Vitamin C bantu Lawan Barah
Terapi Vitamin C atau lebih dikenali sebagai ACID ASCORBIC merupakan salah satu terapi alternatif kanser yang amat berkesan untuk beberapa jenis kanser yang telah dan cuba disembunyikan oleh pengilang2 dadah sintetik
semenjak berpuluh tahun yang lampau. Masyarakat umum hanya didedahkan bahawa vitamin C merupakan supliment
yang hebat untuk penjagaan kesihatan dan bolih dibeli atau diberikan olih pihak
hospital sebagai makanan tambahan untuk seseuatu keadaan penyakit.
Namun tahukah anda bahawa Vitamin C merupakan salah satu kaedah yang
sangat berkesan untuk merawat kanser. Saya tidak maksudkan vitamin C yang
diambil secara oral. Tetapi vitamin C yang disuntik ke dalam saluran darah
dengan dosage yang tinggi. Apabila kita membicarakan mengenai vitamin C, ia
tidak bolih dipisahkan dengan sejenis penyakit yang dinamakan SCURVY, dimana pada tahun 1747 sekumpulan kelasi2 Bristish yang berlayar dalam
masa yang sangat lama seringkali menghidap penyakit SCURVY yang pada masa itu
tiada penawar yang berkesan untuk menghadapinya.
SCURVY adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai vitamin C
(asid askorbik) didalam tubuhnya. Penyakit SCURVY ini telah ujud dan diketahui
sejak dari zaman Scoretes lagi tanpa diketahui puncanya. Gejala SCURVY mungkin bermula dengan hilang
selera makan, berat badan yang rendah, cirit-birit, gangguan pernafasan, demam,
keresahan, kelemahan dan ketidak selesaan di kaki, pendarahan gusi, pendaraahan
bahagian mata, bengkak pada sendi, gigi longgar, pendarahan bintik gatal kulit,
penyakit kulit dan penyakit berkenaan automimmune.
Penawar kepada penyakit SCURVY yang berusia beratus tahun ini ditemui
olih seorang pakar bedah British James Lind (1716-1794)
pada tahun 1747,walaupun dikatakan beliau menemui kaedah rawatan ini dari
seorang pengamal perubatan primitif atau bolih juga disebut “pawang” disalah
sebuah negara yang beliau singgah semasa mengikuti siri2 pelayaran armada
British. Dikatakan “pawang” tersebut telah memberikan kelasi2 yang terkena
penyakit SCURVY ini memakan buah limau atau “lemon” yang kaya dengan Vitamin C.
Semenjak itu penggunaan
Vitamin C telah dikembangkan dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis
penyakit.Kaedah penggunaan “high dose” melalui kaedah suntikkan
atau intervenous vitamin C diperkenalkan olih Linus Carl Pauling (February 28, 1901 – August 19, 1994 ) seorang “bio chemist” yang empat kali memenangi hadiah Nobel.
Beliau mendapat ilham ini daripada seorang lagi penyelidik mengenai
Vitamin C yang bekerja dalam bidang industri makanan yaitu Irwin Stone (1907–1984) .Idea penggunaan “high dose” vitamin C ini pada mulanya
dicadangkan untuk mengatasi masaalah penyakit ” common cold “ dan selepas itu beliau bekerjasama dengan Dr Ewan Cammeron seornag pakar kanser dan mereka mendapati “high
dose ” Vitamin C melalui kaedah suntikkan juga amat baik untuk pesakit2 KANSER.Ini berlaku pada tahun 1971.
Idea penggunaan “high dose” Vitamin C ini mendapat kritikan hebat dari
pengilang2 farmasi dan hospital konvensional khususnya MAYO CLINIC sebuah hospital berprestij untuk merawat kanser.
Mereka merasakan perniagaan mereka tergugat kerana kaedah terapi yang
dicadangkan olih Pauling ini amat murah dan tidak bolih dipatenkan di Amerika
Syarikat. Namun pada tahun 1988 National Cancer Institiute telah mengesahkan
keberkesanan Vitamin C untuk sesetengah jenis kanser dan mengesyorkan ia
digunakan bersama kaedah kimoterapi untuk membantu pesakit menghadapi kesan2
sampingan dadah kimo.
“Vitamin C has two effects. It increases the beneficial effects of
radiation and chemotherapy and decreases the adverse effects.” Oncologist Victor
Marcial, M.D.-quote
Walaunagaimanapun kaedah Pauling ini telah dikembangkan dan digunakan
secara agak meluas olih doktor2 alternatif kanser diseluruh dunia. Umpamanya
hospital2 alternatif kanser di Mexico dan Germany menggabungkan “high dose” vitamin C dengan kaedah terapi alternatif
Vitamin B17.
Pada 12 September
2005 National Academy of Sciences menerbitkan sebuah artikel yang secara
khususnya menyatakan VITAMIN C ADALAH TOKSID KEPADA SEL2 KANSER. KENYATAAN INI
BENAR UNTUK JENIS VITAMIN C SUNTIKKAN ATAU “INTERVENOUS”.Rujuk
artikel berikut Chen Q, Espey MG,
Krishna MC, Mitchell JB, Corpe CP, Buettner GR, Shacter E, Levine M.
Pharmacologic “ascorbic acid concentrations selectively kill cancer cells: Action as a
pro-drug to deliver hydrogen peroxide to tissues” Proc Natl Acad Sci U S A. 2005 Sep
20;102(38):13604-9. Epub 2005 Sep 12.
Saintis2 yang
berkhidmat dengan Institut Penyelidikan Bio-Komunikasi (BRCI) di Wichita,
Kansas telah menerbitkan 20 artikel saintifik mengenai subjek ini. Para
penyelidik BCRI dalam lapuran pada tahun 1995 secara spesifik menyatakan bahawa
vitamin C dalam jumlah yang mencukupi adalah toksik kepada sel-sel tumor
terpilih.
Mereka membuat
kesimpulan bahawa kadar toksid terhadap tumor boleh dicapai hanya dengan cara
memberi vitamin C secara suntikkan. Penyelidikan berikutnya dari BCRI, yang
diterbitkan dalam British Journal of Cancer pada tahun 2001 merupakan yang
pertama yang menerangkan secara terperinci dari sudut farmasitukal berkenaan
dos vitamin C intervenous
Satu teori menarik
yang dikemukakann olih Dr. Hugh Riordan pada tahun 1975 menyatakan sel2
kanser adalah dari jenis anearobic yang bergantung kepada glukos sebagai bahan
bakar mereka.Umpamanya apabila doktor hendak membuat ujian PETS SCAN untuk mengesan
mestasis sel2 kanser. Mereka terlebih dahulu memasukkan glukos ke dalam badan
pesakit.Sel2 kanser yang akan menghantar sejenis pengangkut untuk mendapat
glukos tersebut,dari sini doktor dapat melihat dari mesin pets scan tadi lokasi
sel2 kanser berada.
