Mungkin selama ini kita tahu bahwa bawang putih hanya berguna
untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau
vampire di film-film besutan hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya
tersebut. Ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat
berguna bagi tubuh kita.
A. Sekilas Tentang Bawang Putih
Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60 cm. Tanaman ini banyak ditanam di ladang-ladang di daerah pegunungan yang cukup mendapat sinar matahari. Batangnya batang semu dan berwarna hijau. Bagian bawahnya bersiung-siung, bergabung menjadi umbi besar berwarna putih. Tiap siung terbungkus kulit tipis dan kalau diiris baunya sangat tajam. Daunnya berbentuk pita (pipih memanjang), tepi rata, ujung runcing, beralur, panjang 60 cm dan lebar 1,5 cm. Berakar serabut. Bunganya berwarna putih, bertangkai panjang dan bentuknya payung.
Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60 cm. Tanaman ini banyak ditanam di ladang-ladang di daerah pegunungan yang cukup mendapat sinar matahari. Batangnya batang semu dan berwarna hijau. Bagian bawahnya bersiung-siung, bergabung menjadi umbi besar berwarna putih. Tiap siung terbungkus kulit tipis dan kalau diiris baunya sangat tajam. Daunnya berbentuk pita (pipih memanjang), tepi rata, ujung runcing, beralur, panjang 60 cm dan lebar 1,5 cm. Berakar serabut. Bunganya berwarna putih, bertangkai panjang dan bentuknya payung.
Bawang putih telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya.
Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di
dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya,
ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah
mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang
berjudul The Compendium of Materia Medica.
Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua
tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi
Moden.
Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun
bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan
kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat
Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang
putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia
dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada
meninggalkan aroma yang tersendiri.
KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK
PENCERNAAN
Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan. Apabila
dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan
pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid
hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan
meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih
mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa
meransang nafsu makan kebanyakan individu.
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang ‘jahat’ contohnya
LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik
contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna
penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular atau penyakit jantung.
BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di
bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi,
buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan
siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
FUNGSI ORGAN
Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk
hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat
antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus,
hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan
memperbaiki metabolisme.
TAHAP GULA DALAM DARAH
Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini
amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap
gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai
penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.
KEMUDARATAN BAWANG PUTIH
Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai
kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:
Meransang mukosa pencernaan.
Muntah, ‘dysentery’, anoreksia nervosa.
Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan.
Anemia.
Dermatitis.
Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang
dicadangkan:
Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau
Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg
berat, atau
Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.
Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh
diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan
tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini. Ia mudah didapati di pasaran
dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang
terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP BAWANG PUTIH
Setiap masyarakat mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap
bawang putih. Kepercayaan ini bukan sahaja meliputi khasiatnya terhadap bidang
perubatan malahan ianya juga dikaitkan dengan kepercayaan mistik, kebudayaan
dan agama.
Di zaman masyarakat Mesir Purba, bawang putih dipercayai mampu
mengubati penyakit cacing, masalah jantung dan sakit kepala. Perincian
penggunaan bawang putih dalam masyarakat Mesir Purba tercatat di dalam satu
skrol cara-cara mengubati penyakit.
Masyarakat Melayu di Malaysia turut mempunyai kepercayaan yang
tersendiri terhadap bawang putih. Selain digunakan dalam masakan, bawang putih
juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Bawang putih yang
dicampurkan dengan minyak kelapa kebiasaannya digunakan untuk membuat minyak
urut yang paling mudah. Enzim yang terdapat dalam bawang putih akan membuatkan
pemakainya rasa berangin. Bawang putih juga dicampurkan dengan bahan perubatan
yang lain untuk menambahkan lagi khasiatnya. Minyak gamat keluaran Hajjah
Saadah Saidin dari Kedah misalnya menambahkan bawang putih dalam minyak
tersebut untuk menghasilkan rasa berangin. Dalam bidang kecantikan pula, getah
bawang putih dikatakan mampu mengatasi masalah tumit kaki yang pecah-pecah.
Caranya begitu mudah. Beberapa biji bawang putih yang telah dikupas digosokkan
ke tumit kaki yang pecah-pecah. Sekiranya diamalkan selalu ia akan melembutkan
tumit kaki tersebut.
Masyarakat Cina dikatakan amat gemar memakan bawang putih. Hampir
kesemua masakan mereka dicampurkan dengan bawang putih. Penggunaan yang
berlebihan dikatakan mampu membuang angin dalam badan walaupun pada dasarnya ia
turut menganggu bau badan. Bawang putih dikatakan boleh memanaskan badan.
Dalam masyarakat India, bawang putih turut digunakan dalam masakan
mereka . Penggunaan bawang putih mampu menambah rasa kepada daging. Bawang
putih juga digunakan dalam perubatan mereka. Contoh yang paling mudah,
masyarakat India mencampurkan bawang putih dalam minyak kelapa untuk dijadikan
minyak urut seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan lagi tumbuhan kecil ini diakui oleh segenap
bangsa akan manfaatnya. Hampir segenap unsur dalam tumbuhan ini boleh
dimanfaatkan. Bukan sahaja bebawang, daun dan kulit malahan akarnya juga
dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri.
Hampir keseluruhan masyarakat dunia menggunakan bawang putih dalam
masakan. Selain rasa, aroma bawang putih yang pedas-pedas masam boleh
meningkatkan kelazatan makanan. Di samping itu bawang putih dipercayai boleh
menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Contohnya, membuang angin dalam badan,
sakit kepala, dan penyakit kulit. Dari segi saintifiknya bawang putih diakui
melaraskan sistem pencernaan, mengurangkan kolestrol, merawat barah dan
penyakit kardiovaskular.
22 KHASIAT BAWANG PUTIH
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel barah.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena barah dapat
dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu
tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene
menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan
depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin
A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung
karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan
menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meringankan tukak lambung
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem
kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang
melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik,
hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai
antitumor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.