Jumaat, 30 Mac 2012

Doktor Tersalah Potong….


Doktor Tersalah Potong….

Itulah yang kita baca dalam majalah isihat  Bil 53 April 2012 Mukasurat 12 - 19. Wajarlah anda memiliki majalah ini untuk info peribadi serta rujukan masa depan anda! Menjadi hak anda untuk mengetahui apa penyakit anda dari doktor yang merawat. Menjadi tanggungjawab Doktor pula memberitahu anda apa penyakit yang sedang anda hadapi serta pilihan rawatan yang ada samada radikal atau konservatif.
Bagi kanser yang histopatologinya malignan elok anda perhatikan ayat para cerdik pandai pengkaji tisu manusia seperti dibawah:

Tumour cells with involvement of excision margin – maksudnya sel sel kanser kena sempadan / margin.
Tumour cells are seen on the excision margin – maksudnya sel-sel kanser kena sempadan / margin.
Tumour cells closed to the excision margin – maksudnya sel sel kanser tidak kena sempadan / margin.
In the tissue section provides, the lesions appears to be completely excised, although the cells are close to the resection margins – maksudnya sel sel kanser tidak kena sempadan / margin.

Kena atau tidak kena margin akan menentukan samada radikal atau less radikal treatment! Itulah kepentingan memotong sampel tisu tumour anda! Dalam makmal kaji tisu (Pathology), tisu kanser anda dipotong samaada oleh Pegawai Perubatan Gred UD44 atau UD48 atau juruteknoloji makmal Gred 29. Tidak mustahil berlaku kesilapan semasa pemotongan sampel dan staining sampel tumor anda! Mereka adalah manusia biasa yang bekerja 8 jam sehari, keletihan dengan jumlah specimen yang amat banyak. Ingatlah, bahawa trend kejadian pesakit kanser adalah semakin hari semakin bertambah banyak, tidak mengira faktor genetik sedangkan tren pengambilan / penambahan anggota kaji tisu baru adalah statik!
Sel kanser juga dikelaskan sebagai low grade, intermediate dan high grade…Semua ini akan menentukan cara rawatan anda samada perlu radikal operation/treatment atau simple operation/treatment. Juga menentukan samada anda dikimoterapi atau diradioterapi atau kedua-duanya sekali. Justeru, meminta pendapat kedua (Second opinion) dari doktor yang benar-benar ahli adalah amat berbaloi! Oleh itu, cuba dapatkan pendapat kedua dari orang yang benar-benar bijak dalam bidangnya serta disegani dan dipercayai oleh para ahli kaji tisu (pathologist) yang lain. Umpamanya pilihan second opinion pathologist di SDMC adalah sebagai satu contoh yang baik. Sekiranya anda mengetahui contoh yang baik-baik silalah beritahu kami.


Ingatlah, bila anda didiagnosa kanser, jangan kalut, jangan putus asa, berdoalah pada Allah… bincang dulu, tanya banyak specialist yang anda boleh jumpa.. Umpamanya bincang dengan pathologist atau clinical oncologist. Cari pathologist yang ada subkepakaran cytologist dan lain-lain kaedah yang boleh anda percayai.

Anda perlu ingat :
Barang siapa doktor yang mendalami ilmu pengetahuannya dengan mempelajari bidang ilmu lain atau memperdalami ilmunya, Allah akan meninggikan mereka dengan beberapa darjat.
Dari Aisyah r.a. isteri Nabi saw. Katanya: Rasullulah saw. Bersabda: “Setiap kali orang Islam mendapat melapetaka, Allah mengampuni dosanya kerana melapetaka itu, bahkan yang disebabkan oleh terkena duri.”
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. Katanya: Rasullulah saw. Bersabda: “Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan ( mengampuni ) kesalahan kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya.”
Dari Anas bin Malik r.a. Katanya: Rasullulah saw. Bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang kamu mengharapkan kematian karena suatu melapetaka yang menimpanya. Kalau ia tidak dapat berbuat lain, maka hendaklah ia berdoa: “Hai Tuhanku, hidupkanlah aku kalau seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi wafatkanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku”
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Bersabda: “Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubatnya yang juga diturunkannya.”
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Bersabda: “Siapa yang mati karena penyakit perut adalah mati syahid. Siapa yang mati karena penyakit kolera adalah mati syahid.”