Olih kerana
struktor molikul vitamin C hampir menyamai struktur molikul gula, sel2 kanser
menyangka bahawa ianya adalah glokos lalu menghantar pengangkut untuk
mendapatkannya.Kekeliruan ini menyebabkan sel2 kanser mati kerana vitamin C
adalah merupakan antioksidan yang sangat berkuasa dan ianya amat toksid kepada
sel2 kanser.
Rasional kepada
penjelasan ini kebanyakkan terapi2 alternatif kanser menyarankan pengambilan
buah2an dan sayuran sebagai diet utama walaupun kebanyakkan kita menyangka
sesetengah jenis buah2an yang manis dan kaya dengan sumber vitamin C akan
menyebabkan sel2 kanser membiak. Kalau teori diatas digunapakai maka pendapat
kebanyakkan kita adalah tidak benar.
Para penyelidik seperti Dr. Riordan MD menyatakan jika
sejumlah besar Vitamin C dimasukan kedalam darah pesakit, sel2 kanser akan
menyerakhp dengan banyak Vitamin C yang pada tahap kepekatan tinggi sifat
antioksidan Vitamin C ini akan berubah menjadi prooksidan kerana ia berinteraksi
dengan “intracellular copper” dan “iron”( zat besi ).Interaksi ini kelak akan
menghasilkan “hydrogen peroxide” yang amat toxid kepada sel2 kanser.
Olih kerana sel-sel kanser secara relatifnya mempunyai
kadar yang rendah enzim “intracellular anti-oxidant” yang dipanggil “katalase”, induksi dos
tinggi vitamin C peroksida akan mengakibatkan kemusnahan sel2 kanser secara
drastik. Dr. Riordan dapat membuktikan bahawa vitamin C adalah toksik kepada
sel-sel kanser jika diberi secara suntikkan atau “intervenous”.
Jika anda berhasrat untuk menggunakan terapi Vitamin C
saya menyarankan anda dan doktor anda membaca protokol yang dinamakan THE RIORDAN IVC
PROTOCOL.Sila
klik link merah. RiordanIVC
Barangkali penulisan saya mengenai Suntikan Vitamin C
adalah merupakan satu yang agak panjang kerana saya ingin mengemukakan satu
kaedah yang amat sederhana dan mampu dicapai olih kebanyakkan pesakit2 kanser
apabila pelbagai kaedah lain yang sudah pastinya kaedah kimoterapi,pembedahan
dan sinaran radiasi amat menyeksakan dengan rekod kegagalan yang amat tinggi.
Sementara pelbagai kaedah alternatif yang lain
adakalanya amat berliku liku disebabkan kesukaran untuk mendapatkan supliment2
tertentu disamping kosnya yang agak tidak mampu dicapai olih majoriti pesakit2
kanser.Saya merasakan jika anda tergulong dalam pesakit2 yang bercelaru dengan
kanser yang dikesan telah bermestasis kebanyak bahagian organ yang
penting,Terapi Suntikkan Vitamin C ini perlu anda cuba.Seterusnya saya akan
membekalkan anda pelbagai maklumat mengenainya dan diharap anda mengikutinya
dari masa ke semasa tanpa jemu.
Jika nantinya anda telah memperaktikkannya saya
berharap anda dapat berkongsi maklumat dan pengalaman anda dengan pesakit2 lain
kerana kanser adalah sejenis penyakit yang agak subjektif. Adakalanya
sesetengah pesakit menggunakan beberapa supliment tambahan atau cara
pengambilan yang tidak semestinya berdasarkan protokol yang digariskan olih
pakar2 IVC seperti yang terdapat dalam lampiran Riordan IVC.Terdapat juga
kemungkinan2 tertentu yang protokol ini tidak begitu sesuai dengan jenis2
kanser tertentu dan adakalanya sangat berkesan dengan jenis2 kanser tertentu. Apa
jua keadaan emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dalam website ini.
Terapi Vitamin C intervenous atau suntikkan adalah
merupakan terapi kanser secara bersendirian dan telah dipraktikkan sejak
berpuloh tahun yang lampau olih ramai pakar kanser alternatif dunia.Malah ia
biasanya digabungkan bersama pelbagai jenis terapi alternatif yang lain
umpamanya terapi Vitamin B17.Adakalanya ia digunakan bersama supliment tertentu
dan mudah didapati di farmasi2 di Malaysia,cumanya ramai diantara kita tidak
mengetahui cara penggunaannya untuk masaalah2 yang berkaitan dengan kanser.
Lantaran itu jika anda tidak berkemampuan untuk
menggunakan terapi Vitamin B17,kaedah intervenous Vitamin C adalah lebih murah
untuk diambil setiap hari.Harga sekotak Vitamin C iv adalah sekitar RM150 ke
RM200 sekotak yang bolih digunakan selama 3 ke 4 hari bergantung kepada kondisi
kanser anda.Penggunaanya tidak mempunyai had jangkamasa tertentu sehinggalah
anda merasakan kesihatan anda bertambah baik atau ujian perubatan menunjukkan
tiada lagi sel2 kanser dalam badan.Namun demikian mengikut Dr Hoffer jangkamasa
2 hingga ke 4 bulan adalah memadai untuk menunjukkan kesan2 penyembuhan.
Seterusnya saya akan paparkan kepada anda pengalaman
Dr Hoffer yang amat menarik untuk dikongsi bersama yang saya terjemahkan
sekadar yang mampu untuk renungan bersama.Untuk membaca biografi Dr Hoffer sila
klik
SINI
“Kami telah meningkat kualiti hayat pesakit kanser
daripada 5.7 bulan kepada kira-kira 100 bulan, satu perbedaan , yang sangat
besar. Terdapat penurunan yang amat besar dalam kesakitan dan kegelisahan.
Vitamin C merupakan satu komponen yang penting dalam setiap program rawatan
kanser.”
Prosedur klinikal kaedah Merawat Pesakit Kanser tenat
dengan Vitamin C oleh Abram Hoffer, M.D., Ph.D. Saya bukan pakar onkologi, saya
bukan seorang pakar patologi dan sebenarnya , saya bukanlah doktor, Saya
seorang ahli psikiatri. Oleh itu, anda mungkin ingin tahu apa yang dibuat oleh
seorang ahli psikiatri dalam bidang perubatan kanser. Saya fikir ia soalan yang
manasabah dan wajar saya memberitahu anda secara ringkas bagaimana saya masuk
ke bidang yang sangat menarik ini.
Pada tahun 1951, saya telah dilantik ke jawatan
pengarah penyelidikan psikiatri untuk Jabatan Kesihatan untuk wilayah
Saskatchewan. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya mempunyai satu
kelebihan utama yang pada pendapat saya lebih daripada rakan-rakan saya.
