Mangsa Buli Kurang Imunisasi Badan
Utusan Malaysia 12 April 2012 ms 14
Saintis yang membuat kajian di New York mendapati mereka yang selalu dibuli berisiko mendapat imunisasi badan yang lemah. Kajian dijalankan ke atas anak monyet yang dimasukkan ke dalam kandang yang mempunyai anak monyet yang baru dan lebih dewasa didapati mendapat stress atau tekanan (kemurungan). Faktor stress melumpuhkan sistem pertahanan semulajadi badan. Ketua Kajian iaitu Jenny Tung dari Universiti Duke North Carolina berkata bahawa tekanan dlam hubungan sosial turut memberi kesan negatif kepada sistem imunisasi badfan. Golongan yang selalu dibuli berisiko mendapat masalah kesihatan seperti selsema, batuk-batuk sakit tekak dsbnya! Ia juga mengurangkan daya sel darah putih bagi melawan kanser!
Nota: Sebenarnya jika anda stress ia mengurangkan daya badan untuk melawan penyakit. Ia memang telah dibuktikan dalam banyak kajian. Justeru untuk meningkatkan ketahanan badan anda keatas penyakit, Anda perlu:
i. Berfikiran positif!!
Contoh Fikiran Positif / suasana positif
|
Contoh Fikiran Negatif / suasana negatif
|
Aku nak hidup lama lagi. Nyawa ku atas Urusan Allah bukan atas kata kata doktor..
|
Aku cancer survivor.. Aku tak boleh hidup lama.
|
Masih ada harapan lagi
|
Berputus asa dan bersedih
|
Ceria
|
Murung dan stress
|
Bersikap aktif dan energetik .
|
Pasif.
|
Beriadah dalam suasana malar hijau.
|
Duduk sedentari dalam persekitaran hawa dingin.
|
Udara segar dalam hutan.
|
Udara dalam bangunan = Sick Building Syndrome
|
Berdiri dan sentiasa bergerak
|
Duduk depan komputer / tv dalam bilik hawa dingin
|
Suasana terang dan kering
|
Suasana gelap dan lembab, berkuap
|
ii. Beriadah secukupnya.
iii. Memakan banyak tumbuh-tumbuhan hijau dan buahan berlainan warna tanpa pengawet dan racun.
Ia juga amat dipengaruhi oleh sokongan dari ahli keluarga anda iaitu dari suami, isteri, anak anak, adik beradik, rakan dsbnya. Jika sekiranya anda tidak punyai sokongan seperti ini jangan risau dan bersedih hati kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Anda sebenarnya amat beruntung sekiranya anda ingat pada satu lagi bantuan yang tiada tolok bandingnya iaitu bantuan dari Allah. Di saat anda bersendirian tanpa kelihatan sebarang bentuk pertolongan, mohonlah dan pintalah pertolongan dan bantuan daripada Allah. Mohonlah dengan nama Allah yang baik baik. Ingatlah dan selamilah saat-saat tatkala para insan mulia ini bertawakkal kepada Allah :
1) Siti Hajar ditinggalkan berseorangan di padang pasir tandus untuk melahirkan Nabi Ismail.
2) Nabi Ismail berbaring untuk disembelih bapanya.
3) Nabi Ibrahim mahu dilontar ke dalam unggunan api besar.
4) Isteri Firaun yang dicampak ke dalam minyak menggelegak.
5) Nabi Muhammad saw bersembunyi di dalam gua bersama Syaidina Abu Bakar manakala orang yang hendak membunuhnya ada mencarinya di luar gua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.