Wahai manusia, dengarlah ini,
Para
manusia, berhentilah anda dari mengejar dunia kerana semakin dikejar dunia
semakin menjauhkan diri dari anda; sebaliknya jika anda memilih akhirat, ia akan
sentiasa hampir kepada anda dan insyaallah anda akan tergolong dalam orang yang
bertaqwa, zuhud dan beramal soleh.
Jangan Kejar Dunia
Cuba
anda perhatikan perangai alim ulama atau cerdik pandai Islam sekarang walaupun
menulis buku agama, mengajar tajwid atau cara-cara membaca Quran dengan betul
dsbnya, kandungan buku mereka itu sebenarnya diciplak atau diplagiat dari Al
Quran; demikian juga dengan Hadis Sahih Bukhari dan Hadis Sahih Muslim juga
diplagiat dari sumber buku lain, mereka tidak sedar mereka merampas hak cipta
Allah dan hak cipta para pengumpul hadis di zaman lampau jadi tidak mengapa
pula. Tetapi mereka melarang anda mengguna hak cipta mereka atau memplagiat
dengan amaran ini : Hak penerbitan oleh zzzzzzz zzzzzzz Sdn. Bhd., Tidak
dibenarkan mengulang cetak mana mana bahagian artikel, illustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin secra bertulis daripada zzzzzzz
zzzzzzz Sdn. Bhd. Tergamak mereka menulis di muka awal sebegitu, dan mereka
tidak malu kepada Allah apabila dibisik Iblis mengaut keuntungan dunia walaupun
dengan menjual ayat-ayat Allah. Sepatutnya mereka tidak boleh melarang orang
menyebarkan ayat-ayat pesanan Allah dan saranan serta pengajaran Nabi dan rasul!
Nabi dan rasul tidak pernah minta upah kepada kaum yang diseru mereka! Ada nabi
yang dilontar najis serta batu. Gigi nabi Muhammad sendiri patah dilontar batu.
Nabi Muhammad dibelasah depan khalayak ramai oleh bapa saudaranya lalu turun Surah
111:Ayat 1-5. Nabi Noh hidup lama hingga 900 tahun melepasi 3 generasi juga
pernah dibelasah oleh kaumnya. Nabi Zakaria dan nabi Yahya dibunuh kaumnya. Nabi
Isa dibunuh kaumnya (Quran menyatakan Nabi Isa diangkat ke langit dan orang
yang dibunuh adalah yang diserupakan mukanya seperti muka Nabi Isa oleh Allah 3:49,50,51 5:17,72,73,75,116,117 7:140 17:70 9:30,31 19:88,89,90,91,92 59:24 95:4
112:1-4 ). Kenapa
penerbit buku melarang kita menyebarkan ayat ayat Allah jika tidak kerana Iblis
telah menguasai jiwa mereka supaya mengejar keuntungan dunia!!! Kalau
alim ulama sekarang pun mengejar dunia atau mementingkan dunia daripada akhirat
, bagaimana pula dengan pegangan orang-orang kebanyakkan dan laymen? Alim ulama
itu sendiri mengajar orang supaya melebihkan cinta dunia …. Dan ini bercanggah dengan
pesanan Allah/rasul :
2:126,200
3:14
8:67
9:24,38
18:46
24:33
26:88,205-207
28:60-61;76-83;88
29:64
33:16
34:37
35:5
40:39
43:33-39
45:35
46:20
47:36
50:22
57:14,20,23
58:17
60:3
63:9
64:15
69:28-29
75:20,21
76:27,
79:38
87:16-19
89:20
94:4
100:8
102:1-8
104:1-9
Bukanlah
maksudnya tidak boleh langsung mencari dunia sehingga mengingat akhirat semata-mata.