Sebagai pesakit, anda tidak patut sama sekali menyerahkan 100% jiwa raga anda kepada doktor… Tidak patut sama sekali anda berasa malu untuk bertanya doktor berkenaan tentang penyakit anda.  Tidak patut sama sekali anda menyerahkan keselamatan, well being dan kualiti masa depan hidup anda ke dalam tangan doktor semata-mata… Ketahuilah selepas sebarang pembedahan radikal, anda akan tinggal dalam ICU selama 24 - 48 jam untuk observation. Anda menderita sakit, mungkin juga terpaksa makan melalui tiub, tidak boleh bercakap, mengalami pendarahan, perlu menahan sakit dan sengsara, bed-ridden, mengalami bedsores, terpaksa memakai pampers dewasa , kencing dalam urine bag dsbnya ; sedangkan doktor kesayangan pujaan hati anda akan bergegas pulang dan bersama keluarga mereka bersantai serta berseronok-seronok atau membuat lokum (Part time) bagi menambah wang yang telah sedia ada lebih dari mencukupi untuk mereka hidup senang. Kebanyakkan doktor anda tidak berasa puas dengan apa yang mereka ada…Kebanyakkan mereka sibuk mengejar dunia… Satu daripada contohnya cuba anda baca ayat dalam majalah isihat  Bil 53 April 2012 Mukasurat 22 yang berbunyi :
“Apabila mula bekerja, keinginan saya untuk menjadi kaya raya semakin kuat dan tidak terbendung lagi”
Mereka juga bercita cita dan banyak juga menghantar anak mereka ke Ukraine, Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh, Taiwan, Hong Kong etc bagi belajar ilmu kedoktoran serta menyambung legasi mereka atau membuka firma perubatan bagi menyambung kekayaan sedia ada… Ada antara anak mereka yang SPM gred 4 aliran sastera pun boleh jadi doktor!!! Jika anda tak percaya, elok anda tanya sendiri dengan kerani unit pendaftaran Amalan Tahunan Pengamal Perubatan di E1 Aras 1 Parcel E, W. P. Putrajaya.
Cuba korang lihat ayat dokter muda ne baru je housemen tapi dah pasang angan-angan mau jadi kaya raya !!! ….. Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi, 24-year-old male, currently work as a Houseman in Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Also doing business to be millionaire. fadhli.blogspot.com   Dokter cam ne mesti kerja ingat duit aje.. dan bukannya betul nak merawat pesakit kerana Allah!!!

