Jumaat, 30 Mac 2012

Doktor Sombong



Tajuk artikel yang dibahaskan adalah Durian Belanda Penawar Kanser Sebenar…
 
Kita perhatikan apa si jongos DSBS ni tulis,

Dr kmuhammad on Tuesday, April 06 ; Cakap pasal kajian tapi takde reference footnote. Kita nak tahu metodologi dia, randomisation dia, cross refence dia, kita juga nak tahu spesificity dia, sensitivity cohort dia, recurrence rate dia...... kalau macam ni siapa-siapa pun boleh dakwa jadi penawar, jadi doktor. Macam ni lah Malaysia.... selagi mana orang masih percaya artikel sebegini, semakin itulah Universiti-universiti di Malaysia di tangga terkecorot dunia. Dan orang di Malaysia terus percaya benda sebegini. Bila makan buah soursop tapi masih tak mujarab , siapa yang sanggup ambil tanggungjawab ? HajiLebaikah ? HajiLebai sendiri tak mahu pikul tanggungjawab..... kenapa percaya HajiLebai, Hajilebai bukan doktor..... mana pegang tanggungjawab untuk merawat. Terjunlah Labi dengan labu-labunya....Kita doktor memang amat meluat bila tengok artikel sebegini. Kerana apa ? Kerana pesakit-pesakit terus tertipu, dan makan ubat homeopathy apa-apa ntah, dan masih tak sembuh sembuh...pergilah bomoh, pergilah tukang urut, dukun, macam macam..... Tapi bila sudah melarat, pergi dukun, dukun pun suruh jumpa doktor..... dan bila jumpa doktor, taraf penyakit sudah "advance" akibat apa ? Akibat kebodohan dalam membuang masa dengan dukun, dengan pawang dengan ubat homeopathy..... bila tanya mereka, satu hapa pun tak mahu ambik tanggung jawab (tapi duit dah sapu !).... Dah semua kena kat doktor..... bila doktor cuba nak ubatkan, penyakit dah kronik, kalau kanser lagi teruk , kerana kanser sudah metastasise dan "advance". Bila penyakit sudah kronik / advance / metastasise apa sangatlah yang boleh di buat ?? Dah kemudian pesakit mula salahkan doktor, padahal yang pergi bodoh buang masa dengan homeopathy /dukun pawang/ tukang urut tu siapa suruh ?! Begitulah bodohnya umatku ini. Nama je umat Islam, tapi bodoh. Tidak pernah ada dalam sejarah manusia yang dukun/pawang/pengamal homeopathy/alternatif ambil tanggungjawab apabila penyakit pesakit tidak sembuh. Tapi duit depa sapu..... takda refund. Mujarab tak mujarab lain kira.... tapi duit sapu.... makanlah kamu hasil duit haram tuh ! Tapi sebagai doktor, saya ambil tanggungjawab. Saya terangkan masalah penyakit. Ada penyakit boleh sembuh, ada penyakit yang hanya boleh kita kawal. Ada penyakit yang tidak boleh sembuh langsung, tapi boleh ikhtiar kurangkan keperitan. Ini namanya integriti. Ini namanya amanah. Jikalau kita kurang pakar dalam bidang tertentu, kita minta khidmat pakar lain yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang itu. Tidak timbul pun soal sombong atau bongkak. Tapi dukun /pawang/alternatif memandai mandai mintak pengeras, kata syarat tak cukuplah, Allah tak kabulkan lagilah apalah.... banyak cantik, mula berlagak macam tuhan pulak. Siapa yang syirik ? Bila kita panggil bodoh marah pulak, tapi memang dah bodoh pun.... Belajar tak pandai tapi teringin jadi doktor. Jadilah alternatif/homeopathy/ apa apa benda ntah.

Wahai si Doktor si Bodoh Sombong, ketahuilah bahawasanya di Jepun walaupun pendapat seorang tukang sapu akan diambil kira dan diperhatikan kebenarannya.. Kalau pendapat tu boleh pakai pakailah kalau tak boleh buanglah… Tetapi si jongos Doktor si Bodoh Sombong ne marah marah semacam pulak… Ketahuile kalo awak tu yang kena kanser baru padan muka… Tak tidur malam ingat bila la aku nak mati betul tak…? Belum kena memang la tak tau tapi kalau dah kena ko wahai si jongos Doktor si Bodoh Sombong betul ke endak sangat pi bawah mesin MRI atau PET CT Scan buat scan? Pas tu masuk Godolinium (MRI Contrast Agent) yang itself boleh predispose ko pada kerosakan buah pinggang? Sanggup ke ko wahai si jongos Doktor si Bodoh Sombong? Untuk buat PET CT Scan pula, radioaktif isotope gula akan masuk vein ko… apa le pula effectnya pada badan ko untuk jangka panjang ko sendiri sedia maklumkan???  Ada ke pakar Radiologi bagitau kesan sampingan radioaktif isotope gula akan masuk vein ko atau pakar Radiologi yang amanah sanggup beritau ko side effect gadolinium wahai si jongos Doktor si Bodoh Sombong? Wahai si Doktor si Bodoh Sombong, ko ada ke buat round malam-malam kat wad ko pukul 2 pagi atau 3 atau 4 pagi dan pantau Staff Nurse ko … samada air dalam botol drip NS atau Dextrose 5% ko tu dah abis atau betul ke Staff Nurse ko dah clamp IVDrip tu.? Ko sedarkan, effect air embolism jika udara masuk ke dalam vein pesakitkan wahai si Doktor si Bodoh Sombong. Lagi wahai si Doktor si Bodoh Sombong, kalo engkau rasakan dirimu bagus dan bukan jongos seperti tulisan ini, tolonglah bekerja sepenuh hati dan jangan sesekali ko resign dari kerajaan. Berkhidmatlah dengan ikhlas bukan kerana mengejar wang. Lokum ko RM50 satu jam tu tak bawa ke mana-mana …. Amalan, taqwa, sabar, amal soleh ko je yang Allah akan ambil kira …
Lagi wahai si jongos Doktor si Bodoh Sombong, berapa banyaknye:

