Sabtu, 7 Julai 2012

BARAH KULIT


BARAH KULIT

Bahan kimia yang terhasil oleh berbagai jenis aktiviti manusia boleh membahayakan persekitaran. Umpamanya lapisan ozon semakin menipis setiap tahun. Terdapat banyak bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh manusia pada setiap tahun di mana bahan ini boleh beransur-ansur naik dari permukaan bumi hingga tiba ke lapisan stratosfera dan merungkai molekul ozon. Pemantauan yang dilakukan dari satelit menunjukkan lapisan ozon semakin menipis sebanyak 50 peratus di Kutub Selatan. Ozon adalah unsur oksijen di mana 3 atom oksijen bersatu antara satu sama lain bagi membentuk molekul ozon. Ozon terhasil akibat tindakbalas cahaya matahari ke atas molekul oksijen di stratosfera. Ozon biasanya di dapati di dalam bentuk lapisan pada aras ketinggian antara 10 - 30 kilometer di atas permukaan bumi. Lapisan ozon berfungsi menyerap sinaran ultraungu yang berjarak gelombang pendek dan berbahaya. Ia dapat menghindarkan pancaran ultraungu daripada sampai ke permukaan bumi.

PANCARAN ULTRAUNGU - Punca pancaran ultraungu asli ialah matahari. Punca pancaran ultraungu palsu ialah pondok pemerang kulit (tanning booths), Cahaya Black, lampu penyembuh, lampu pembasmi kuman, lampu wap merkuri, lampu halogen, lampu berkuasa tinggi dan laser seperti  laser exsimer, laser nitrogen dan laser Nd:YAG harmonik ketiga.

Pancaran Ultraungu tidak berguna untuk penglihatan. Ia adalah pancaran bertenaga tinggi yang tidak kelihatan dari matahari. Ia terletak melepasi cahaya ungu pada spectrum yang boleh dilihat. Pancaran ultraungu didefinasi sebagai sebahagian dari spektrum  elektromagnet yang berada diantara X-ray dan cahaya yang boleh dilihat. Jarak gelombangnya terletak di antara  40 hingga 400 nanometer. Ada 5 kategori pancaran ultraungu. Pancaran ultraungu hampagas mempunyai jarak gelombang antara 40 - 190 nanometer.

Pancaran ultraungu panjang mempunyai jarak gelombang antara 190 - 220 nanometer. Pancaran ultraungu panjang mempunyai jarak gelombang pendek dan boleh membunuh kuman.

Pancaran ultraungu C mempunyai jarak gelombang antara 220 – 290 nanometer. Pancaran ultraungu C boleh menggelap serta membakar kulit. Allah mentakdirkan bahawasanya, hampir semua pancaran ultraungu C diserap oleh lapisan ozon. Pancaran ultraungu C boleh membunuh bakteria dan digunakan pada lampu pembasmi kuman. Di Eropah, Amerika, Australia, New Zealand dan Jepun, mereka menggunakan teknoloji Pancaran ultraungu bagi membunuh bakteria, parasit dan virus yang terdapat dalam bekalan air minum. Paip air mereka diperbuat dari bahan yang selamat dan bukan dari paip air Plumbum atau Paip air Asbestos!!! Justeru itu, bekalan air minum mereka tidak payah dimasak tetapi boleh diminum terus dari paip paip air mereka!!! Mereka tidak menggunakan klorin dalam bekalan air minum mereka kerana Klorin dalam jangka panjang, boleh menyebabkan kanser !!! Namun begitu, di Malaysia kita terpaksa menggunakan Klorin kerana kos menggunakan Pancaran ultraungu adalah lebih mahal ditambah dengan hobi rakyat negara ini menggunakan bekalan air minum sebagai air pencuci kereta! Di Eropah dan negara negara yang telah disebutkan diatas, teknoloji hijau water harvest iaitu menadah bekalan air hujan digunakan dengan sebaik mungkin bagi membasuh kereta, membasuh lantai mahupun menyiram pokok!!! Dalam sektor perindustrian, pendedahan pancaran ultraungu C secara berlebihan boleh mengakibatkan kornea mata terbakar atau Welders’ flash yang mana sangat menyakitkan.

