Sabtu, 7 Julai 2012

Kenapa sering sangat kanser?



Pada zaman dulu amat susah untuk mendengar manusia mendapat kanser! Sekalipun manusia itu perokok tegar dan umurnya telah menjangkau 84 tahun!!! Zaman 80an dulu saya ingat lagi media kita berbangga kerana kanser payudara, kanser prostat, kanser servik dsbnya jarang terjadi di kalangan rakyat Malaysia. Zaman sekarang lain jadinya!!! Kanser di Malaysia telah tidak mengira umur atau jantina mahupun sejarah genetik keturunan / ahli keluarga samada pernah sanak saudara terkena kanser!! Sesiapa saja boleh kena kanser di Malaysia sekarang!!! Soalnya kenapa jadi begitu? Kenapa ada perbezaan antara zaman dulu dan zaman sekarang??? Di bawah ini ada perbincangan yang menguraikan sebab musabab kemungkinannya terjadi semacam itu, jika anda prihatin, anda boleh tolong berikan komen anda atau lebih baiknya tindakan dari anda.

Cuba kita amati dan teliti perbezaannya zaman sekarang dan zaman pada 60 tahun sudah iaitu di zaman dahulu kala ...

Orang zaman dulu
Orang zaman sekarang

Orang dulu banyak makan sayur dan buah-buahan segar. Kadang kadang buah buah hutan nie tak pernah kedengaran dek telinga dan tidak terfikir dek minda! Ada yang ganjil dan menarik bentuknya! Contoh: Terung susu kambing.. Kalau anda teringin tengok buah2an pelik-pelik lagi berkhasiat perubatan sila le anda pergi ke Borneo atau ke Irian Jaya!!!

Apa nak buat, segala pokok2 ini telah pupus akibat aktiviti pembalakan berleluasa, penebangan hutan kerana kawasan perumahan, perluasan kebun sawit dan kebun getah. Nak buat jalan raya, habis bukit ditarah sedangkan Allah menegaskan bukit bukit itu diam di tempatnya. Masing masing ciptaan Allah itu ada tugas mereka yang istimewa tersendiri!! Mengapa kita berkira sangat untuk buat terowong di bawah bukit tu untuk bina jalanraya contoh di lebuhraya Gua Tempurung? Akibatnya berlaku tanah runtuh dan banjir tanah! Hutan yang merupakan jambatan perjalanan haiwan seperti harimau dan gajah musnah- contoh lebuh raya Grik Jeli serta Cameron - Gua Musang!!
Yang banyak sekarang adalah hutan batu! Mat Salleh kalau datang Malaysia amat teruja jika dapat tidur dalam umah kayu beratap rumbia!!


Sayur2an dan buahan orang dulu tak tercemar dek racun sebab ditanam di perkarangan rumah!!!

Sayur dan buah2an confirmed wajib ada racun 3 serangkai iaitu racun serangga + racun rumpai + racun kulat!! Andalah tukang makannya !! Kenapa tiada penguatkuasaan dari pihak berwajib??


Bekalan ikan adalah manis lagi segar, Ikan, haruan, bocat, limbat,  puyu, temakang, sebarau, tengas berlambak dalam  paya atau sungai. Zaman ini racun cap tengkorak masih belum digunakan lagi...

Formalin digunakan dalam ketulan ais menyebabkan ikan tahan berbulan bulan! Apa kesan jangka panjang Formalin ini kepada anda?? Kenapa tiada penguatkuasaan dari pihak berwajib??


Ayam itik kampung mematuk melata, demikian juga lembu kambing kerbau bebas meragut.


Rumput sekarang dah tercemar dengan dioxins (Dioxins adalah bahan cemar industri yang confirmed carcinogenik.. Kalau umah korang sebelah kilang, rajin rajinle buat kanser screening..) !! Rumput nie le yang diragut dek haiwan ternak!! Ayam,itik, lembu kambing rusa arnab dah disuntik hormon serta dadah penggalak pertumbuhan daging dan memperlahan pertumbuhan lemak! Selain itu, ada ubat antibiotik yang disuntik kat hewan nie... Menurut pakar O&G kalau korang suka makan kepak ayam atau peha ayam iaitu tempat favourite suntik hormon ne, engkorang boleh dapat kanser ovari!!