Wang adalah penting bagi membeli makanan, pakaian menyekolahkan anak anda. Apa
yang dimaksudkan Allah dalam ayat ayatNya adalah agar manusia tidak lupa pada
akhirat akibat mencari kemewahan dunia hingga manusia lupa ia akan mati dan
kembali kepada Allah. Adakah manusia itu akan kembali kepada Allah dengan
keadaan bergaya atau kembali kepada Allah dalam keadaan miskin lagi hina. Semua
itu terserah kepada anda sendiri samada anda bersungguh mencari Allah atau anda
melupakan Allah.
bersungguh mencari Allah:
3:191
4:103
13:28
19:36
33:21,41
40:55
76:25
Manusia melupakan Allah:
2:15,143,152,186,
7:51
9:67
11:38
20:126
23:110
25:77
32:14
45:34
58:6,19,
59:19
Wahai Doktor Bertaubatlah, insaflah
Wahai
Doktor insaflah anda. Janganlah terlalu mengejar dunia. Duit yang dikejar tidak
akan membawa bahagia. Ketahuilah; anda tidak boleh beli kebahagian dangan duit
anda, apatah lagi jika sumber duit anda haram. Berhentilah anda daripada:
1. Menjual
m c.
2. Membuat
pengguguran haram.
3. Menjual
ubat batuk, pil penenang, pil tidur, pil khayal, dormicum dsbnya.
4. Membuat
formula sendiri dari pengetahuan farmasi anda formula ubat-ubat yang memberikan
kick kepada penagih.
5. Mencampurkan
berbagai ubat dalam satu suntikan – Prednisolone + Lincomycin + Diclofenac
Sodium.
6. Tidak
membasuh alat-alatan dengan cara steril yang standad.
a. Alat
nebuliser pesakit asthma.
b. Alat
forcep, needle holder, kidney dish, tooth extractor dsbnya.
c. Alat
pergigian, memasukkan Copper T dan alat berkhatan budak.
7. Tidak
memberitahu kesan sampingan ubat kepada pesakit.
8. Sengaja
memberikan banyak ubat atau antibiotic walaupun pesakit hanya perlukan satu
jenis atau tidak perlu ubat langsung.
9. Memberikan
ubat sudah luput tarikh.
10.
Tidak memeriksa ubat apa
yang diberikan oleh pembantu klinik anda kepada pesakit hingga menyebabkan
kesilapan pemberian ubat. Tidak menelefon semula pesakit bahawa ubat diberikan
adalah tersalah beri.
11.
Menggunakan nama anda bagi
mempengaruhi atau memujuk pesakit membeli ubat atau menjalani prosedur yang
tidak perlu demi mendapatkan banyak wang.
12.
Menggunakan semula syringe terpakai.
13.
Menggunakan semula benang
jahit terpakai.
14.
Menggunakan semula sarung
tangan terpakai.
15.
Menggunakan semula lancet /
needle terpakai bagi ujian gula dalam darah.
16.
Menggunakan semula kain
hamparan berkhatan bagi budak lain.
Ingatlah anda dicipta Allah bukan dengan
percuma
2:155
3:186
21:35
23:115
29:2-3
38:27
Allah Tahu apa yang kamu sembunyikan
24:29
64:4
Seruan ini bukan untuk profesion Doktor sahaja
malahan kepada:
Guru –
Berhentilah anda menyuruh anak murid ambil tuition dari anda melalui ugutan
jika hendak belajar lebih lanjut, perlu dating belajar di rumah anda pada Sabtu
Ahad. Berhentilah sikap sambil lewa dalam merangka kertas kertas soalan atau
memeriksa buku budak.
Pomen –
Berhentilah menyarankan pelanggan menukar spark plug mahal tetapi tidak
berbaloi, spare part tidak berkualiti tetapi cas tinggi dsbnya.
Penjual Kereta Terpakai – Beria
ria minta pelangan berhutang daripada bayar cash kerana jika berhutang, bank
akan beri upah RM600 bagi setiap kereta yang Berjaya dihutangkan !
Jurutera –
Tidak membuat piling standad atau besi mencukupi bagi bangunan bagi menjimatkan
kos.
Hakim –
membuat penghakiman yang tidak benar.
Peguam – tetap
mempertahankan pelanggan anda not guilty
demi wang walaupun anda tahu pelanggan anda itu sebenarnya yang bersalah atau
orang yang anda tuduh bersalah sebenarnya tidak bersalah!
Ingatlah
anda hidup tidak lama. Akan jadi saksilah segala kulit, tangan, mata, anggota
badan kamu yang telah diberikan keupayaan berkata-kata oleh Allah Taala.
24:24 36:65 40:19
41:20,21,22 58:6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.