Pancaran ultraungu B mempunyai jarak gelombang pertengahan. Pancaran ultraungu B berjarak gelombang antara 290 – 320 nanometer. Pancaran ultraungu B merupakan pancaran yang paling banyak memberi kemusnahan dan adalah yang paling berbahaya di kalangan pancaran ultraungu. Ia mempunyai tenaga yang tinggi dan tenaga itu mencukupi untuk menyebabkan kerosakan fotokimia kepada DNA sel-sel. Ia juga tidak diserap seratus peratus oleh atmosfera. Pancaran ultraungu B boleh menyebabkan erythema, menggelap atau membakar kulit, merosakkan kanta mata, katarak dan barah kulit.

Pancaran ultraungu A adalah pancaran ultraungu yang mempunyai jarak gelombang yang panjang. Ia juga dikenali sebagai Cahaya Black, Cahaya Wood’s, pancaran jarak dekat atau UV-A. Pancaran ultraungu A mempunyai jarak gelombang antara 320 – 400 nanometer. Ozon di atmosfera hanya dapat menyerap sedikit pancaran ultraungu A. Namun demikian, pancaran ultraungu A tidak begitu berbahaya kepada kulit. Pancaran ultraungu A adalah Pancaran ultraungu yang paling biasa di kalangan pancaran ultraungu. Pendedahan pancaran ultraungu A boleh menyebabkan  kesan penghitaman kulit dan jika pendedahan secara berlebihan akan menyebabkan erythema. Ia diperlukan oleh manusia bagi sintesis Vitamin D di dalam badan. Pendedahan berlebihan akan mengakibatkan kulit kasar, melemahkan sistem pertahanan tubuh serta menyebabkan katarak.  Pancaran lampu ultraungu A digunakan di dalam fototerapi dan mesin kulit perang.

BAHAYA PANCARAN ULTRAUNGU - Pendedahan kepada pancaran ultraungu secara berlebihan dari sumber matahari boleh merosakkan kulit dan juga mata. Semua jenis kulit tidak terkecuali dari mendapat kesan buruk pancaran ultraungu. Jumlah pendedahan yang diterima oleh seseorang bergantung kepada banyak faktor seperti masa pagi, tengahari atau petang, awan mendung, tempat berteduh disediakan atau tidak, kadar refleksi cahaya dan keadaan musim di dalam setahun. Disamping itu, jenis pakaian, topi, sunscreen dan kacamata hitam boleh mempengaruhi tahap pendedahan. Di kebanyakkan negara beriklim tropika, negara berada di dalam keadaan panas sepanjang tahun di mana ia boleh mengakibatkan barah kulit.

Jumlah pendedahan kepada cahaya matahari bergantung kepada masa yang digunakan di luar bangunan, masa di dalam sehari bila tugas dilakukan di luar bangunan, jumlah tempat teduh yang diadakan,  penyediaan permukaan refleksi cahaya dan penggunaan bahan kimia fotosensitif.

Sinar cahaya matahari amat terik diantara pukul 10 pagi hingga 3 petang. Kekuatan pancaran akan bertambah apabila berada di tempat yang tinggi atau berada dekat dengan garisan Khatulistiwa.

Kesan pendedahan jangka pendek. 
Pendedahan jangka pendek boleh menyebabkan kulit terbakar. Kulit putih akan menunjukkan kesan-kesan kebakaran kulit yang ringan apabila terdedah kepada pancaran cahaya matahari selama 12 minit antara 11 pagi hingga  3 petang. Kerosakan kekal akan berlaku 2 jam selepas pendedahan .


Kesan pendedahan jangka panjang.
Pendedahan yang berpanjangan atau berulang kali akan menyebabkan keratosis, barah kulit, kulit cepat tua sebelum waktunya dan boleh merosakkan mata..

