Mentimun atau timun
terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi penghidap
hipertensi, timun amat berguna bagi menurunkan tekanan darah. Timun dengan nama
saintifiknya sebagai cucumis sativus memiliki kandungan air yang banyak lengkap
dengan vitamin C dan silika. Satu kajian yang dilakukan terhadap timun ini
mendapati bahawa kandungan kalium, magnesium, fostor, beta karoten dan asid
folat yang terdapat dalam timun dapat bekerja mengatur tekanan darah menjadi
normal. Penggunaan timun untuk menurunkan tekanan darah amat mudah. Timun
dimakan secara langsung atau sebagai hidangan tambahan dalam menu harian. Untuk
mengekalkan khasiatnya sebaik-baiknya dimakan dengan kulitnya sekali kerana
kulit timun mengandungi banyak serat. Lihat saja warna hijau timun ini
benar-benar menggambarkan ia kaya manfaat dan khasiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.