Masaalah yang paling penting pada masa itu adalah penyakit
schizophrenias.Mereka masih memenuhi lebih separuh katil2 dihospital dan kita
masih tidak mempunyai satu rawatan yang berkesan.
Dr. Humphry Osmond dan saya mula menyelidik
skizofrenia. Kami membangunkan hipotesis bahawa mereka yang diserang
skizofrenia akan menghasilkan bahan kimia toksik yang dibuat dari adrenalin,
adrenochrome . Adrenochrome adalah hallucinogen yang kami rasakan telah
menghasilkan toxemia, dalam erti kata lain adrenochrome bekerja didalam otak
sama seperti penyakit LSD.Pada peringkat ini itulah hipotasis kami.Kami juga
faham bahawa kebanyakan hipotesis adalah salah. Kami tidak fikir akan menjadi
betul tetapi kami merasakan bahawa oleh kerana kita tidak mempunyai banyak
pilihan kita harus bekerjasama untuk membangunkan rawatan untuk pesakit
skizofrenia.Sebenarnya kami tidak mempunyai apa-apa rawatan yang berkesan.Apa
yang ada ialah rawatan “renjatan ” yang hanya bersifat sementara . Adrenochrome
dihasikan dari adrenalin, jadi saya fikir jika kami boleh melakukan sesuatu
untuk mengurangkan pengeluaran adrenalin,kita berupaya untuk menghalang
pengoksidaan adrenalin untuk adrenochrome, dengan cara tidak langsung kita
mungkin mempunyai terapi untuk pesakit skizofrenia. Dari sini ia membawa kami
untuk melihat dua jenis bahan kimia. Satu dipanggil asid nikotinik atau vitamin
B-3. Vitamin B-3 dikenali sebagai penerima methyl, yang, semakin berkurangan
dalam badan pesakit.Pengurangan methyl boleh mengurangkan penukaran
noradrenalin adrenalin Perkara kedua ialah kami mahu menggunakan vitamin C
sebagai antioksidan. Mengimbas kembali keadaan pada masa itu ia kelihatan kita
telah 30 atau 40 tahun ketinggalan mengenai teori antioksidan,
Kami mahu mengurangkan pengoksidaan adrenalin untuk
adrenochrome. Vitamin C akan melakukannya tetapi ia mungkin tidak begitu
berkesan. Dan yang menarik perhatian kami ialah penggunaan kedua-dua vitamin,
vitamin C dan vitamin B-3. Saya mempunyai kelebihan kerana saya telah mengambil
Ph.D. saya di Universiti Minnesota dalam bidang vitamin, jadi saya tahu latar
belakang mengenainya. Itulah sebabnya kita mula bekerja dengan kedua-dua
sebatian ini.
Mengapa kami mula bekerja dalam bidang kanser? Kami
tertanya-tanya tentang apa yang bolih dilakukan olih kedua2 sebatian ini untuk
masaalah kanser. Saya masih ingat bahawa pada tahun 1952 pada waktu itu saya
bekerja dalam bidang psikiatri di Wing Munroe yang merupakan sebahagian
daripada Hospital Besar di Regina,
Seorang wanita yang telah dibuang payudaranya kerana
kanser telah dimasukkan ke wad kami. Beliau menjadi seorang pesakit psikotik.
Wanita miskin ini telah menderita akibat berlaku ulser yang teruk akibat luka
pembedahan dan tanpa tanda penyembuhan akibat berlaku kecelaruan toksik.
Psikiatris beliau memutuskan untuk memberi rawatan “renjatan” dmana ia
merupakan satu2nya jenis rawatan yang terdapat pada masa itu. Saya memutuskan
akan memberi vitamin C. Sebagai pengarah penyelidikan, saya mempunyai pilihan
untuk berjumpa doktor beliau dan meminta menyerahkan kes beliau kepada saya. Kebetulan
doktor yang merawat beliau adalah kenalan saya. Beliau berkata kepada saya “ya,
anda boleh merawat dia.” “Saya akan menahan rawatan renjatan selama tiga hari.”
NOTA
Shock Thearapy ( Terapi Renjatan ) dikenali juga
sebagai “Electroconvulsive
therapy “ (ECT), dahulunya dikenali sebagai “electroshock,”
adalah kaedah dalam skop rawatan psikiatri di gunakan untuk penyakit sawan (
seizures ).Gelombang elektrik dihalakan kedalam badan ketika pesakit dalam
keadaan diberikan ubat bius untuk kesan terapeutik.Walaupun kesan2 cara
tindakbalasnya tidak diketahui namun cara ini ( ECT )dianggap paling sering
disyorkan untuk digunakan sebagai rawatan bagi masaalah kemurungan yang teruk
yang tidak memberi tindakbalas kepada rawatan yang lain.Ia mula diperkenalkan
pada tahun 1938 oleh ahli “neuropsychiatrists” Italy Ugo Cerletti dan Lucio
Bini, dan digunakan dengan agak meluas sekitar tahun 1940-an dan 1950-an.
Saya berpendapat dengan memberikan pesakit tersebut
sebanyak 3 gram Vitamin C Suntikkan setiap hari, yang merupakan dos yang biasa
kami gunakan pada masa itu, untuk tempoh beberapa minggu,Tetapi apabila
doktornya memberitahu, saya hanya mempunyai tiga hari sahaja, saya memutuskan
bahawa cara ini tidak akan memberikan apa2 kesan. Oleh itu, saya memutuskan
untuk memberikan 1 gram setiap jam. Saya mengarahkan jururawat supaya pesakit
tersebut diberi 1 gram vitamin C setiap jam kecuali ketika dia sedang tidur.
Apabila dia terjaga, dia akan diberikan jumlah vitamin C yang tidak dapat
diberikan semasa dia tidur.
Kami bermula pada pagi Sabtu dan apabila doktor datang
kembali pada pagi Isnin untuk memulakan rawatan kejutan pesakit tersebut berada
dalam keadaan mental yang normal. Saya hanya ingin tahu, jika vitamin C yang
telah disuntik selama 3 hari yang lalu akan memberikan sebarang kesan
terapeutik. Apa yang mengejutkan kami luka dan ulser pada payudara beliau mula
sembuh. Beliau telah dibenarkan pulang dengan tidak menjalani rawatan “shock
therapy” walaupun masih mempunyai kanser dan beliau meninggal dunia enam bulan
kemudian akibat dari kanser beliau. Ini adalah satu pemerhatian menarik dan
tidak dapat saya lupakan.
Pada tahun 1959, kita mendapati bahawa majoriti
pesakit skizofrenia mempunyai sesuatu yang dikumuhkan dalam air kencing mereka
satu faktor yang kita panggil mauve factor, yang kami telah dikenal pasti
sebagai kryptopyrrole.
