Makan ayam sebabkan kanser?
Kenapa kita tidak digalakkan makan ayam?? ada beberapa
perkara yang aku dan anda semua rasakan ia sangat penting. Berat untuk cerita,
tetapi itulah hakikatnya pada hari ini. Sumber ini aku dapat dari email dan ia
tidak semestinya benar, cuma kita perlu fikir-fikirkan. Ada tujuh sebab:
1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam
daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka
ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam
telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga
ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah
terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan
harga anak ayam tanpa sebarang sebab.
3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam
adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang
selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana
bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk
menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa
menyambut hari perayaan.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian
makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat
rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal
dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan
menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.
5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya
(ayam suntik). Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden
hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam
bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi
pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ‘kelihatan’ subur dan menarik apabila
ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah
mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya
matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang
menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan
boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas
drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam
ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap
antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.
7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu
lebih berhati-hati berikutan kadar
hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai
komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA
(UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya
daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa
kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan
untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi
risiko penyakit kanser.
Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem
kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka
pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu.
Kulit ayam pun kena jaga-jaga!
Kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana
ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Kulit ayam tidak
digalakkan untuk dimakan kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada
penyakit jantung.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan
daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada
tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang
memakannya.Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca
kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya
(hormon) dalam tempoh singkat.
Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini
gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak.
Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang
tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.
Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi
penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.
Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal.
Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit
baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Sekali lagi disarankan kurangkan/berhenti membeli ayam
daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetiknya, dikawal harganya
oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara
kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh
menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim / ovari serta
kanser payudara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.