Ahad, 13 Mei 2012

Punca Penyakit Kanser


Punca Penyakit Kanser

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser ( MSG , pewarna /bau /perisa tiruan, pengawet). Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, jenis kanser yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Radiasi, apa saja jenis daging panggang hitam hangus, bekas polistirene, pinggan melamine, lemak, sakarin, aspartame (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai demikian juga dengan pelarut cat dan pelarut gam dalam kereta atau pejabat anda, semuanya boleh menyebabkan kanser!
Dulu kita mempercayai bahawa keturunan (genetic) merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko mendapat kanser. Walau demikian, kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser. Apa lagi yang kita tidak tahu? Orang zaman dulu dulu iaitu di zaman datuk nenek dan moyang kita amat jarang mereka mendapat kanser. Keadaan berbeza sekarang dimana lebih banyak golongan muda ( julat umur 20 - 40 tahun ) mendapat kanser! Malahan kanak kanak pun ada yang menghidap kanser!! Sekiranya anda tidak percaya, tanyalah pakar pakar Pathologist yang kerjanya meneropong halus sel sel manusia yang disyaki ketumbuhan kanser... kenapa harus ada perbezaan sebegini? Apakah faktor penyebab berlaku nya trend sebegini? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Pendapat beliau mengatakan,  teori stres oksidatif terbukti kebenarannya. Ia menjelaskan dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya. Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut.

Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.

Untuk mendapatkan sumber antioksidan yang mustajab, haruslah diperolehi dari sumber semulajadi terbaik iaitu dari sumber yang diciptakan Allah untuk manusia. Andai tuan membeli produk yang telah dipasarkan, mereka bertujuan mau wang sebanyak banyaknya! Kata singkatnya mereka mau untung besar dari penyakit yang anda deritai. Justeru pujilah Allah dengan nama yang baik baik yang telah menciptakan macam macam tumbuhan untuk anda yang banyak mengandungi antioksidan semulajadi yang 100% segar, tiada campuran bahan kimia, pewarna, pengawet, perisa bau dsbnya! antara tumbuhan ini termasuklah;

1.   Daun dan buah Mengkudu,
2.   Daun dan buah Mahkota Dewa,
3.   Daun dan buah dokong anak
4.   Daun dan buah ara padang.
5.   Daun dan buah betik
6.   Daun dan buah delima
7.  Daun dan buah Durian belanda
8.   Daun dan bunga 7 bilah
9.   Daun Inai
10.   Daun Bayam duri
11.   Daun Belimbing pasir
12.   Daun Kemunting Cina
13.   Daun Semalu
14.   Daun rempah gunung
15.  Daun Letup letup.
16.    Daun  Putat
17. Daun Senduduk
18.   Daun Sireh Kaduk
19.   Daun Pegaga
20.   Daun kunyit
21.   Daun Hempedu bumi
22.  Daun Putar wali
23. Daun Maman pantai
24 Daun tenggek burung
25. Daun Mata Itik
26. Daun Mata pelanduk
27.  Daun Serai kayu
28.  daun lengundi
29 Serai
30.Halia
31.   Daun Pucuk ubi Kayu (Cassava)
32.   Minyak kelapa dara
33. Daun Sambung nyawa
34. Daun Pecah Beling/ Pecah Kaca
35.  terung susu kambing
36 kunyit hidup
37. Tomato
38. Karot
39. Apple Hijau
40. Nenas
41.  Sengkuang
42.  tunjuk Langit
43. Bawang putih dan bawang merah
44. akar semalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.