NOTA
Skizofrenia adalah penyakit berkaitan gangguan mental
yang bercirikan kecelaruan pemikiran dan tindak balas emosi yang lemah. Penambahan
kadar “kryptopyrrole” adalah terma yang diguna pakai untuk menerangkan mengenai
apa yang dikenali dengan nama “Pyroluria”. Ia merujuk kepada punca pengeluaran
terlalu banyak “kryptopyrrole” (KP) atau “hemepyrrole” (HP) di dalam darah. Kryptopyrrole pada
tahap yang tinggi boleh menyebabkan kemurungan teruk. Gejala-gejala
kencing berlebihan merupakan sesuatu yang tidak normal yang dikaitkan dengan
kryptopyrrole. “mauve factor” adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam
air kencing yang merubah warna kertas ujian dengan warna merah yang pudar
seperti warna senja pada ufuk.
Saya sedang mencari sumber yang baik untuk menerangkan
mengenai faktor kencing ini. Kami berpendapat bahawa majoriti pesakit
schizophrenics mempunyai gejala kencing berlebihan. Kami berpendapat bahawa
orang yang normal tidak mempunyai gejala ini namun saya berminat untuk mengkaji
berapa ramai orang yang dalam keadaan tertekan ( stress ) menunjukkan faktor
yang sama.
Oleh itu saya menjalankan satu kajian terhadap pesakit
di wad fizkal Hospital Universiti Pesakit2 diwad ini telah mengalami pelbagai
kesan fizikal akibat pelbagai penyakit termasuklah kanser. Apa yang mengejutkan
saya ialah bila mendapati bahawa separuh daripada pesakit kanser paru-paru juga
mempunyai faktor berkenaan air kencing. Menjelang tahun 1960, seorang lelaki
yang sangat terkenal Saskatchewan, salah satu profesor bersara telah dimasukkan
ke jabatan psikiatri di hospital kami. Beliau adalah seorang psikotik. Beliau
telah didiagnosis sebagai mempunyai “bronchiogenic carcinoma”. Biopsi dan
sinaran x ray telah mengesahkanya malah tumor juga dapat dilihat dalam
peralatan bronchoscope.
Para doktor berpendapat dia menjadi seorang yang
psikotik adalah kerana sel2 kanser telah pun terdapat dalam otaknya. Olih
kerana dia telah tergulong dalam pesakit psikotik kaedah pembedahan tidak dapat
dilakukan, sebaliknya mereka memberi dia sinaran kobalt ( cobalt radiation).
Namun ia tidak
berkesan
terhadap masaalah penyakit psikosisnya. Beliau telah dimasukkan ke wad kami di
mana beliau tinggal selama kira-kira dua bulan dalam keadaan penyakit psikotik.
Dia telah diletakkan dalam senarai terminal dalam wad kami. Saya menjangkakan
dia mungkin mempunyai “mauve factor” dalam air kencingnya dan dalam analisis
kami dia mempunyainya dengan jumlah yang banyak.
Daripada pengalaman saya yang lepas2, jika pesakit
seperti ini diberikan dengan jumlah yang banyak Vitamin B3 dan Vitamin C tanpa
menghiraukan diagnosis keadaan penyakit, mereka cenderung untuk menjadi
bertambah baik. Saya memulakan dengan
memberikan 3 gram Vitamin B, manakala Vitamin C diberi diberi pada hari Jumaat.
Pada hari Isnin beliau berada dalam keadaan normal. Beberapa hari kemudian saya berkata
kepadanya, “Adakah anda faham bahawa anda menghidap kanser?” Dia berkata, “Ya,
saya tahu”. Beliau mesra dengan saya kerana saya telah merawat isterinya untuk
masaalah ketagihan arak beberapa kali sebelumnya. Saya berkata kepadanya, “Jika
anda bersetuju untuk mengambil kedua-dua vitamin ini selagi anda hidup, saya
akan menyediakan untuk anda tanpa sebarang caj.
Pada tahun 1960, saya adalah satu2nya doktor di Kanada
yang mempunyai akses kepada kuantiti yang besar vitamin C dan niacin ( Vitamin
B3). Pihak kerajaan telah mengedarkan
kedua2 jenis vitamin suntikan ini melalui dispensari hospital kami. Beliau
bersetuju. Ini bermakna beliau terpaksa datang ke pejabat saya setiap bulan
untuk mengambil dua botol vitamin. Saya
tidak begitu pasti adakah ini bolih membantu dalam masaalah kanser beliau. Pada
masa itu saya hanya berminat dalam masaalah keadaan psikolog beliau.
Saya agak terkejut selepas 12 bulan beliau masih
hidup. Saya bertanyakan pada doktor yang mula2 merawat beliau dahulu yang kini
seorang Pengarah klinik kanser. “Apakah yang anda fikir tentang lelaki ini?”
Dan dia berkata, “Kita tidak faham bagaimana ini berlaku. Kami tidak menjumpai
apa2 tumor lagi”. Saya menjangkakan beliau akan berkata tumor pada lelaki ini
telah menjadi semakin kecil. Jadi saya bertanya lagi. “Baiklah, apa reaksi anda
dengan ketiadaan tumor tersebut?” Beliau menjawab, “Kami jangkakan telah
membuat diagnosis yang silap”. Pesakit tersebut bagaimanapun meninggal dunia 30
bulan kemudian disebabkan penyakit berkaitan jantung.
Berikut adalah satu lagi kes yang sangat menarik.
Beberapa tahun kemudian, seorang ibu yang telah saya rawati dahulu untuk
masaalah kemurungan datang kembali untuk bertemu saya. Sekali lagi dia
tertekan. Beliau berkata beliau mempunyai
seorang anak perempuan berumur 16 tahun, yang baru sahaja telah didiagnosis
mempunyai “sarcoma osteogenic pada lengannya. Pakar bedah beliau telah
mengesyorkan supaya lengan tersebut dipotong. Dia sangat tertekan dalam tempoh
ini dan jadi saya bertanya kepadanya, “Adakah anda fikir anda boleh memujuk
pakar bedah anda supaya tidak memotong lengan kanan anak anda?” Lalu saya
memberitahu padanya cerita tentang seorang lelaki dengan kanser paru-paru yang
pernah saya rawat.
Beliau membawa anak perempuannya kepada saya dan saya
mula memberi kepadanya Nikotinamida ( Vitamin B ), 3 gram sehari, ditambah
vitamin C, tiga gram sehari. Beliau pulih dengan baik, tanpa perlu membuang
lengannya. Tetapi kali ini saya membuat kesimpulan bahawa mungkin Vitamin B-3
adalah faktor terapeutig dalam penyembuhan tersebut. Sebabnya mudah, saya
sangat berminat dengan Vitamin B3 dan saya tidak mempunyai kepentingan dengan
vitamin C.
