Ubat Kumur punca barah
Wrote byNur Misnanon
Isnin, 1 Februari 2010
Ramai diantara kita gemar menggunakan ubat kumur
mulut untuk menghilangkan bau mulut dan membunuh kuman sedangkan kita sendiri
tidak tahu mengenai kesan buruknya. Jika kita gunanya berterusan dalam jangka
masa panjang terutama ubat kumur yang mengandungi alkohol dan ethanol, kita akan
mudah mendapat penyakit kanser mulut. Penyelidik dari Universiti Queensland dan Universiti
Melbourne, Australia menjelaskan risiko mendapat kanser mulut meningkat
sehingga sembilan kali ganda apabila kita kerap menggunakannya. Ubat kumur yang mengandungi lebih daripada 26% alkohol
memiliki efek berbahaya kerana selain kanser mulut ia juga boleh mengganggu
radang gusi dan menimbulkan bintik merah pada mulut yang dikenali sebagai
petechiae. Jadi kepada teman-teman yang gemar menggunakan ubat kumur
ini, sila-silalah kurangkan atau sebaiknya jangan amalkan selalu. Jika boleh
cuba amalkan 3 kali seminggu. Itupun semasa berkumur dengan ubat kumur
dicampurkan dengan air. Ia boleh menghilangkan rasa pedih dalam mulut. Selamat
berkumur dan jagalah gigi dan gusi anda...
Pssst :
Syarikat pembuat ubat kumur ne takde pun baik hati beritau anda kesan sampingan
ini kan ? kan? kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.