Orang zaman dulu aktif! Mereka pesawah, petani, peladang, penoreh, pencari damar, pencari madu, menahan lukah, menjala ikan dsbnya!!! Aktiviti seperti ini menjalankan darah dan mengunakan oksijen yang tinggi di mana baik untuk kesihatan jantung serta dapat menghindari angin ahmar!!

Korang sekarang banyak duduk dalam hawa dingin 8 jam sehari di opis masing masing. Bos marah minda stres... Balik stuck dalam jem dan minda stress! Harga kereta dan harga umah/sewa serta harga barang mahal minda stress.. Sampai di umah engkorang masing2 duduk depan home theater 50inci atau sistem karaoke dalam hawa dingin lagi!! Memang tak gunakan otot otot besar di paha langsung!!! Akibatnya cecair badan engkorang jadi berasid, kerana tidak maksimum pertukaran CO2 dapat berlaku dalam peparu korang... kanser pun senang bercambah!!! 


Rumah dulu diperbuat sedari kayu dan atap sedari daun nipah atau daun rumbia! dalamnya amat nyaman dan sejuk walaupun diluar panas! Sekeliling pula pokok pokok hijau yang mengeluarkan udara bersih dan terion seperti di atur oleh Allah Taala!

Lagi dalam pasir yang digali dari lombong maka makin cerah risiko butiran pasir itu mempunyai aktiviti radioaktif! Butir pasir berradioaktif akan berterusan memancarkan tenaga radiasi. Sedihnya half life ada yang 30 tahun! Adakah dinding rumah anda memancarkan radioaktif !! Siapa yang memantaunya? Siling dan atap rumah diperbuat dari asbestos yang telah diharamkan oleh negara maju kerana asbestos fiber memang jelas terbukti menyebabkan kanser paru paru!!!


Mereka mengguna pewangi asli semulajadi ciptaan Allah seperti pandan, bunga kenerak, bunga melur, bunga mawar, bunga cempaka. Tiada bahan kimia berbahaya!

Memakai pewangi kereta, pewangi badan, pewangi bilik dan pewangi tandas yang diperbuat dari bahan kimia menjadi amalan wajib! Adakah bahan kimia ini selamat atau berbahaya kepada anda serta apa kesan buruk jangka panjang tidak dapat dipastikan!!


Pewarna makanan mengunakan herba, bunga, rizom kunyit, daun dan bersifat asli serta selamat dan menyihatkan manusia !!!

Pewarna /pengawet/ perisa/ MSG dalam makanan adalah wajib! MSG dibubuh dalam makanan bagi menyebabkan anda ketagih dan datang lagi. Harga MSG murah serta senang dibuat!  Malangnya MSG diluluskan oleh FDA! Boric acid dalam mi kuning, kicap dsbnya...Pewarna rhodamine B dalam belacan dsbnya!!


Mereka menggunakan air mataair dari perigi yang tertapis dengan sistem penapisan unggul ciptaan Allah iaitu tanah liat! Tanah liat dapat meneutralkan racun!! Selain itu, ada yang menggunakan air bukit yang mengalir melalui mataair di kaki bukit! Alangkah indah dan terpesonanya jika dapat merasakan air semulajadi sebegini kerana air ini mengandungi garam galian dalam kuantiti yang sebenarnya diperlukan oleh manusia!! 


Bekalan air terawat mengunakan Chlorine dan Fluorine! Chlorine boleh merosakkan organ dalaman anda dan mungkin sebabkan kanser dalam jangka panjang!!!  fuorine pula sebabkan keropos gigi atau gigi reput.

Dulu amat susah nak lihat kereta di atas jalan raya... Kalau ada pun sebuah sebuah aje. Pendek kata boleh kita berbaring atas jalan raya nothing would happen...

Zaman sekarang kereta bertemu muncung dan bontot. gesek mengesek dan scratches kalau tak de tu tak sah le kereta d kolumpo 