Apabila saya berpindah ke Victoria, satu lagi perkara
pelik berlaku, Pada tahun 1979, seorang wanita yang mempunyai jaundis, selepas
pembedahan doktor mendapati terdapat sebiji tumor berukuran 6 cm pada kepala
pankreas. Mereka terlalu takut untuk melakukan biopsi, prosidur standard untuk
rawatan kanser. Doktor berpendapat bahawa biopsi mungkin akan menyebarkan tumor.
Pakar
bedah menutup kembali kawasan pembedahan dan memberitahunya untuk menulis wasiat
beliau.
Mereka berkata ia mempunyai tiga hingga enam bulan untuk hidup. Beliau merupakan
seorang wanita yang amat cekal dan dia telah membaca sebuah buku bertajuk ” Anatomy of an Illness..
Lalu beliau berkata kepada doktornya, “pergi jahanam dengan pendapat itu, saya
tidak akan mati.” Dan dia mula mengambil vitamin C secara sendiri sebanyak 12
gram setiap hari. Apabila doktor mendapat tahu apa
yang beliau lakukan, beliau meminta dia berjumpa dengan saya, kerana pada masa saya telah
dikenali sebagai seorang doktor yang sangat bermiat dengan vitamin.
Saya mulakan dengan menyuntiknya 40 gram vitamin C setiap
hari, yang saya tambah niasin ( vitamin B3 ), zink dan pelbagai vitamin,
penyediaan multimineral. Saya menyarankan agar dia menukar diet dengan
menjauhkan diri daripada protein dan lemak yang tinggi. Saya tidak
mendengar khabar dari beliau selama kira-kira enam bulan. Pada sautu Ahad,
beliau menelefon saya. Biasanya, bila
saya mendapat panggilan daripada pesakit pada hari Ahad, ia adalah berita
buruk. Dia terus berkata, “Dr. Hoffer, berita baik! Saya bertanya,” Apa yang
berlaku? “Dia berkata,” Mereka telah melakukan imbasan CT dan mereka tidak
menjumpai tumor tersebut. Doktornya tidak percaya tumor itu telah tiada dan
mereka membuat keputusan mesin imbasan telah tersilap membuat bacaan lalu
melakukan imbasan kedua namun tumor tersebut tidak juga dijumpai. “Beliau membuat CT scan terakhir pada tahun
1984 ianya masih negatif.Beliau masih hidup dan baik sehingga kehari ini.
Pada saat ini, saya telah mempelajari mengenai Dr
Cameron dan hasil kerja Dr Pauling mengenai vitamin C dan saya mula menyedari
bahawa faktor terapudik utama mungkin vitamin C berbanding vitamin B-3. Ini
mungkin kerana bersandarkan kepada 4 kes yang saya bentangkan. Orang mungkin
menggangap 4 kes tersebut mungkin agak kebetulan, persoalannya ialah berapa
banyak kebetulan yang dapat seorang doktor dapat lihat disepanjang
kariernya?.Saya tidak tahu. Mungkin ini adalah satu keadaan luar biasa. Saya
tidak tahu.
Kes terakhir adalah mengenai pesakit saya yang lahir
pada tahun 1908. Ibunya meninggal dunia akibat kanser dan bapanya mati kerana
masaalah jantung pada usia 80 tahun. Pesakit saya ini terkena serangan jantung
pada tahun 1969, dan serangan kedua pada tahun 1977, diikuti dengan pembedahan
pintasan koronari. Pada bulan Mac tahun 1978, beliau tiba-tiba terasa sakit di
pangkal paha kirinya membawa ke bawah kaki kiri. Pada bulan Februari 1979, terdapat benjolan di
pangkal paha kiri. Beliau mengalami kesakitan yang teruk bila membuat
pergerakan.
Dalam prosidur pembedahan doktor menemui tumor jenis
sarcoma dan telah berjaya dikeluarkan namun tumor sebesar buah anggur masih
tertinggal dibelakang tidak dapat dikeluarkan. Tumor juga dikesan menyusup
masuk ketulang rawan zakarnya. Pada bulan Mac, beliau menjalani radiasi
paliatif pada separuh bahagian kiri badannya dengan kekuatan 4500 rad.
Kesakitan tersebut telah hilang setelah rawatan radiasi berakhir.
Pada 28 Mei, beliau mengalami jangkitan Staph yang
sangat teruk, dan pada bulan Jun dia berasa sangat tertekan kerana isterinya
telah mati kerana kanser, dan kini dia menderita akibat jangkitan kronik. Pada
bulan Julai luka beliau masih mengeluarkan cecair dan jisim2 yang boleh dilihat
dan dirasai di kawasan “palpable” kiri di atas ligamen inguinial.
NOTA
Staph atau Staphylococcus adalah bakteria genius
terdiri dari beberapa spesis yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan pada
manusia dengan menghasilkan toksin yang merbahaya.
Pertama kali dia bertemu saya pada bulan Januari 1980,
dan saya bermula dengan memberikan beliau suntikkan sebanyak 12 gram asid
askorbik ( Vitamin C ) setiap hari.Saya juga mencadangkan kepada doktornya
memberinya IV asid askorbik, 2,5 gram, dua kali seminggu, yang beliau bersetuju
dengan cadangan saya. Saya juga memberinya niasin ( vitamin B ), vitamin B6 dan
zink untuk mengimbangi. Pada bulan April, jisim tersebut mula mengecut dan
onkologist menulis dalam lapurannya seperti berikut, “Perkara ini sangat
menarik barangkali disebabkan faktor lain bukannya faktor Vitain C seperti yang
dicadangkan olih pesakitnya. Dalam erti kata lain, pesakit itu berkata, vitamin
C membantu dan pakar onkologi berkata, tidak lalu pakar onkologi meletakkan nota
dalam fail pesakit seperti berikut, “Dia mungkin bertindak balas kepada
kemoterapi.” Tetapi pesakit ini tidak pernah menjalani kaedah kemoterapi.
Jangkitan tersebut telah benar2 telah hilang.
Pada bulan Mei 1980, beliau telah menjalani ujian
x-ray yang menunjukkan pembinaan semula tisu tulang rawan pada kemaluan. Pada bulan Julai
beliau menulis surat kepada saya menyatakan rasa shukur kerana telah menjadi
semakin sihat. Pada bulan Februari tahun 1988, beliau pulang ke klinik kanser bagi
rawatan kanser karsinoma pada kulit muka yang berulang. Beliau meninggal dunia
pada musim gugur tahun 1989 berkaitan penyakit koronari pada umur 81 tahun.
Lelaki ini hidup 10 tahun selepas didiagnosis dengan kanser,
Aktiviti saya dalam bidang kanser mula berkembang mungkin kerana
pesakit pertama yang saya rawat merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya
menghebahkan kepada umum yang saya mempunyai penawar untuk kanser. Sekarang saya
harus memberitahu anda cara saya bekerja dalam bidang ini di Kanada. Pesakit
perlu dirujuk olih seseorang kepada saya. Saya tidak mengiklankannya. Setiap
pesakit yang datang ke pejabat saya mesti dirujuk oleh doktor keluarga mereka
atau oleh pakar, Pada tahun-tahun awal, pesakit biasanya pergi kepada doktor
mereka dan berkata, “Saya telah menjalani semua kaedah rawatan anda dan anda
mengatakan tiada apa lagi yang mampu anda lakukan. Olih itu saya meminta anda
merujuk kes saya kepada Dr Hoffer”. Beberapa orang doktor kini telah mula
merujukkan pesakit kanser mereka kepada saya.