1.    Doktor yang buat duit dengan jual mc, ubat batuk, ubat diazepam, hallucination, Xanax, tranquilizers drugs etc
 
2.    Doktor yang buat duit dengan inject steroids + NSAIDS + Lincomycin kepada pekerja buruh binaan Indonesia pas tu after 2 - 3 years mamat indon ne develop reput tulang (osteoporosis) ; mamat endon juga senang dapat infection sebab immunosippresive effect of steroids?? Pastu umur 32 tahun dah mati sebab senang sangat dapat infection? Sistem imunisasi asli badan telah diimpaired oleh steroid seperti prednisolone itu le jadinya…Dah mati antar balik le ke Indon jawabnya… Ada ko ambik tau wahai  Doktor si Bodoh Sombong? Wahai Doktor si Bodoh Sombong, ko ingat KKM ambil kira dan siasat ke kematian pekerja Indon, Myanmar, Bangladesh ne sebab apa mereka mati Muda? Ko sedar tak berlambak - lambak mayat warga asing dihantar setiap bulan dari Malaysia?
 
3.    Doktor yang buat duit dengan jual NSAIDs kepada makcik-makcik tua yang sakit lutut, pas tu makcik ne lepas dua tahun dapat gastritis (Side effect NSAIDs) dan juga dapat reput tulang (Side effect Steroids seperti Prednisolone) .
 
4.    Doctor yang sengaja gabungkan ubat NSAIDS + Steroids untuk dapatkan kesan yang lebih kepada pesakit tanpa menghiraukan kesan sampingan ubat ubat ini?? Asal poket masuk duit, semua jadi.. gugur haram pun boleh..
 
5.    Doktor sanggup pakai semula sarung tangan (Reuse glove) selepas masukkan copper T dalam vagina wanita A untuk masukkan Copper T lain ke dalam vagina wanita B.
 
6.    Berapa kali unit UKAPS / CKAPS KKM memantau doktor doktor jongos sebegini?
 
Wahai Doktor si Bodoh Sombong, andai ko terbaca tulisan ini, ku pohonkan maaf. Tujuan ku supaya engkau berfikir masak-masak dahulu sebelum berbicara dan jauh sekali bukan untuk menghukummu. Tujuan ku supaya ada penambahbaikan di dalam Negara ini dimana Pakar Bioteknoloji akan bergabung tenaga dengan pakar klinikal Oncology dalam merawat kanser secara terbaik. Yang penting ialah

1.    Nyawa pesakit kanser dapat dipanjangkan.
 
2.    Kualiti hidup pesakit kanser adalah baik dan tidak merudum. Maksud merudum disini adalah:
 
a.    Pesakit kanser lower 1/3rd esophagus terpaksa jalani radikal operation melibatkan pembuangan upper 1/3rd stomach dan lower 2/3rd esophagus. Pastu esophagus terpaksa ditarik ke atas untuk disambungkan kerana saluran makanan ini dah jadi pendek selepas dipotong…Pesakit akan terpaksa makan sikit sikit selepas operation sebab stomach dah ada dalam thorax (Rongga dada)…dalam thorax ne ada peparu dan jantung… kalo terlebih makan mesti pesakit ne akan sesak nafas sebab ruang thorax dah sempit… Sila rujuk buku : Panjangkan Usia Pesakit Kanser – Sekine Susumu 2010 – Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur – boleh beli di SDMC PJ.
 
