Sabtu, 12 Januari 2013

USM perintis teknologi ion karbon rawat kanser


USM perintis teknologi ion karbon rawat kanser

 

USM perintis teknologi ion karbon rawat kanser

20-10-2009 08:47:46

 

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara menggunakan teknologi ion karbon dalam perubatan terapi kanser. Teknologi canggih menjanjikan 100 peratus kadar sembuh dalam tempoh lima tahun selepas menjalani rawatan itu akan dilaksanakan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM). Teknologi dipelopori National Institute of Radiological Sciences (NIRS) dan Heavy-ion Medical Organization Ltd (HIMO) berpangkalan di Jepun itu memberi mandat kepada USM melaksanakannya dengan kerjasama syarikat tempatan, A2DX Sdn Bhd (A2DX). Selain Jepun, penggunaan teknologi ion karbon dalam rawatan kanser turut dijayakan di Jerman dan Itali, manakala Shanghai dijangka memulakannya tiga tahun lagi. Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pelaksanaan kerjasama antara NIRS dan USM itu dimeterai di sini, semalam.

 

Sumber: berita harian

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.