Saya mendapati 80% daripada pesakit saya telah gagal
untuk bertindak balas terhadap mana-mana gabungan rawatan, termasuk pembedahan,
radiasi atau chemotherapy. Biasanya pesakit diberitahu olih doktor yang
merawat, tiada
apa yang mereka boleh lakukan. Kebanyakan pesakit2 ini berada pada tahap terminal, tetapi tidak
semua. Saya melihat 3-5 kes baru kanser setiap minggu. Kesemua mereka telah
dirawat oleh doktor mereka sendiri, oncologist mereka sendiri, pakar bedah
mereka sendiri. Apa yang saya lakukan adalah menasihati mereka mengenai diet dan
jenis nutrien yang patut diambil. Saya melihat peluang pesakit2 ini untuk sembuh
lebih cerah sekiranya mereka dapat sampai awal kepada saya sebelum kanser
menjadi bertambah parah. Secara keseluruhannya pesakit menjadi semakin ceria dan
selesa dan mereka juga hidup lebih lama.
Beberapa tahun yang lalu, saya menyertai mesyuarat di
Woods Hole dengan Linus Pauling. Ini adalah kumpulan rencanakan untuk Dr.
Arthur Sackler. Saya memberitahu Linus yang saya berpendapat bahawa saya telah mula melihat
impak yang baik dalam program vitamin C mereka. Dr Pauling menggalakkan saya untuk
bekerja, untuk melakukan satu kajian yang teliti dan menulis untuk penerbitan,
yang ingin saya lakukan.
Saya telah meneliti setiap pesakit kanser yang dirujuk
kepada saya antara Julai 1978 dan April 1988 dan telah mengikuti mereka hingga
ke Januari 1990 tanpa meninggalkan satu kes pun. Sejumlah 134 pesakit kanser
saya teliti. Dan saya catatkan tarikh dan masa mereka mula-mula berjumpa saya
semenjak hari pertama lagi. Satu-satunya perkara yang saya ingin lihat adalah kelangsungan hidup
setiap dari mereka. Saya mahukan data yang kukuh yang tidak bolih dipertikaikan olih
sesiapa.Saya tidak akan mengatakan adalah adalah lebih baik atau tidak baik
kerana perkara ini bersifat subjetif.
Dari jumlah 134 pesakit saya pecahkan kepada 2
bahagian. Kepada kumpulan yang tidak berapa berjaya ia bukanlah kesalahan saya
sepenuhnya kerana saya merawat mereka dengan cara yang sama. Saya tidak pernah
merancang satu perspektif kajian yang semborono. Apa yang saya lakukan ialah
menasihatkan mereka perkara2 yang sepatutnya mereka lakukan mengenai kanser
mereka. Jika sedang menjalani kaedah sinaran radiasi saya cadangkan mereka
meneruskannya.
Jika mereka sedang dalam kaedah kimoterapi saya cadangkan
mereka meneruskannya. Saya tidak pernah menasihatkan pesakit2 ini tentang
apa2 kaedah rawatan konvensional yang sedang mereka jalani. Walau bagaimanapun,
daripada-134 pesakit , terdapat 33 yang tidak melakukan atau tidak dapat
mengikuti program ini. Sebagai contoh, kemoterapi, mereka menjadi loya
saehingga tidak berupaya untuk mengambil apa2 vitamin yang disyorkan. Terdapat
juga diantara mereka yang tidak mempercayai program ini.
Saya masih ingat seorang wanita yang menghidap kanser
payudara datang berjumpa dengan saya dan saya menasihatkannya apa yang perlu
dia ambil. Beliau kemudiannya berjumpa dengan onkologisnya dan memberitahu apa
yang telah saya nasihatkan kepadanya. Onkologis tersebut telah mentertawakannya
dan membuatkan beliau menjadi sangat malu. Beliau
tidak mengikuti program saya ini Dia meningal dunia 2 atau 3 bulan
kemudiannya.
Satu lagi kes seorang doktor yang menghidap kanser dan
telah diberi tempoh 30 hari untuk hidup. Beliau telah meninggalkan isterinya dan
berpoya poya dengan teman2 wanitanya. Sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau
akan mati dalam masa 30 hari lagi beliau memutuskan untuk menghabiskan tempoh
30 hari tersebut sebaik mungkin. Dia mengembara ke seluruh Amerika bersama
teman wanitanya. Teman wanitanya telah membawa beliau menemui saya kerana
mahukan teman lelakinya hidup lebih dari 30 hari. Malangnya doktor tersebut
tidak percaya dan dia pun tidak pernah memulakan program ini. Beliau kembali ke
Amerika dan meninggal 30 hari kemudian. Ini adalah sekadar beberapa contoh orang-orang
yang tidak akan atau tidak dapat mengikuti program ini, Atau mereka tidak
berada dalam mengenai program vitamin ini cukup lama. Saya juga mendapati bahawa mereka mesti berada dalam program
ini sekurang-kurangnya dua bulan sebelum mula bekerja. Ini adalah
“pseudocontrols” saya.
Manakala seramai 101 pesakit yang lain yang berada
dalam program ini sekurang-kurangnya dua bulan .Beberapa orang melanjutkannya
hingga bulan ke tiga atau ke empat.Secara purata kebanyakka mereka berada
selama 2 bulan dalam program ini. Saya telah digalakkan oleh Linus Pauling
untuk mengikuti perkembangan mereka.
Selanjutnya berikut adalah kaedah yang digunakan olih
Dr Hoffer. Ini adalah jenis yang dicatatkan secara sepintas lalu supaya anda
memahami komponen2 penting yang perlu diambil bersama Terapi Vitamin C.Untuk
maklumat lengkap dan terpeinci sila klik pada fail PDF
ini.
# Perkara pertama yang perlu ditekankan ialah semangat
pesakit untuk terus hidup dan semangat berjuang
# Menghapuskan tabiat permakanan yang pro kanser
seperti produk berlemak, gula dan sebagainya
# Namun beliau tidak menghapuskan terus daging yang
baik dan ikan
# Beliau menyarankan pengambilan sayuran dan buah2an
yang banyak khususnya yang mempunyai nilai yang tinggi Vitamin C.
# Mengambil 12 gram suntikkan sehari Vitamin C
# Mengambil oral Vitamin C 1 sudu teh 3 kali
sehari.Jika pesakit tidak mengalami dirhea mereka digalakkan untuk mengambil
lebih banyak
# Mengambil vitamin B3 sebanyak dari 500 gram hinga
1500 gram sehari.