b.    Pesakit Kanser Pharynx menjalani pembedahan Commando Operation -  Selepas operation pesakit masuk ICU 2 hari, pas tu kena makan ikut Ryles Tube + Sakit masa menelan … Percakapan impaired maybe for 6 months…. Pas tu kena bantuan oral physiotherapist untuk bercakap… Berapa kerat ENT Surgeon yang amanah seperti cakap tuan Doktor si Bodoh Sombong yang sanggup ceritakan dari A sampai Z mengenai kesengsaraan yang akan dialami oleh pesakit…. Pastu pesakit ne pulak kadar kematian post operative sangat tinggi terutamanya among elderly…. Contohnya ada yang meninggal 3 bulan selepas operation… Jadi dimana rational operation ini? Bukankah lebih baik jika pesakit diberi pilihan untuk tinggal sama familynya tanpa sakit di saat saat akhirnya wahai Doktor si Bodoh Sombong?
 
c.    Pesakit Kanser Kolon yang disarankan (cuba anda klik kat second opinion kat blog ne ) membuat radikal operation buang usus selepas tu terpaksa terlantar di atas katil . Udahle umur tua pas tu terpaksa berak dan kencing atas katil, pakai pampers, develop bedsores etc… Bukankah ini satu penyiksaan kepada insan tua ini sebelum dia meninggal dunia? Penyiksaannya adalah melalui kualiti hidupnya yang jauh tidak berkualiti seandainya beliau menjalani operation tersebut. Bukankah lebih baik jika dia dapat menghabiskan saat saat akhirnya disisi anak serta keluarga tercinta? Nasib baik le lelaki tua ne pikir panjang, proaktif dan sanggup dapatkan second opinion dari doktor pakar usus yang lebih senior dari Dr Usus (Gastroenterologist) yang sarankan beliau jalani radikal operation… Dari sini kita tau tahap pengetahuan seseorang Doktor tu tak sama… Ada Doktor yang lulus cukup-cukup makan atau atas pakar je masa dia buat Master…. Yang tau markah doktor ne adalah Profesor Universiti tu je… Profesor Universiti pula tak amanah iaitu tak sanggup revealkan markah anak muridnya takut dibanding bandingkan oleh orang ramai betul tak wahai  Doktor si Bodoh Sombong?  Kalau UM banding-bandingkan markah Graduates UKM atau USM nanti ada orang yang rasa inferior betul tak wahai Doktor si Bodoh Sombong? Malah ada kita dengar doktor yang boleh beli sijil MBBS mereka … Sayangnya tiada pemantauan dari Kementerian Pengajian Tinggi sebab Malaysia semuanya boleh…. !! ( Doktor Astronot yang pi bulan tu pun tak silap dengarnya tak complete pakar Master orthopedic tapi suratkhabar sibuk pula kata pakar Orthopedic... ). Kadang kadang result SPM kerani yang uruskan Sijil Amalan Tahunan Doktor ni lebih baik dari markah Doktor yang diuruskan … betul tak wahai Doktor si Bodoh Sombong? Kalau tak caya google www.moh.gov.my cari no telefon Unit Perakuan Amalan Tahunan ( Parcel E, Blok E1, Aras 1 ) dan korang confirmkan sendirila…Takkan aku nak spoonfed semuakan? Bukankah Allah suruh korang cari Ilmu sampai korang mati? Betultak? ( Ne apa nak buat, dah jadi doktor sombong pulak tu…Dia je betul orang lain semua salah . Ingatle ilmu ko tu Allah yang beri dan Allah yang punya. Ada banyak lagi Ilmu Allah yang ko tak tau tapi ko sendiri yang malas cari betul tak wahai Doktor si Bodoh Sombong? .. Cuba le ko ikut contoh Dr Muhaya yang pakar Mata tu, lagi banyak knowledge lagi tunduk dia macam resmi padi…  ) Slow talk le dengan adik kerani tu dan tolong cakap baik-baik ye… Jawatan korang tu gred 54, turus, jusa, general etc tak boleh bawa ke kubur… Jangan le korang berlagak sombong diri dan bongkak atas bumi Allah ini kerana bila-bila masa je nyawa korang boleh dicabut Allah. Satu lagi yang aku amat marah adalah registrar (doktor Tahun 4 yang belum abis exam Final =  belum pakar lagi lah tu…) Kita gelarkan dia sebagai si Jongos Tahun Empat @ JTE. JTE ini le yang sibuk dok promotekan pada pesakit untuk jalani radikal operation. Walhal knowledge baru sejengkal. Doktor senior yang benar benar amanah dan bertanggungjawab akan timbangkan kualiti hidup pesakit dulu sebelum jump to any radical operation. Malangnya group JTE ne, demi melengkapkan log book sebab mereka nak sangat lihat rare operation sebelum bergelar pakar… nanti senangle diterima masuk ke pusat-pusat perubatan swasta bagi mendapatkan duit beli BMW 7 Series, beli banglow, pi overseas honeymoon sekali lagi atau pun kahwin lagi…dsbnya. Tak terlintas pun mereka ne tentang derita pesakit kanser yang akan merudum sekali kualiti hidup mereka selepas apa apa saja jenis radikal operation. Anda percaya ada doktor yang baru beberapa bulan je bergelar pakar dah resign pi swasta sebab nak cari seberapa banyak duit? Macam le duit tu boleh bawa dalam lubang kubur mereka !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.