Oleh yang demikian, lain kali, jadikan amalan bertanya kepada doktor dan dispenser ubat akan kesan-kesan sampingan ubat yang mereka beri… Jangan diam saja, nanti anda sendiri yang rugi. 99.9% ubat di pasaran yang diolah atau direkacipta oleh big pharma adalah berasaskan bahan kimia. Kimia dalam bentuk vehicles, dan tepung yang memegang active substances atau bahan kimia yang membentuk ubat. Semua ubat ada kesan sampingan yang tersendiri. Jangan anda rela diri diperbodohkan dengan diberi bermacam macam jenis ubat. Ambil masa anda untuk bertanya kesan sampingan ubat dari doktor yang merawat atau dari dispenser ubat kerana itu hak anda untuk mengetahui dan tanggungjawab mereka memberitahu hingga anda faham sepenuhnya. Jika mereka enggan, anda boleh mengadu ke lembaga perubatan ( Malaysian Medical Council / MMC ) atau lembaga Farmasi Kebangsaan. Jika ambil ubat dari klinik swasta, bertanyalah terus dari doktor kerana gadis pemberi ubat tiada latihan diploma khusus mengenai kesan - kesan sampingan dan kimia ubat. Banyak doktor klinik swasta suka memberi hingga 4 – 5 jenis ubat sekaligus walaupun anda hanya komplen demam kerana ini melipatgandakan cas rawatan! Jarang klinik swasta yang sanggup memberi anda hanya cas konsultasi RM10/- atau satu ubat sahaja! Mereka berorientasikan wang! Ketahuilah bahawa ubat mengandungi pewarna, perisa tiruan, pewangi, pengawet, bahan kimia, vehicles substances dsbnya! Ubat batuk pula mengandungi alkohol , ethanol atau arak tetapi menjadi halal atas nama ubat !
Jangan sekali-kali anda mengangap Doktor sebagai insan istimewa atau anda menyembah atau memuja doktor! Yang layak dipuja dan disembah serta dibesar-besarkan serta dipuji hanya Allah. Akan tetapi, ada pesakit kurang berilmu mengatakan “Eh Doktor pun sakit?”. Sudah menjadi kebiasaan doktor swasta akan menyembunyikan sakit yang mereka hidapi dari anda… Kadang kadang mereka sendiri penderita kencing manis, darah tinggi, sakit jantung malah kanser! Banyak juga doktor yang mati muda serta 99.9% dari mereka menyembunyikan kebosanan mereka yang amat sangat kerana terpaksa bekerja berkurung dalam bilik yang sempit seumur hidup mereka luar dari pengetahuan anda. Perasaan kebosanan mereka yang melampau akibat membuat benda yang sama setiap hari (tanya anda sakit apa + letak stetoskop ke dada anda + lihat dalam mulut + periksa suhu ) hanya mampu dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan doktor sesama mereka.
Diingatkan sekali lagi bahawa doktor hanya insan biasa sama seperti anda! Tiada apa yang istimewa pada mereka. Mereka sama seperti anda kerana berak mereka sama warna dengan berak anda. Bau pun sama hangitnya. Bau ketiak mereka pun sama tengik serupa seperti ketiak anda juga!! Kehendak mereka tidak lain iaitu hanya mencari wang atau mencari dunia! Mereka pun ada yang buat silap kerana mereka manusia biasa. Yang membezakan taraf anda dengan mereka hanyalah taqwa, amal soleh serta amalan yang baik-baik.
Kadang kadang kita melihat doktor berjalan dengan meninggikan dada mereka. Ini maksudnya mereka mempunyai konfiden level yang amat tinggi… Kononnya merekalah yang boleh menyambung nyawa para pesakit atau merekalah yang berkuasa! Mereka juga berani mengatakan anda cuma ada masa 3 - 6 bulan saja lagi untuk hidup sedang ajal maut itu ditentukan Allah!!! Langsung mereka tiada memikirkan kuasa Allah pada ketika itu… Kutuk Allah atas orang-orang yang mengambil kuasa dan ketentuan Allah !!
Apabila anda didiagnosa kanser, cubalah dapatkan nasihat kedua atau ketiga… Laburlah duit anda kerana tidak rugi anda melabur dalam bentuk ini. Anda ingin kepastian dari doktor hanya dari doktor pakar yang terbaik… Bukan semua doktor itu sempurna atau tahap kepandaiannya sangat bijak ! Semasa mereka lulus pun ada yang lulus tahap A+ ; A ; A – , B+ , B , B-, C dan banyak juga yang lulus sekadar atas pagar atau lulus sekadar cukup makan! Anda tidak mengetahui hal ini … Hanya yang tahu adalah professor, pihak universiti serta rakan sesama mereka yang menduduki peperiksaan itu! Jadi, ada baiknya anda bertanya kepada doktor lain tentang who is the best among the best!!! Penyakit anda bukan sakit biasa tetapi kanser !! Iaitu penyakit paling digeruni selepas sakit buah pinggang (End Stage Renal Failure).
Sebagai contoh; anda tidak tahu mengenai siapa the best pathologist dalam negara ini? Iaitu pakar pathologist yang paling banyak mendapat anugerah, Paling banyak bentang paper peringkat antarabangsa, paling terkenal serata dunia? Paling banyak dipanggil sebagai visiting professor untuk memeriksa peperiksaan calon ( calon doktor pakar kaji tisu ) sarjana tahun akhir dsbnya!  Anda perlu buat homework mencari mereka yang terbaik antara yang terbaik….Itu hak anda. Anda tidak dibenarkan sama sekali memilih doktor pakar jika anda di Hospital Kerajaan! Adakah doktor yang merawat anda itu lulus sekadar cukup makan saja? Adakah doktor yang merawat anda datang dari universiti yang kontroversi tahap pembelajarannya seperti yang terpampang dalam akhbar satu masa dulu? Anda wajar bertanya soalan itu kerana sudah banyak kes doktor melakukan kesalahan tersilap diagnosa lalu tersilap potong ! Anda yang merana selepas itu!!!  Kebanyakkan doktor terbaik mendiami hospital ternama umpamanya SDMC dsbnya. Namun ada juga yang masih setia bersama Hospital Kerajaan. Antara contoh nama doktor tersohor seperti Profesor Dr Muhaya sebagai pakar mata yang humble, budiman serta memiliki personality yang amat baik… Sudah tentu anda berasa tenang serta puas hati jika pergi berawat dengan beliau. Begitu juga Profesor Hamid Arshad pakar O&G.

Nota: Coretan ini tidak sesekali berniat memperlekeh profesion kedoktoran tetapi pesakit berhak mengetahui hak mereka serta menilai perkara sebenar. P Ramlee mengajar kita bersikap benar dan berlaku lurus dalam segala hal iaitu seorang duda tua sanggup menyerahkan satu-satunya waris kesayangannya (Anakku Sazali) kepada polis walaupun hatinya remuk redam akibat perbuatannya itu… Sekiranya anda sekarang melakukan kerosakkan di muka bumi, berlaku luruslah ; moga-moga anda selamat … amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.