# Vitamin B complex sebanyak 50 ke 100 gram
# Vitamin E sebanyak 800 to 1200 I. U.
# Beta Carotene sebanyak 25,000 to 75,000 units .
# Vitamin A
# Folic Acid untuk kanser paru paru dan kanser uterus
# selenium, 200 mcg, 3 kali sehari atau 600 mcg untuk
jenis kanser limfoma
# Zinc terutamanya untuk kanser prostat
# calcium-magnesium
Maklumat Tambahan
Vitamin C IV disyorkan untuk diambil bersama dadah
kioterapi atau sinaran radiasi. Namun ramai doktor tidak mahu melakukannya kerana
mereka berpendapat
ia menganggu keberkesanan dadah kimo untuk bertindak keatas sel2 kanser. Para penyelidik
Vitamin C menyangkal pendapat ini dengan berkata Vitamin C sebenarnya mampu
mengurangkan kesan2 sampingan dadah kimo sebaliknya ia berupaya mempertingkatkan
keberkesanan dadah kimo itu sendiri memusnahkan sel2 kanser.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Calarado
Amerika Syarikat menyatakan jika dadah kimo jenis 5 FU digunakan bersama
Vitamin C IV ia mampu mengekang percambahan sel2 kanser sehingga 95.5 peratus berbanding 35 peratus jika 5 FU
digunakan secara bersendirian. Sementara untuk sinaran radiasi jika digunakan
bersama vitamin c iv ia mampu mengekang sehingga 98 peratus percambahan sel2
kanser berbanding 72 peratus jika sinaran radiasi digunakan secara bersendirian.
source
*Prasad KN, Kumar A, Kochupillai V & Cole WC. High
Doses of Multiple Antioxidant
Vitamins:
Essential Ingredients in Improving the Efficacy of Standard Cancer therapy.
Journal
American College of Nutrition 18:13-25, 1999
Vitamin C biasanya bertindak sebagai antioksida apabila digunakan
dalam dos yang lebih rendah. Dalam bidang farmaskologi dos sebanyak 50 hingga 200
gram
Vitamin C dalam bentuk iv atau suntikkan akan bertindak sebagai agen pro oksida. Dos yang tinggi
ini akan membebaskan hidrogen peroksida yang bolih membunuh sel2 kanser. Sementara
sel2 yang sihat mempunyai enzim katalase yang berfungsi mendetokfikasikan
hidrogen peroksida. Sel2 kanser mempunyai tersangat kurang katalase dengan itu ia
tidak dapat mendetokfikasikan hidrogen peroksida . Ini akan
mengakibatkan sel2 kanser mati sementara sel2 yang sihat tidak terjejas.
Vitamin C berupaya mengawal leukemia jenis myelocytic dengan 25-30 gram diambil secara
oral setiap hari. Dengan pengambilan
dari 100 gram hingga 300 gram sehari jenis suntikkan selama 2 ke 3 bulan ia
mampu merawat pelbagai jenis kanser maglinan.
source
Frederick R. Klenner, M.D
Pengambilan Vitamin C dan Vitamin B17
Dr Frederick R Klemmer MD berpendapat dengan mengunyah
biji
aprikot pahit sebanyak 30 hingga 40 biji sehari akan menghasikan cyanide yang mencukupi
untuk membunuh sel2 kanser manakala Vitamin C akan berperanan melindungi badan
( dengan menukarkannya kepada asid perut ) dari gejala2 yang ditimbulkan olih
ketoksidan cynide.Namun doktor2 alternatif kanser di hospital Mexico
berpandangan penggunaan Vitamin C IV bersama suntikkan leaterile adalah pemangkin
kepada keberkesanan Leaterile dalam misi membunuh sel2 kanser terutamanya yang
berkaitan dalam memperteguhkan sistem imun.
Jenis Vitamin C yang terbaik
Perlu diketahui terdapat pelbagai jenis Vitamin C iv
dengan pelbagai jenama. Masaalahnya terdapat dengan banyaknya dalam pasaran
jenis2 vitamin C samada yang diambil melalui suntikkan dan yang diambil secara
oral diperbuat dari sumber2 yang diubah secara genetik. Jenis ini tidak
berkesan untuk merawat kanser dan ia akan dilupuskan kedalam pundi kencing. Pengambilan
pada jangkamasa panjang dan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan terjadi
gejala
batu karang. Saya mencadangkan Vitamin C IV yang diimpot dari Germany, France atau Eropah kerana negara2 ini
telah
mengharamkan penghasilan produk2 yang diubahsuai genetiknya. Negara Jepun juga mempraktikkan
peraturan yang sama. Jika anda ingin membeli vitamin C jenis yang dimakan atau
diminum, ekstrak dari ubi kayu adalah yang terbaik.
nota
Untuk langkah pencegahan dari keujudan batu karang (
walaupun jarang berlaku jika menggunakan jenis vitamin c yang tidak diubah
genetiknya )mereka mencadangkan pengambilan magnesium oxide (300mg dan vitamin
B6 10mg secara oral
Dosage Vitamin C IV
Dosage permulaan yang dicadangkan olih ramai pakar2
Vitamin C iv adalah sebanyak 15 gram 1 atau 2 kali seminggu.Terdapat pendapat
lain yang mengatakan apabila anda memulakan kaedah vitamin C iv anda tidak bolih
berhenti sehingga anda disahkan telah bebas dari kanser. Rasional pendapat ini
ialah jika anda berhenti mengambil dos vitamin C sel2 kanser akan berusaha
membina imuniti terhadap vitamin C.Saya berpandangan adalah baik anda memulakan
dengan mengambil 3 gram setiap hari secara berterusan ditambah dengan pengambilan vitamin
C jenis oral.
Jenis kanser yang bermestasis ke paru paru dan hati
mereka mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram 1 atau 2 kali seminggu.Untuk jenis kanser
renal
carcinoma juga disarankan dengan dosage yang sama.
Jenis kanser payudara yang bermestasis ke tulang disarankan untuk
mengambil sehingga 100 gram 1 atau 2 kali seminggu.
…akan dikemaskini….
Intravenous vitamin C cancer therapy Reprint – Orthomolecular Medicine News Service, April 14,
2011
INTRAVENOUS VITAMIN C AS CANCER THERAPY:
Free Access to Twenty-One Expert Video
Lectures Online
Scientists have long studied the effects of mega-doses
of vitamin C to treat a wide variety of illnesses and diseases. Research
documents vitamin C as one of the best antiviral agents available. Vitamin C
has been shown to neutralize and eliminate a wide range of toxins, and to
enhance host resistance, greatly
augmenting the immune system’s ability to neutralize bacterial and fungal
infections. Most importantly, there is extensive published research
demonstrating vitamin C’s anti-cancer properties. (1)
In the 1970s, Hugh D. Riordan, M.D. and colleagues
began studying the underlying causes of cancer and ways to treat cancer in a
non-toxic fashion. From this research came the Riordan Intravenous Vitamin C
Protocol for Cancer. (2) This protocol is widely recognized in the integrative
and orthomolecular medicine community and is commonly used as an effective
adjunct to conventional oncologic therapy.
