Betik atau nama saintifiknya,
Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik
tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika
Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang
lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.
Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
Buah betik mengandungi pelbagai
khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
·
59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
·
92.1g air,
·
1.0g protein,
·
0.1g lemak,
·
13.5g karbohidrat,
·
0.5g serat,
·
0.5g abu,
·
31.0mg kalsium
·
0.8mg magnesium
·
17.0mg posporus
·
1.0mg zat besi
·
2.0mg sodium
·
337.0mg potasium
·
vitamin B sebanyak 0.08mg,
·
vitamin B2 (0.12mg)
·
niasin (0.1mg
·
vitamin C (69.3mg)
·
karotin (2431ug)
Selain
mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah
limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang
mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan
dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang,
baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji
menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko
menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun
sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi
sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg
vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan
penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki,
jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.
Pucuk
betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai
banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan
tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan
badan.
Pucuk
betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah
dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air
rebusannya.
Bunga
betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh
juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga
betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah.
Jadi, jika anda menanam pokok betik dan hairan mengapa ia tidak berbuah
walaupun banyak mengeluarkan bunga, jangan marahkan pokok betik tersebut. Ia
sebenarnya pokok betik jantan.
Daun
betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila
dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum
air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit
perahan limau nipis boleh membantu.
Daun
betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar
khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun
betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
Biji
betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit
pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk
hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi
awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
Getah
daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah
dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi
melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada
lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
Daun
betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan
kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan
pendarahan.
Di samping
itu berikut adalah khasiat lain betik ;
·
Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan
mengelakkan sembelit.
·
Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan
segala angin.
·
Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat
melembutkan daging tersebut.
·
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan,
hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah
setengah jam sebelum mandi.
·
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan
pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah
sentiasa awet muda.
Walaupun
terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat memakan buah betik dan daunnya untuk
kesihatan, namun penggunaannya hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan
terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.