Arini aku saja aja nak test... Tak makan tengahari tapi
survive dengan jus aje.. aku buat jus buah mengkudu 3 biji. Dah abis minum,
buat pula jus nanas sebiji. Lepas tu buat jus bawang putih 5 ulas. Semua aku
hirup mentah-mentah aje. Bila rasa susah nak telan, hirup la dengan air zam
zam... Tak lupa memuji penciptanya dengan nama yang baik-baik... Alhamdullilah
aku bertahan sampai pukul 630pm dengan selesa! Tak rasa lapar pun. Mampu pula
berkebun dan basuh kereta hanya dengan minum jus ini di tengah hari! Tak rasa
letih sangat pun sebagaimana aku makan nasi lalu buat kerja pada hari hari
sebelumnya!!
Sebenarnya bila engkorang masak benda benda alami ne tak
elok sebab banyak kandungan vitamin, phyto nutriens, bioflavonoids, rutin,
hesperidin, boskiniakina, asid boskiniakinik, asid 9-hidroksi-11-oktadekanoi,
majorida, 10-asetoksimajorosida, plantagosida, plantamosida, limonoid, asid
koetjapik, asid katonik, alloaromadendrin, kariofilena oksida, spatulenol, terpena, asid linoleik, asid linoleik alfa,
asid miristik, asid palmitik, asid ursolik dan ratusan lagi zat tumbuh-tumbuhan
akan musnah begitu saja!! Begitu juga vitamin yang dibotolkan cuma ada satu
jenis vitamin atau tak lebih 20 vitamin dan mineral saja! Kandungan dalam botol
juga kadang kadang telah digabung secara kimia menyebabkan tidak banyak vitamin
atau mineral yang dapat diserap usus! Makanan dalam botol selalunya ada
pengawet, pewarna, perisa, pengemulsi dan bau tiruan bagi menyebabkan ia
menarik dan enak dimakan!! Malangnya selalu sekali kimia ini tidak baik untuk
kesihatan anda !!! Begitu juga dengan vaksin yang diguna untuk cocok bayi kecil
anda . Ia mengandungi pengawet raksa yang dikatakan Syarikat pengeluarnya tidak
berbahaya kepada kesihatan! Namun kesannya disembunyikan oleh syarikat vaksin
melalui tulisan amat kecil yang biasanya hanya difahami dengan jelas oleh
doktor dan medical personnel. Korang perlu ingat dan faham tujuan doktor swasta
serta syarikat ubat adalah untuk dapat banyak wang bukan nak rawat korang!!!
Rawatan dan kasih sayang adalah kemudian dalam senarai mereka... Apapun wang
didahulukan kesihatan anda kemudian !! Tak percaya? Ambil tahu berapa biji
kereta mewah dan bangalow mewah mereka ada dan sekiranya anda tak de wang
adakah mereka sanggup dengan ikhlas hati sedekahkan ubat atau perkhidmatan
kepada anda secara percuma ...? Doktor tidak pernah atau jarang sekali beritahu
anda kesan sampingan ( adverse reaction @ side effect ) ubat ubat mereka ini.
Lain kali jangan buang kertas rujukan @ leaflet dalam vaksin atau ubat anak atau
ubat anda tapi bacalah ia. Ada dicakap mengenai risiko anaphylactic reaction
atau type 4 hypersensitivity reaction yang boleh mengancam nyawa!!!
Berbalik kepada cerita jus asli dari tumbuh2an, ia memang
asli dan risiko kesan sampingan amat amat kecil sekali! Ia boleh dikatakan
selamat untuk dimakan berbanding ubat2an yang telah diolah secara kimia. Tumbuh
tumbuhan pula adalah banyak dan murah.. orang miskin pun mampu mendapatnya
kerana selalunya ia tumbuh meliar melata di serata kampung... Jus daun betik atau
pegaga, umpamanya sangat baik untuk kesihatan anda... Syarikat ubat mempunyai
kekuatan kewangan bagi mengiklankan produk mereka tetapi tumbuh2an dari hutan
tiada siapa yang akan mengiklankan mereka kecuali ada kesedaran dari pihak kerajaan
bagi meningkatkan kajian di institut perhutanan ( FRIM @ Mardi @ UPM )
seterusnya mengguna pakai hasil kajian ini untuk kita semua!! Malangnya ini
belum berlaku lagi... Masyarakat lebih suka berubat doktor dari memanfaatkan
sumber alam semulajadi ciptaan Allah. Allah selalu bersumpah dengan
tumbuh-tumbuhan di dalam Al Quran. Mengapa Allah selalu bersumpah dengan
tumbuh-tumbuhan itu adalah tanggungjawab kita sebagai manusia untuk mengkajinya
serta memakainya!!
Selepas aku minum jus ini,
memang rasa amat lega dan cergas sihat. Elokla korang cuba dengan juicer yang sepatutnya... Syukur Alhamdullilah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.