Jumaat, 3 Februari 2012

TESTIMONI BIBI HASNAH


TESTIMONI BIBI HASNAH                        Rujuk Di Sini

Assalamualaikum Saya Bibi Hasnah berasal dari Sabah. Saya seorang pengidap Cervic Cancer yang telah merebak ke tulang belakang dan saya tidak berdaya untuk berjalan. Pada bulan Januari yang lepas  beli produk B17 Amygdalin Kapsul yang amat luarbiasa ini. Saya tidak mampu berjalan hanya menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana. Adalah di sebabkan sel kanser sudah menyerang saraf tunjang saya, saya hampir lumpuh akibat kanser ini. Saya datang ditemankan suami dan adik yang memapah saya untuk mendengarkan penjelasan produk yang sangat luar biasa ini. Beberapa produk yang lengkap dicadangkan untuk merawat penyakit saya ini. Sebenarnya saya merupakan seorang yang sangat sukar untuk mempercayai bahawa ada produk yang dapat menyembuhkan penyakit kanser ini, saya di "momokkan" bahawa kanser tidak ada ubat. Pada suatu hari saya secara tidak sengaja menonton rancangan "Halal Bio" berkaitan dengan B17 Amygdalin kapsul yang mampu membunuh sel kanser sehingga 98% maka saya cuba mencari produk tersebut di Malaysia, kebetulan juga seorang saudara saya telah dinasihatkan oleh seorang Doktor di luar negara untuk memakan biji apricot sebagai langkah pencegahan dan membunuh sel kanser. Alhamdulilah saya berjaya bertemu dengan produk B17 Amygdalin yang sangat luarbiasa ini. Oleh kerana keterbatasan pergerakan dan kewangan saya hanya mampu membeli B17 Amygdalin kapsul dan Biji Apricot sahaja .  Saya mengamalkan B17 Amygdalin 1 biji tiga kali sehari dan memakan biji apricot 7 biji tiga kali sehari. Belum pun sampai 1 bulan mengamalkanya saya sudah dapat berjalan seperti normal tanpa menggunakan kerusi roda lagi. Kerusi roda tersebut saya sedekahkan pada sahabat saya yang lebih memerlukanya. Alhamdulilah B17 menjadi harapan terakhir saya. Kebetulan pula abang saya seorang pengidap kencing manis saya juga memperkenalkan beliau dengan biji apricot alhamdulilah hasilnya sangat luar biasa. Hari 19.02.2011 ini saya beli B17 Amygdalin untuk diri saya dan rakan-rakan saya. Saya juga berminat untuk membantu rakan-rakan saya yang mengidap kanser untuk mengamalkan B17.  Testimoni ini saya lakukan dengan penuh kesedaran untuk membantu rakan-rakan dan diri saya.

Kisah seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang semakin pulih setelah menerima terapi rawatan B17 ( di samping minum air zam-zam) ekoran diserang kanser otak, hidung dan lidah pada tahap empat memang cukup mengejutkan. Tiga yang diramalkan oleh doktor yang merawat memandangkan tubuhnya cuma tinggal tulang dan kulit. Seniwati tersebut dilaporkan berkata penderitaannya bermula pada tahun 2008 dan disahkan menghidapnya pada April tahun lalu. Akur kepada ketentuan, Sarimah bagaimanapun enggan menjalani pembedahan, sebaliknya mengambil makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico (setelah disyor oleh doktor yang merawat). Langkahnya tidak sia-sia apabila pada 28 April lalu, beliau berupaya menyambut ulang tahun ke-69 bersama keluarga dan teman-teman. Selain Sarimah, cerita tragik penghidap kanser turut diluahkan oleh Bibi Hasnah Mohd Ayub. Menghidap kanser serviks yang telah merebak ke tulang belakang dan tidak lagi berupaya berjalan, Bibi Hasnah bernasib baik kerana memonton program Halal Bio yang membincangkan topik B17 Amygdalin. Biarpun agak sukar untuk mempercayai adanya penawar kanser, namun dia bertindak mencari penawarnya. Ia mungkin bukan sesuatu yang boleh dimengerti kerana Bibi Hasnah telah melalui 28 kali rawatan kimoterapi, 28 kali sesi radioterapi dan empat kali brakiterapi. Seperti mana Sarimah, Bibi Hasnah yang berkerusi roda semakin pulih setelah pil biji aprikot sejak Januari lalu. Sebenarnya keistimewaan B17 atau Laetrile atau Amygdalin bagaimana pun sesuatu yang cukup kontroversi. Laporan menyatakan pengambilan vitamin tersebut mencetuskan gejala keracunan sianida selain tidak berupaya mencegah kanser. Ketiadaan keputusan yang yang signifikan dan dikumentasi yang jelas menyebabkan amalan terapi kanser B17 ditolak oleh kebanyakan negara di dunia termasuklah hospital-hospital kerajaan dinegara ini.

Senario tersebut turut disokong oleh Prof Madya Datuk Dr Fuad Ismail, Pakar Perunding Onkologi dari Jabatan Radioterapi & Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang berpendapat ia mungkin sebahagian daripada kaedah pemasaran bagi melariskan produk. Berdasarkan pengalaman beliau, pesakit biasanya telah menerima rawatan di hospital sebelum ini mengambil suplemen lain termasuk B17. Apabila nampak kejayaan, ia kemudian dikaitkan dengan keberkesanan suplemen seperti B17. Sedangkan rawatan lain yang diterima sebelum itu dilupakan begitu sahaja. Sekalipun dinafikan amalannya, terapi kanser B17 'mendapat' tempat yang cukup baik dan banyak dipraktikkan di Mexico dan Filipina. Sebutkan kanser jenis apa dan pada tahap yang mana, terdapat kombinasi rawatan yang didakwa berupaya meringankan penderitaan yang ditanggung. Sekiranya anda pesakit kanser payudara tahap tiga, selain pil B17, kaedah suntikan akan mempercepatkan lagi penyembuhannya. Setakat ini respond yang diterima cukup baik. Malah peramal terapi ini didakwa mampu menyembuhkan penghidap kanser 100 peratus- sesuatu yang cukup mengagumkan! Ini kerana terapi kanser B17 bukan seperti kaedah alternatif yang lain, ia sebaliknya disokong oleh bukti kejayaan selain penemuannya pada tahun 1950 oleh pakar biokimia. Dr.Ernest Krebs Jr. Sekalipun ditolak amalannya serta pendaftaran produknya diharamkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), mendapatkan B17 sebenarnya tidaklah sesukar dibayangkan. Bukan itu sahaja, sekiranya ingin mendapatkan pil atau suntikan vitamin yang sumber utamanya ialah biji buah aprikot ini, anda disarankan mendapatkannya daripada doktor-doktor di klinik-klinik (bukan kerajaan) yang mempercayai keberkesanannya di seluruh negara!

Sumber :Majalah isihat edisi Julai 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.