Pendedahan yang berpanjangan kepada mata boleh menyebabkan fotokonjuntivitis and fotokeratitis. fotokonjuntivitis ialah radang selaput di sekeliling mata..  Fotokeratitis ialah radang kornea. Pendedahan berulang akan menyebabkan katarak dan pterigia. Katarak adalah pemutihan kanta mata. Pterigia ialah pertumbuhan tisu atau hipertropi permukaan konjuntiva di mana ia boleh merebak dan tumbuh sehingga menutupi keseluruhan kornea mata.
Keratosis adalah tompokan kering dan kasar pada kulit di mana ia terjadi akibat pendedahan ultraungu yang berpanjangan. Kadangkala ia boleh merebak menjadi barah kulit seperti Basal Sel  Karsinoma, Skuamous Sel Karsinoma dan Melanoma.
Basal Sel  Karsinoma adalah yang paling kerap terjadi dan yang paling  tidak bahaya. Ia boleh terjadi di muka dan leher sebagai bonjolan kecil, bulat atau leper. Ia boleh merebak ke tisu berdekatan lalu pecah dan menjadi ulser.
Skuamous Sel Karsinoma jarang terjadi namun lebih bahaya dari Basal Sel  Karsinoma. Skuamous Sel Karsinoma selalu terjadi pada bibir dalam bentuk bersisik, kawasan merah yang senang berdarah atau menjadi ulser. Kadangkala ia boleh merebak ke saluran nodus limfa  (lymph nodes).

Melanoma ialah yang paling jarang terjadi namun adalah yang paling bahaya diantara barah kulit. Bukti epidemiologi menunjukkan bahawa pendedahan kepada pancaran ultraungu memainkan peranan penting di dalam pembentukan melanoma. Melanoma bermula sebagai tompokan baru, berbintik-bintik atau tahi lalat yang boleh berubah bentuk, ketebalan atau warna. Ia boleh ujud di dalam berbagai warna dan bentuk yang tidak tetap atau teratur. Tahi lalat ini boleh menjadi melanoma. Melanoma boleh merebak ke organ dalaman dan menyebabkan kematian jika ia tidak dikesan dan dibuang awal. Kaedah pembuangan secara pembedahan awal adalah satu-satunya cara yang berkesan untuk menghalang melanoma dari merebak. Pesakit dengan Sindrom Dysplastic Naevi  adalah lebih senang mendapat melanoma dari orang biasa.

Faktor yang menyebabkan manusia lebih mudah mendapat barah kulit termasuklah pendedahan semasa kanak-kanak, pendedahan di tempat kerja, mengambil bahagian di dalam gerakkerja luar bangunan, tinggal di kawasan tropika yang panas dan sejarah ahli keluarga samaada pernah ada ahli keluarga yang mendapat barah kulit.


Pakaian :
Perlu memakai alat pakaian yang mana boleh melindungi kulit mereka dari pancaran ultraungu. Pakaian mestilah longgar dan membenarkan aliran peluh supaya boleh tersejat. Kain berwarna cerah yang ditenun rapat adalah yang terbaik. Kain kapas adalah kain yang paling sesuai. Perlindungan yang elok dapat diperolehi dengan memakai baju tangan panjang berserta seluar panjang. Bahagian badan lain yang terdedah kepada sinaran perlu dilindungi dengan menggunakan cara lain.

Topi:
Topi yang baik ialah topi yang mempunyai bibir bulat  sekurang-kurangnya selebar 10 sm, diperbuat dari serat semulajadi dan berwarna cerah. Kain tenunan topi perlu ditenun serapat yang mungkin bagi memastikan ia legap kepada matahari.

Sunskrin:
Sunskrin yang kononnya baik ialah yang berspektrum besar, jenis tidak telus air,   dengan faktor pelindungan matahari yang tinggi seperti ICI UV Ultrablock ataupun yang bersamaan dengannya. Namun begitu, sunskrin mengandungi pewangi, pewarna, pengawet dan bahan aktif kimia. Sejauh mana keselamatan bahan kimia ini kepada anda, Allah saja yang mengetahuinya!! Tepuk dada pikir pikirkanlah..

Biasanya sunskrin mengandungi bahan ester cinnamate sebagai bahan aktif. Sekiranya anda alah kepada kimia krim ini, doktor jongos akan menyuruh anda mencari bahan kimia alternatif pula. Untuk kesan maksimum, sunskrin perlu disapu kepada kulit bersih yang kering 15 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Krim ini kena disapu dan BUKAN digosok pada kulit. Sunskrin perlu di sapu setiap 2 jam. Apabila anda berpeluh dengan banyak, sunskrin kena disapu dengan lebih kerap lagi.

Kacamata Hitam:
Kacamata yang dicadangkan ialah kacamata yang mempunyai perlindungan mata daripada kemungkinan mendapat pancaran ultraungu dari sebelah depan atau dari sisi muka.  Ia juga mesti tidak pecah apabila jatuh. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.