Oncologist Victor Marcial, M.D., has experience using
it. He says: “We studied patients with advanced cancer (stage 4). 40 patients
received 40,000-75,000 mg intravenously several times a week. . . In addition,
they received a diet and other supplements. The initial tumor response rate was
achieved in 75% of patients, defined as a 50% reduction or more in tumor size.
. . As a radiation oncologist, I also give radiation therapy. Vitamin C has two
effects. It increases the beneficial effects of radiation and chemotherapy and
decreases the adverse effects. But this is not a subtle effect, is not 15-20%,
it’s a dramatic effect. Once you start using IV vitamin C, the effect is so
dramatic that it is difficult to go back to not using it.” (3)
In 2009 and 2010, Riordan IV-C and Cancer Symposiums
brought together medical professionals, researchers and IV-C practitioners from
the United States and abroad. The latest advancements in intravenous vitamin C
cancer therapy were presented in detail, recorded on video, and are now available for free access
at http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2009.shtml (twelve
lectures) and
http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2010.shtml
(nine lectures)
OMNS readers are urged to have their physicians
(especially oncologists) watch these important presentations.
KEPERLUAN VITAMIN C
Vitamin C tidak terbina atau dihasiLkan olih badan
kita,walaupun keperluan kepadanya agak mendesak.Manusia tidak seperti
sesetengah haiwan yang membina sendiri keperluan Vitamin C dalam badan
mereka.Olih itu manusia mendapatkan Vitamin C dari makanan.
Antara simptom2 berlaku akibat kekurangan Vitamin C
ialah seperti kerap terjadi pendarahan dan bengkak gusi mudah diserang selsema
atau terkena jangkitan bakteria, kulit kekeringan
rambut kekeringan /pecah/gugur, pendarahan hidung dan
gejala yang paling teruk adalah penyakit scurvy yang dibincangkan diatas.
Ia juga kerap dikaitkan dengan penyakit tekanan darah
tinggi yang berkaitan dengan serangan “stroke”. Mungkin ramai di antara kita berpendapat
penyakit osteoporosis ( kereputan tulang ) sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium
menyebabkan industri pembuatan susu mengaut keuntungan daripadanya. Namun beberapa
kajian terkini membuktikan pengambilan susu berkalsium tinggi tidak menyumbang
kepada pembinaan tisu tulang. Malah para doktor sering mengelirukan kita dengan
membekalkan jenis dadah2 yang bermasaalah umpamanya bisbhosphonates
yang
kononnya untuk mengatasi masaalah kereputan tulang. Namun kajian
terbaharu ia mungkin sahaja bakal menyumbang kepada berlakunya masaalah kanser. SUMBER.
Pakar2 nutrisi berpendapat sekiranya anda mengambil
terlalu banyak kalsium ia hanya mendatangkan risiko kepada penyakit2 berkaitan
jantung kerana kalsium secara bersendirian akan hanya melekap kepada otot2
jantung,arteri dan saluran2 darah yang mengakibatkan terjadi kerak pada bahagian
dalam saluran darah yang menyumbang kepada masaalah penyakit jantung.
Sebaliknya mereka berpendapat diet biasa yang anda ambil
telah memadai untuk keperluan kalsium jika ianya diserap dengan betul olih
bahagian yang memerlukannya umpamanya tulang dan tulang rawan ( bone morrow ). Apa
yang diperlukan adalah anda mempunyai cukup Vitamin C, Vitamin D3 dan Vitamin
K2 , badan akan meletakkan kalsium pada tempat yang sepatutnya Vitamin C
umpamanya berfungsi memperkayakan tulang dengan mineral dan merangsang
percambahan tisu tulang, menghalang kemusnahan terlalu banyak tisu dengan
mengaktifkan sel2 penyerap tisu tulang
Peredam ( dampers ) kepada proses stress oksidatif
yang berkaitan dengan penuaan
Vitamin C adalah penting dalam proses sintesis
kolagen. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit kepatahan tulang yang terdiri
dari gulungan tua mempunyai jauh lebih rendah tahap vitamin C dalam darah
mereka daripada orang-orang yang tidak mempunyai gejala patah.
“our findings might indicate that a reduced serum concentration
of ascorbic acid could be a part of a general nutritional insufficiency in
several patients with hip fracture.” - source
Keperluan Vitamin C mengikut umur dan sumber makanan
yang kaya dengan Vitamin C
Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Vitamin C [8]
|
||||
Age
|
Male
|
Female
|
Pregnancy
|
Lactation
|
0–6 months
|
40 mg*
|
40 mg*
|
||
7–12 months
|
50 mg*
|
50 mg*
|
||
1–3 years
|
15 mg
|
15 mg
|
||
4–8 years
|
25 mg
|
25 mg
|
||
9–13 years
|
45 mg
|
45 mg
|
||
14–18 years
|
75 mg
|
65 mg
|
80 mg
|
115 mg
|
19+ years
|
90 mg
|
75 mg
|
85 mg
|
120 mg
|
Smokers
|
Individuals who smoke require 35
mg/day
more vitamin C than nonsmokers. |
* Adequate Intake (AI)
Table 2: Selected Food Sources of Vitamin C [12]
|
||
Food
|
Milligrams (mg) per
serving
|
Percent (%) DV*
|
Red pepper, sweet, raw, ½ cup
|
95
|
158
|
Orange juice, ¾ cup
|
93
|
155
|
Orange, 1 medium
|
70
|
117
|
Grapefruit juice, ¾ cup
|
70
|
117
|
Kiwifruit, 1 medium
|
64
|
107
|
Green pepper, sweet, raw, ½ cup
|
60
|
100
|
Broccoli, cooked, ½ cup
|
51
|
85
|
Strawberries, fresh, sliced, ½
cup
|
49
|
82
|
Brussels sprouts, cooked, ½ cup
|
48
|
80
|
Grapefruit, ½ medium
|
39
|
65
|
Broccoli, raw, ½ cup
|
39
|
65
|
Tomato juice, ¾ cup
|
33
|
55
|
Cantaloupe, ½ cup
|
29
|
48
|
Cabbage, cooked, ½ cup
|
28
|
47
|
Cauliflower, raw, ½ cup
|
26
|
43
|
Potato, baked, 1 medium
|
17
|
28
|
Tomato, raw, 1 medium
|
17
|
28
|
Spinach, cooked, ½ cup
|
9
|
15
|
Green peas, frozen, cooked, ½
cup
|
8
|
13
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.