Tempat Beli Ikan Kurang Pengawet Mayat
Mohon
maaf dari mana artikel ini diambil gua sudah lupa dan terlupa ngambil
rujukannya ....
S: Assalam ... nak tanya , ada tak antara kengkawan yg pernah
beli ikan2 kat Tanjung Sepat ? Ada dengar orang kata ikannya murah dan segar. Tak
larat nak pegi pasar borong, makan ikan yg hari2 kena rendam formalin serta
asid borik ajer... mudarat pada kesihatan. sudi2kan la kongsi maklumat dengan
kita semua ya ? cthnya,
1.
pukul brp diorang mula niaga,
2.
hari apa,
3.
kat belah mana ? pesisir pantai ke...
J: Kawasan tu tak elok sikit
nak beli ikan, sebab kawasan tu ada penternakan babi. Najis babi tu pula buang
kat pantai situ. kawasan tu rasa2nya minggu lepas dibuat liputan oleh NTV7
sebab aduan penduduk Islam kat sana.
J: Saya beli kat Pasir
Penambang, Kuala Selangor. Kalau dari Kuala Lumpur memang jauh sikit. Saya
sendiri tinggal dekat Shah Alam. Setiap kali beli, mesti beli banyak untuk simpanan
selama 2 minggu. Dekat situ pun kalau hari Ahad, ramai orang dari Kuala Lumpur
pun. kalau dari emerald / country hms tu u boleh ikut jalan rawang-batang berjuntai.
Alaaa, jln yg menghala ke tasik puteri tuh ... tapi jangn la masuk simpang
tasik puteri ... just terus jerkkk (menghala UNISEL).
J: Kat Pasir Penambang tu
memang murah dan ikannya memang segar sebab ambil dari nelayan sendiri.
Contohnya kalau udang kertas sederhana besar kat Shah Alam dalam RM 40 sekilo,
tapi dekat sana boleh dapat dalam RM 30 aje. Kalau nak tahu waktu ikan tu naik
dari jeti, kena tengok air. Maksudnya bila air pasang tu sesuailah pergi beli.
Tapi kalau nak murah lagi, jangan pergi hari Ahad, sebab ramai sangat org dah
tahu tempat ni terutama dari Kuala Lumpur. Saya selalu pergi tempat ini sebab
mak mertua di Kuala Selangor.
J: Saya pernah beli ikan kat
Shah Alam cadang nak buat sup ikan, tapi bila masak satu rumah muntah sebab bau
busuk sangat. Bila husband buat post mortem, ikan tu dah dicelup bahan awet (
kalau nak tahu ada bahan awet ke tidak, ikan tu mesti rasa macam minyak tanah
sikit bila makan ).
J: Hari lain aku test beli
ikan di Pasar Borong Selangor pulak... Apek tu cakap gerenti fresh dan aku
tengok ikan tu memang macam fresh .... Tapi haprak Apek tu kencing selambak sama
buyer semua sebab balik umah tengok perut ikan tu hancus dan berbau.... Bakteria
dah mula decompose ikan tu bermula dari perut dia sebab tang perut ne, si apek
j*%*+*# ni tak sempat atau malas nak suntik formalin dan pengawet mayat kot
.... Berhadapan dengan apek j*%*+*# ni
ada sorang lagi apek yg jual ikan kononnya ikan fresh ambil dari Pantai Remis
Perak..... Boleh tahan jugak la tapi ada sekali apek ni kencing aku masa
timbang ikan talapia merah ... Pastu aku give up asyik kena kencing hapak
dengan apek jer dan mula mengubah tempat beli ikan kat Pantai Kelanang, Bagan
Lalang, Penampang, Bagan Botak dsbnya ...
J: Pasir Penambang tu memang
ada pasar ikan. Kat situlah ikan jual. Dulu2 masa baru kawin. Selalu beli kat
Pasir Penambang, tapi now Liz selalu beli di Bagan. Direct nelayan turunkan
ikan. Liz selalu beli kat sana. Mcm2 pilihan. Murah sgt. Ikah fresh2.. Cuba cuba
la .. Bagan tu atas lagi ke pasir penambang. Dkt tmn rajawali tak silap la.
Masuk kiri. Situ org panggil Bagan Pasir. Masuk dlm sikit. betul2 tepi laut.
Nelayan turunkan ikan. Berbakul2. Hubby liz org K.Sgor.. dia kata ada byk
bagan. Tapi situ la bagan yg kami selalu dok borong.
Teluk Yu ada ikan segar dan
murah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.