Ratu cantik warisi gen kanser
Tuesday,
December 27, 2011
EVA EKVALL, 28, pernah menyandang gelaran
Ratu Cantik Venezuela pada tahun 2000. Ketika itu, dia yang memiliki darah
campuran Amerika-Jamaica baru berusia 17 tahun. Tidak pernah terfikir untuk
menjadi ratu cantik, namun hasil kerja keras dan komited di pentas peragaan,
figura tinggi lampai ini dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Ratu Cantik
Universe di Puerto Rico, Brazil setahun selepas itu. Mengecapi zaman gemilang
pada usia remaja, Ekvall memilih untuk menjadi pembaca berita, penulis dan
pelakon untuk stesen Venevision. Graduan kewartawanan ini juga merupakan
penasihat sebuah pertubuhan amal kanser terkemuka di negaranya, SenosAyuda.
Penglibatannya dalam dunia penyiaran secara tidak langsung telah mempertemukan
jodohnya dengan seorang penerbit radio, John Fabio Bermudez.
Alam perkahwinan yang mereka kecapi sangat
bahagia lebih-lebih lagi apabila Ekvall disahkan hamil. Dalam meniti
kegembiraan bakal bergelar ibu, sebenarnya pada saat itu juga wanita ini
terpaksa berdepan dengan maut. Dia disahkan menghidap kanser payu dara yang
teruk. "Beberapa bulan sebelum itu
saya sedar ada ketulan pada payu dara tetapi saya fikir itu mungkin perubahan
semasa hamil. "Saya sangat marah kerana saya sepatutnya tahu itu kanser.
Ibu saudara saya dua kali menghidap kanser payu dara. Nenek saya meninggal
dunia juga kerana penyakit ini. "Saya pula hanya membiarkan masa berlalu,"
luah Ekvall dalam bukunya Feura de Foco.Buku itu mengisahkan kehidupan Evkall
sebagai pesakit kanser dan ia ditulisnya berdasarkan kiriman e-mel dan
kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan-rakannya.
Naskhah itu baginya telah berjaya memecahkan
tabu mengenai kanser payu dara di Venezuela. "Bercerita tentang kanser
payu dara di negara yang sebahagian besar rakyatnya obses membesarkan buah dada
dianggap sebagai tabu.
Diserang
semula
"Mereka cenderung untuk membesarkan payu
dara tetapi liat menjalani pemeriksaan mamogram," kata Ekvall ketika
ditemu bual stesen televisyen BBC, Mac lalu. Memandangkan sel kanser sudah
merebak, wanita ini terpaksa membuang payu daranya dan menjalani rawatan rapi
selama lapan
bulan termasuk kemoterapi dan rawatan radiasi. "Ketika
dirawat, saya seperti tidak mengenali diri saya sendiri. Keadaan saya sangat
teruk. "Muka saya bengkak dan semua bulu dan rambut di tubuh saya gugur
termasuk bulu mata. Tubuh saya pula jadi lembik dan cepat letih.
"Apabila memikirkan keadaan saya ketika itu,
ia menjadi perkara yang menakutkan kerana kerjaya saya mementingkan
penampilan," katanya. Mengambil keputusan untuk membuang payu daranya,
Ekvall akui itu bukan keputusan yang pernah terlintas dalam fikirannya. Malah,
ketika menahan kesakitan dan mengetahui sel kanser sedang merebak, dia sudah
tidak mahu lagi memiliki payu dara. "Saya tidak memegang payu dara dengan
lembut kerana saya sangat marah dengannya. "Selepas ia dibuang, walaupun
terpaksa melihat parut yang teruk, saya berasa lebih selesa.
"Mujur juga saya masih boleh melakukan
pembedahan pembinaan semula payu dara. "Sekurang-kurangnya saya dapat
mengekalkan penampilan seperti dahulu. "Pada mulanya risau juga, takut
kalau payu dara baharu itu tidak cantik. Tetapi saya sedar itu tidak penting.
"Saya tak perlu kelihatan cantik kerana saya ada kanser," katanya
yang memilih untuk menjalani rawatan di rumah bersama suami dan anak perempuan
yang baru dilahirkannya, Miranda. Selesai menjalani rejim rawatan yang
menyakitkan, Ekvall muncul beberapa kali dalam program kesedaran kanser di kaca
televisyen.
Namun, dia yang tampil dengan mengenakan mekap dan
rambut palsu tidak mampu mempengaruhi wanita Venezuela tentang penyakitnya
sehinggalah dia muncul tanpa mekap dan berkepala botak. Ekvall sempat merasai
nikmat sihat dan melihat anaknya membesar di depan mata. Bagaimanapun kemanisan
hidup itu dikecapi tidak lama. Kanser yang pernah dihidap Ekvall menyerangnya
semula. Minggu lepas, wanita ini menghembuskan nafas terakhir di sebuah
hospital di Houston, Texas, Amerika Syarikat.
Psst:
Tujuan artikel ini diuplod kerana untuk membawa kita
berfikir apa fungsi kimoterapi disini kerana pesakit ini mati juga malangnya
beliau meninggal dengan derita tiada berambut dan kulit jadi pecah pecah serta
tahap imuniti badan menurun sehingga boleh diserang kanser lain semula !!! Disebabkan
tahap imuniti menurun, pesakit selepas rawatan kimo akan mudah dapat demam,
batuk2 dsbnya !!! Kenapa saintis tidak mencuba ubat herba untuk merawat kanser?
Bukankah ubat herba itu lebih selamat berbanding kimoterapi ?? Adakah para
pakar onkologi takut tidak boleh cari makan sekiranya terdspat ubat herba atau
virus yang boleh membunuh sel kanser? Al maklumlah kerana banyak juga pakar
onkologi dah berhijrah ke swasta demi mencari sesuap wang besar !!!
Pernahkah anda berbincang dengan pakar onkologi anda tentang perkara
ini? Tahukah anda ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari anda bila mereka
memberi kimo kepada anda ? Benar .. kerana ubat herba tidak boleh dipatenkan
dan syarikat2 ubat mereka semuanya mahu jana duit sebanyak mungkin seolah
olahnya mereka tak mau mati !!! Tahukah anda satu vial ubat kimoterapi kanser
berharga ribuan ringgit contohnya RM 12000.00 satu botol 20mL !!! Pernahkah
anda diberitahu doktor anda bahawasanya kimoterapi dan radioterapi bukan untuk
menyembuhkan kanser tetapi untuk buy time sahaja ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.