Jumaat, 3 Februari 2012

Khasiat Kunyit


Khasiat Kunyit (Curcuma Longa)

Kegunaan
 
Awet muda, lepas bersalin dan cegah kanser = Amalkan makan daun dan umbi isi sebagai ulam,
Pening kepala dan gastrik.
Sengal badan, Batuk & sakit tekak = air rebusan ibu kunyit campur dengan asam jawa minum pagi dan petang.
Penyakit kulit = parut dan tampalkan ibu kunyit pada kulit.

LONDON: Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel barah esofagus (kerongkong) di dalam satu ujian makmal. Ini sekali gus memberi pembayang bahawa molekul itu mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antibarah. Penyelidik di Pusat Penyelidikan Barah Cork di Ireland, berjaya merawat sel barah kerongkong dengan menggunakan curcumin (kunyit) iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam. Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan bahawa sel-sel barah tersebut juga mula terhadam sendiri. Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui kunyit mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu. Ini meskipun kunyit dikatakan akan kehilangan ciri-ciri antibarah sebaik dimakan.Namun, Cik Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata terdapat potensi untuk menjadikan kunyit sebagai ubat antibarah bagi merawat barah kerongkong. Barah kerongkong membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun.Tumor yang tumbuh sangat mengancam nyawa dengan kadar peluang pesakit untuk hidup selama lagi lima tahun ialah antara 12 dengan 31 peratus.  Menurut Cik McKenna, kajian menunjukkan kunyit menyebabkan sel barah mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'.  Pada 2007, penyelidik Amerika Syarikat mengumumkan mereka mendapati kunyit mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. -- Reuters.







Apa itu Kunyit ?


    Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.



Khasiat



   Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv  mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin . Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik  untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser  apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadiantioksidan  bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)



Kegunaan kunyit dalam perubatan tradisional


Kunyit, apabila dicampur dengan minyak bijan dan madu, telah digunakan sebagai tonik herba. Apabila disapu pada payudara, tuam yang diperbuat daripada ubinya merangsang pengaliran susu. Kunyit juga digunakan untuk merangsang penghasilan sel darah merah serta melarutkan darah beku dan apabila dicampur dengan minyak, digunakan untuk melicinkan kulit kasar. Rebusan kunyit boleh digunakan sebagai pencuci mata yang menyegarkan.



Sifat-Sifat perubatan kunyit

1.   antelmintik untuk menghapuskan atau menyingkirkan cacing usus;

2.   antibakteria untuk membunuh atau memperlahankan pertumbuhan bakteria;

3.   antiedema yang mencegah atau melegakan edema yang merupakan pengumpulan air yang tidak normal di dalam tisu;

4.   antihepatotoksisiti yang mencegah keracunan dan kerosakan hati;
antihipertensi yang menurunkan tekanan darah;

5.   antikarsinogen atau antimutagen yang bertindak terhadap barah;

6.   antikeradangan yang mengurangkan keradangan;

7.   antikulat yang merawat jangkitan kulat;

8.   antimalaria yang merawat atau mencegah penyakit malaria;

9.   antikesitotoksikan yang mencegah keracunan sel;

10.               antioksidan yang menghalang pengoksidaan dan dengan itu, mencegah sesetengah jenis penyakit;

11.               antipenggumpulan yang menyekat, memperlahankan atau menghalang penggumpalan darah;

12.               emenagog yang menggalakkan haid atau memulihkan kitaran haid;

13.               karminatif yang menyingkirkan gas dari saluran makanan supaya dapat melegakan kolik (sakit perut yang memulas-mulas) atau sakit perut;

14.               kolagog yang merangsangkan pengaliran hempedu ke dalam duodenum.





#   Seorang pesakit Kanser Kerongkong ,Sarawak ,  3 kali sudah menjalani rawatan Radioterapi tetapi kanser masih menyerang.Pesakit bernasib baik kerana mahu mencuba  herba ini  dan hanya dalam masa tidak lebih dari seminggu pesakit tersebut boleh makan - makanan pepejal seperti biasa. Dalam masa 2 bulan sahaja kanser terus hilang dan pesakit dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa.




Read more:www.kunyitpenawarkanser.com http://www.kunyitpenawarkanser.com/p/pengenalan-herba-penawar-kanser_18.html#ixzz1xZ8WqOZn
Cancer Herba Kunyit Penawar Kanser.com
Under Creative Commons License: Attribution







1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.