Sabtu, 7 Julai 2012

Lempoyang boleh rawat kanser


Lempoyang @ Halia hutan boleh rawat kanser

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan. Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.
Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia. “Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi. “Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan. Dr Ahmad Bustamam berkata, menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi itu, kos rawatan pesakit kanser ini berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semula jadi termasuk yang diimport yang menelan belanja tinggi. “Bahan ini menjalani ujian praklinikal haiwan di makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel kanser sama seperti ubatan anti- kanser komersial lain. “Bahan semula jadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersialkan sebagai Douches and Suppositori,” katanya yang memulakan kajian pada 2002 bersama lima penyelidik lain di universiti berkenaan.

Dikenali juga dgn nama kampung dia iaitu Lempoyang. Ala-ala halia dan kunyit jugak la..Mak abah memang ada tanam pokok ni ke tepi rumah. Selalu jugak dorang amek dan blender isinya dan minum air extract dari lempuyang ni. Bagus utk kesihatan kata mereka. Kadang-kadang aku minum jugak tanpa tau apa khasiat sebenar lempuyang. Walaupon pahit, ku telankan jua. Rupa-rupanya, boleh digunakan utk merawat kanser serviks. Selain tu ada beberapa lagi khasiat lain yg aku google jap tadi. Antaranya ;

-mengurangkan bengkak kaki selepas delivery.
-menambah selera makan.
-anemia
-gatal-gatal kulit

Kesimpulannya, lepas ni tiap kali balik kampung or mak abah datang visit cucu2 kt KL..nk amek stok lempuyang ni dan simpan kt rumah dan dijadikan minuman amalan harian. Rasa lempuyang ni mmg pahit. halia tak pahit, campur rasa2 pedas dia tu kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.