari versi formula ini adalah ubat Yifeng Dan (ubat menghalang kahak angin / wind stopping pill) ramuan dari Qianzheng San dicampur dengan Uncaria, siler dan tabasheer (sejenis ekstrak buluh, tianzhuhuang). Banyak lagi ubatan Cina kunoh yang menggunakan keladi tikus sebagai ramuan utama dalam ubatan mereka.

Dalam buku Sichuan Chinese Pharmacological History, dituliskan bahawa unsur timbangan bagi typhonium ialah “hangat dan mempunyai rasa kemanis –manisan, kelat, menyucuk, bertoksik dan ia boleh menyembuh sakit gastrik dan sendi disebabkan dari gangguan darah”.

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’’, ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas keladi tikus atau Typhonium, Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.
Terapi kanser

Patricia Skinner dalam bukunya Unani-tibbi, Encyclopedia of Alternative Medicine, menjelaskan, doktor pertama yang berhasil melakukan terapi kanser adalah Ibnu Sina atau Avicenna. Dalam Canon of Medicine, Ibnu Sina menggunakan, salah satu cara pebedahan yang disertai pemotongan atau pembersihan pembuluh darah.

Profesor Nil Sari dari Universitas Istanbul, Cerrahpasha Medical School dalam tulisannya berjudul "Hindiba: A Drug for Cancer Treatment, menuturkan, pada abad ke-12 M, ilmuwan Muslim bernama Ibnu al-Baitar menemukan ramuan obat kanser atau tumor bernama "Hindiba". Obat kanser warisan peradaban Islam itu dipatenkan oleh Profesor Nil sari pada 1997.

Khasiat dan kegunaan

Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisue dalaman (edema). Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru paru. Di Filipina pembungaannya (inflorescence) diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu dalam penyembuhan luka (Perry, 1980).

Pembuatan Jus Keladi Tikus

Seluruh tanaman ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga kebunganya. Ada berbagai cara penyediaan, diantaranya ;

1. Rebusan
Rebus dan minum airnya. Boleh kalau diambil bersama-sama dengan herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu diantara dua atau tiga sudu setiap hari.

2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil tumbuhan Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). Pilih bagian yang elok (sehat), buanglah bahagian-bahagian yang sudah rosak, bersihkan ubi yang membusuk dsb. Cuci sampai bersih pada air yang mengalir.

ii) Keringkan dahulu kemudian tumbuk / giling atau blend.Cuba elak dari memakai peralatan dari besi terutama yang mudah berkarat termasuk alumunium.

iii) Tambah air secukupnya. Gunakan air RO ia amat amat digalakkan kemudian diPerah dan tapis.

iv) Jus Keladi Tikus siap diminum. Kalau ingin merasa manis tambahlah madu.

3. Pengeringan / Serbuk

Tumbuhan yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu;

i) Dibasuh bersih,batang dan daun dari kotoran.

ii) Dibasuh bersih di celah celah batang dan dibawah lipatan.

iii) Di gosok ubinya sehingga bersih dari kulit kering dan kotoran.

iv) Di pisahkan batang dari ubinya dan dibasuh bersih

v) Di tos keluar air dari tumbuhan kemudian dijemur kering.

vi) Tumbuhan yang sudah kering di tumbuk / kisar dijadikan serbuk kemudian dijadikan dalam bentuk pil atau kapsul.

PENGAMBILAN:

3 x sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yang mempunyai gangguan perut diminum ½ jam setelah makan.
Wanita hamil kurang dari 4 bulan dilarang minum Jus Keladi Tikus.

Catatan yang perlu diperhatikan

• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rusak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastis.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / majun. Hati-hati dengan informasi yang menyesatkan.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya. Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.
KHASIAT UBATAN KELADI TIKUS

1. Membantut ketumbuhan Sel Tumor
2. Membantut ketumbuhan sel kanser
3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb)
4. Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria
5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan
6. Merungkaikan keracunan toksik rokok
7. Mengatasi penyakit diabatis melitus
8. Mengatasi tekanan
9. Meningkat stamina dan ketahanan diri
10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung
11. Meyembuh selsema, batuk, kahak dan sakit kepala
12. Anti Asma
13. Meredahkah bengkak dan sakit
14. Mengatasi masalah kekembungan perut
15. Menyembuh penyakit hati

Isi kandungan pada Daun;

1. Hexa acid dekanoat
2. Acid okta dekanoat
3. Lauric acid
4. Acid kapriat
5. Koniferin

Isi Kandung dalam Batangnya(steim):

1. Serebrosida
2. Daukasterol
3. Inactivating ribosome protein / RIP

Isi Kandung pada Jalur Melintang (rhizome)

1. Alkaloids
2. Triterpenoid
3. Polyphenols
4. Arginine
5. Tritofan
6. Fitol

Bagaimana Typhonium Flagelliforme bertindak?

Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat cancer. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pankreas.
Manfaat Keladi Tikus
(dipetik dari http://herbal369.blogspot.com)

Menurut data dari Malaysia,berbagai penyakit telah disembuhkan antara lain:

Berbagai kanser seperti payudara, paru-paru,usus besar-rectum, liver, prostat, ginjal,leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukimia, hempedu, pankreas dan hepatitis (Media Indonesia)

Penyakit-penyakit berat lainnya seperti: Diabetes Melitus, demam berdarah, radang otak, radang tenggorokan,ambeien akut, sakit gigi, keputihan, kista, sinus (gangguan hidung), hernia, biduran dan semua penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.

Mengurangi secara luar biasa efek samping kemoterapi (seperti: keguguran rambut, kulit kusam, mual-mual)

Menghentikan perdarahan baik diluar maupun didalam tubuh.

Untuk kanak-kanak dapat mengubati berbagai radang dan sakit gigi.

Dapat mendeteksi (mengesan) terdapatnya sel-sel ganas (kanser) dalam tubuh pada peringkat awal (gejala-gejala).
Khasiat Tanaman Keladi Tikus
(dipetik dari http://www.kabarinews.com/article.cfm?articleId=2630)

Tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis talas setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk tumbuhan semak, menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena matahari langsung. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dengan ujung runcing berbentuk jantung. Warnanya hijau segar. Umbinya berbentuk bulat rata sebesar buah pala.

Tanaman ini pertama kali di diriset sebagai tanaman obat oleh ahli dari Malayia, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD yang juga pendiri Cancer Care Penang, Malaysia. Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo meneliti tanaman ini, hasilnya menunjukan Ekstrak Typhonium Flageffiforme dan campuran bahan alami lainnya membantu detoxifikasi jaringan darah. Ramuan ini akan semakin baik bila diberikan bersama-sama dengan bahan herba lain, seperti sambiloto, temu putih dan rumput mutiara. Ramuan ini mengandung ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga zat dalam campuran ramuan tersebut memproduksi mediator yang menstimulasi penguatan sel dalam sistem kekebalan tubuh untuk memberantas sel kanker.

Senarai Famili Typhonium Flagelliforme :
·         Typhonium acetosella Typhonium adnatum
·         Typhonium albidinervum Typhonium albispathum
·         Typhonium alismifolium Typhonium alpinum
·         Typhonium angustilobum Typhonium bachmaense
·         Typhonium blumei Typhonium bognerianum
·         Typhonium brevipilosum Typhonium brevipes
·         Typhonium brownii Typhonium bulbiferum
·         Typhonium circinnatum Typhonium cochleare
·         Typhonium cordifolium Typhonium digitatum
·         Typhonium diversifolium (T.`austrotibeticum)
·         Typhonium echinulatum
·         Typhonium eliosurum Typhonium flagelliforme
·         Typhonium filiforme Typhonium fultum
·         Typhonium gagnepainii Typhonium gallowayi
·         Typhonium gaoligongense Typhonium giganteum
·         Typhonium glaucum Typhonium gracile
·         Typhonium griseum Typhonium hayatae
·         Typhonium hirsutum Typhonium huense
·         Typhonium horsfieldii (T.omeiense)
·         Typhonium hunanense
·         Typhonium inopinatum Typhonium johnsonianum
·         Typhonium jonesii Typhonium laoticum
·         Typhonium liliifolium Typhonium lineare
·         Typhonium listeri Typhonium medusae
·         Typhonium mirabile Typhonium nudibaccatum
·         Typhonium orbifolium Typhonium pedatisectum
·         Typhonium pedunculatum Typhonium peltandroides
·         Typhonium penicillatum Typhonium pottingeri
·         Typhonium preatermissum Typhonium pusillum
·         Typhonium reflexum Typhonium russell-smithii
·         Typhonium roxburghii (T. divaricatum)
·         Typhonium sagittariifolium
·         Typhonium saraburiensis Typhonium subglobosum
·         Typhonium taylorii Typhonium tentaculatum
·         Typhonium trifoliatum Typhonium trilobatum
·         Typhonium venosum (Voodoo Lily) Typhonium varians
·         Typhonium violaefolium Typhonium watanabei
·         Typhonium weipanum Typhonium wilbertii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.