Suami dakwa
hospital cuai bedah isteri
SUBANG
JAYA 16 Ogos - Hasrat seorang suami untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama
isteri kesayangannya tidak kesampaian apabila wanita itu kini terlantar di
hospital, gara-gara dakwaan kecuaian doktor menjalankan pembedahan apendiks
pada 21 Julai lalu. Menurut Koperal Sharifuddin Othman,
isterinya, Salmai Ibrahim, 52, sepatutnya menjalani pembedahan membuang
apendiks pada 20 Julai lalu selepas dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital
Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis, ketika sedang menjaga ibu mertuanya
yang patah kaki."Apendiks isteri saya disahkan sudah pecah ketika itu
tetapi dia hanya dibedah pada pukul 3 petang keesokan hari. "Selepas
pembedahan, isteri saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan
koma selama dua hari sebelum dipindahkan ke wad biasa dan dibenarkan keluar
hospital pada 27 Julai lalu," katanya yang juga Timbalan Ketua Polis Balai
Komuniti Taipan, USJ Subang Jaya ketika ditemui di sini hari ini.Pada pukul 8
malam hari yang sama, bagaimanapun, menurut Sharifuddin, isterinya yang ketika
itu berada di rumah kakak iparnya di Taman Guru Jaya, Kangar, mengadu sakit dan
didapati bahagian jahitan pembedahan di perutnya terbuka sehingga darah
mengalir keluar.Keesokan harinya, isterinya dihantar semula ke HTF dan ditahan
di wad tetapi hanya menerima rawatan membersih luka.Dia mendakwa tiada usaha
dilakukan oleh doktor untuk menjahit semula tempat pembedahan yang terbuka atau
membuat pemeriksaan lanjut terhadap bekas pembedahan itu sehinggalah keadaan
isterinya semakin teruk dengan semua jahitan di perutnya terbuka pada 2 Ogos
lalu.
"Isteri saya
menderita kesakitan sehingga demam apabila luka di tempat pembedahannya terbuka
semula sehingga menampakkan isi perut tetapi doktor hanya membersihkan luka
tersebut, memberi ubat demam dan penahan sakit dengan alasan ia proses biasa
untuk pulih," katanya.Dia yang tidak berpuas hati dengan layanan hospital
itu kemudian memindahkan isterinya ke Pusat Perubatan Kedah di Alor Setar, pada
hari sama."Tiba di situ, doktor memaklumkan keadaan isteri saya sudah
tenat kerana usus yang disambung selepas pembedahan sebelum ini pecah dan
membengkak, malah dia akan meninggal dunia jika tidak dirawat segera,"
katanya.Ekoran itu, isterinya sekali lagi terpaksa dibedah bagi menyelamatkan
nyawanya pada keesokan hari.Sharifuddin berkata, pembedahan kedua di pusat
perubatan itu berjaya menyelamatkan isterinya tetapi dia belum dibenarkan
keluar hospital sehingga kini dan berkemungkinan terpaksa berhari raya di
hospital.Memandangkan mereka sekeluarga tinggal dan bekerja di Subang Jaya,
salah seorang anak perempuannya terpaksa berhenti kerja di sebuah bank untuk
membolehkannya menjaga ibunya yang terlantar di Pusat Perubatan
Kedah.Sharifuddin mendakwa sudah bertemu dengan Pengarah HTF untuk mengadu
tentang kecuaian kakitangannya tetapi tiada maklum balas diperoleh sehingga
kini.Dia yang kecewa dengan kecuaian dan sikap lepas tangan pihak HTF kini
dalam proses mendapatkan peguam untuk menyaman hospital berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.