p/s ; Tidak ada kuat kuasa kerajaan untuk hadkan bilangan kenderaan. Sebaliknya kerajaan memang suka kereta banyak atas jalan kerana ia menjana pendapatan melalui saman ekor, salah parking, road tax, bayaran Tol, cukai eksais, cukai impot sehinggakan satu keta impot berharga 3 kali ganda dari yang dijual di US. Sebagai contoh jika anda membeli sebuah kereta Corolla berharga RM123000/- dengan wang yang sama anda sebenarnya mampu beli BMW5 series di USA!! Jumlah pengangkutan awam seperti keretapi & bas amat menyedihkan sehingga anda terpaksa membeli kereta sampai satu rumah ada 3 - 4 biji kereta! masalah dengan kereta adalah mengeluarkan gas yang mencemarkan seperti CO2, CO, NO2 SO2 dsbnya. Tidak ada kuat kuasa JAS bagi menghadkan emision kenderaan!! Kita bebas ubahsuai sistem eksos ikut suka hati... Lebih buruk lagi ada juga wap Mercury dan Plumbum yang terbebas dari asap kenderaan. Begitu juga dengan  asap lori diesel yang mengeluarkan asap dengan berkepul-kepul semua ini mencemarkan. Paling teruk pencemarannya adalah asap yang terbebas dari enjin motosikal 2 lejang sepeti RXZ, 125z  dsbnya! Walaupun Jepun negara pengeluar motosikal ini, motosikal jenis ini sudah tidak digunakan lagi oleh negara Jepun!!!


Zaman dulu takde Tol! Kereta pun sikit aje!!

Tol akan menyesakkan lagi jalan raya! Ribuan kereta akan beratur panjang serta pakai aircon. Stress akan terbina dalam setiap minda para pemandu! Jurutol paling berisiko terhadap penyakit paru paru dan sakit kepala yang dialami akibat menghidu asap pencemaran secara berlebihan!! Asap pencemaran akan banyak sekali dikeluarkan dan petrol dibazirkan! Sesungguhnya Allah tidak suka kepada pembaziran. Jika kerajaan benar benar ingin membantu rakyat, tolong hapuskan tol!!


Allah menegaskan golongan yang hampir kepada Allah banyak di kalangan orang dulu.

Allah menegaskan golongan yang hampir kepada Allah sedikit di kalangan orang zaman sekarang!!!



Pesakit kanser tahap 4 kalau di hospital mungkin akan disarankan menjalani pembedahan yang rumit, menyakitkan dan mengurangkan kualiti hidup mereka dengan amat  ketara! Setiap manusia akan mati juga dan manusia tidak dapat menghindari maut walaupun mereka berlindung di benteng yang tinggi (4:78 7:34 10:49 16:61 21:35 29:57 50:19)! Apa salahnya manusia yang menghidapi kanser tahap 4 dibiarkan mati dalam keadaan aman, mampu bergurau senda dengan ahli keluarga mereka, tidak perlu menahan kesakitan akibat pembedahan radikal yang menyakitkan dan mengalami lain-lain penderitaan. Onkologis hanya tahu prescrib ubat chemo tetapi tidak pernah ambil tahu tentang nursing care dan penderitaan pesakit. Tidak lama masanya, para onkologis akan terkinja-kinja berlumba pergi ke pusat perubatan swasta bagi mendapatkan wang besar!! Pesakit mereka yang telah di prescib kimo akan terkapai kapai ditinggalkan ke tangan  kawan sekerja mereka yang masih di hospital kerajaan!! Berapa banyak pesakit miskin yang mampu mengejar onkologis yang dah beralih angin ke swasta? Di manakah keihklasan dan komitmen onkolojis ini dalam merawat kami? Nursing care dilakukan oleh jururawat manakala penderitaan pesakit akan diberikan oleh doktor pakar palliatif! 

Allah maha pemurah lagi penyayang.. Allah tidak pernah berangan untuk beralih angin ke hospital swasta kerana mengejar wang besar ( mengutama kekayaan duniawi dari mengutama sesama manusia ). Justeru Allah menciptakan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan (Kami tumbuhkan tanah yang gersang dari air). Masalah timbul kerana herba serta pokok pokok ini tidak boleh menjana wang besar kerana ia tidak boleh dipatenkan ! Pokok juga tidak boleh dicipta oleh makmal gergasi syarikat ubat! Yang boleh dicipta manusia adalah rawatan kimo yang berunsur racun !! Berapa banyakkah ahli fikir yang mahu mengambil iktibar dari mereka yang menggunakan perubatan herba semulajadi lagi asli bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser tahap 4 ?? Sekurang kurangnya pesakit kanser tidak menderita sebelum saat-saat kematian mereka tetapi mendapat saat saat berkualiti lagi bermakna di samping keluarga mereka (Ruj: Sesumo Sekine).


Sila pergi ke link ini untuk Ilmu yang lebih lanjut:
http://www.youtube.com/watch?v=NBZ05D5Ithc      




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.