Berapa banyak pesakit diberi tersalah ubat?
Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua, betul
atau salah, cuai atau lalai itu semua terpulang pada pandangan masing-masing. 5 tahun yang lepas nenek saya sakit, sakitnya berlarutan selama berminggu minggu, walaupun telah dibawah berkali kali ke Hospital Labuan, tapi sakit nya mangkin tenat, dan doktor di Hospital Labuan cuma memberitahu bahawa nenek cuma mengalami demam biasa, sehingga badan nya mengeluarkan cecair dan bengkak air, kami berkeputusan untuk membawa nya ke klinik swasta sahaja, kerana kami hairan dan pelik, meski pun deman ada masa nya akan pulih, dan bukan semakin teruk, sejurus kami menghantar nenek ke klinik swasta, doktor di klinik swasta itu terkejut yang teramat sangat, dengan sekali pandang saja beliau mengesahkan bahawa nenek mengalami Stevens–Johnson syndrome, iaitu tersalah makan ubat dengan serta merta Doktor menjalankan ujian untuk memperkukuhkan dakwaan itu, selepas beberapa jam, keputusan telah menunjukan bahawa dakwaan beliau adalah betul, dan beliau telah mengeluarkan surat untuk Hospital kerajaan Labuan untuk mengambil tindakan selanjutnya, kerana peralatan dan ubat-ubatan di klinik beliau tidak mengcukupi, setelah mendapat tahu keputusan itu, kami dengan lantasnya membawa nenek ke hospital semula, tetapi dengan kecewanya kami telah disuruh untuk datang semula pada keesokan pagi nya.
Pada esok nya kami kembali ke hospital dengan surat dan report dari klinik swasta, tapi dengan sekali lagi kami telah dikecewakan dengan sikap pihak hospital yang tidak bertanggung jawab, pihak hospital dan doktor itu memberitahu kami bahawa, perkara seperti report tersebut adalah tidak betul, dan pihak hospital labuan dan doktor itu memberitahu kami bahawa nenek mengalami chicken pox yang agak serious, ini kerana disebabkan, kulit nenek telah mengeluar cecair dan bengkak air, pihak hospital telah menahan nenek dengan alas an bahawa nenek mengalami chicken pox dan nenek diberi makan ubat dan gantung air, keesokan hari nya keadaan nenek semangkin teruk, badan dan jari nenek bertukar ke warna seakan-akan gelap dan bengkak air semangkin teruk. Kulit nenek seperti melecur. Walaupun sedemikian rupa, pihak hospital tidak mengambil apa-apa tindakan, sehingga nenek ku minta dibius untuk tidor, kerana kulit nenek yang hancur dan mengeluarkan cecair. Pada petang itu juga kami dengan lantas nya membawa nenek ke kota kinabalu dengan menaiki helikopter hospital setelah didesak oleh kami. Sejurus kami sampai ke hospital queen Elizabert, doktor dengan segeranya meminta segala ubat-ubatan yang dimakan oleh nenek, setelah dibuat siasatan, baru kami sedar bahawa, doktor di hospital labuan itu telah membagi nenek ubat gaut, walaupun nenek tidak mengalami penyakit gaut….. dan ubat itu la yang menyebabkan sistem badan nenek shutdown, dan lama kelamaan ia telah menjadi racun yang telah meragut nyawa nenek.
Apa yang sedih sekali, setelah buat sedikit selidik, saya mendapati bahawa kes seperti nenek bukan la yang pertama dan tidak ada tindakan yang diambil.
Apa yang membuat saya menulis kepada ruang ni kerana datuk saya sakit baru baru ni, dan perkara ini saya tidak tahu nak melabelkan lucu atau marah, kerana sekali lagi doktor dan hospital labuan membuat tanggapan sendiri, datuk saya sakit dan pening, doktor telah menahan datuk di hospital dengan alasan beliau disuspect mengalami TB (tuberculosis), wahal nya datuk cuma pening sahaja, dengan tiada langsung simtom penyakit tersebut….
Harap pihak tuan dapat menolong dan menaik taraf kan hospital labuan… kami rakyat labuan juga adalah manusia dan berhak mendapat rawatan setimpal dengan negeri lain.
By: Nurafiqah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.