Ahad, 13 Mei 2012

Pencemaran Sebabkan Barah


Pencemaran Sebabkan Barah

Semakin hari semakin ramai insan yang  mendapat barah. Tidak kira mereka berpangkat tinggi atau tidak, bergaji besar atau tidak, doktor, peguam, pengarah, pentadbir dan banyak golongan profesional tidak terlepas dari mendapat barah. Jika diperhatikan pada kalangan generasi terdahulu, mereka sihat hingga ke akhir hayat. Mati pun dalam tidur. Orang kata mati dalam iman dan bahagia matinya tanpa perlu dipotong itu dan ini, jauh pula dari mendapat suntikan racun ke dalam salur darah. Ataupun menerima pancaran radiasi.

Apakah rahsia mereka mengekalkan kesihatan?
Saya katakan Punca Barah adalah pencemaran. Saya ulangi sekali lagi Punca Barah adalah pencemaran! Ulangi lagi, Punca Barah adalah pencemaran! Jika ada yang mengatakan barah disebabkan oleh faktor keturunan (genetik), kenapa sekarang didapati bahawa jika saudara mara dan atuk nenek mereka tidak pernah ada sejarah barah, kenapa anak cucu yang tinggal di flat, mengharungi kesesakan trafik jem, dan kekurangan tanah untuk bercucuk tanam banyak yang mendapat barah? Jadi sebenarnya, punca barah adalah pencemaran, tidak makan makanan berasaskan tumbuhan semulajadi yang bebas racun 3 serangkai, kesihatan mental yang teruk, tidak cukup tidur akibat kehendak kerja yang memerlukan, persekitaran kerja hawa dingin sejuk beku dan perlu duduk selama 8 jam sehari, tiada bersenam dan banyak faktor lagi.
Warga sekarang hidup dalam persekitaran plastik. Makan dalam mangkuk polisterin. Minum dalam cawan polisterin. Anak-anak ke sekolah membawa bekal makanan dalam bekas plastik. Balik sekolah anak-anak sekarang tidak bersenam tetapi duduk sepanjang masa main Game Play Station, Nintendo dsbnya. Ini menyumbang obesiti kepada anak-anak ditambah dengan pemakanan tidak sihat seperti ayam goreng segera, double burger dsbnya  yang banyak terdapat sekarang. Ia juga menggusarkan negara kerana tiada bakat baru dalam sukan badminton, hoki dan bolasepak semua gara-gara kanak kanak sekarang rata-rata sudak gemuk dan tidak mampu berlari pantas! Bekas minuman juga adalah sedari plastik. Bekas balut makanan pun sedari plastik. Plastik adalah hasil dari polimer petroleum yang tidak stabil. Apabila plastik bersentuhan dengan makanan, polimer yang tidak stabil ini boleh masuk ke dalam makanan. Ianya tidak disedari kerana ia tidak mempunyai rasa. Bahan plastik yang terkandung dalam makanan akan diserap oleh usus dan larut dalam darah. Dari darah ia disimpan dalam sel-sel lemak hati, ginjal, otak dan sebagainya. Di mana ia berada ia boleh mengganggu tugas organ yang didiaminya. Jika kita perhatikan, kanak-kanak sebaya umur dari Kelantan lebih bijak daripada kanak-kanak sebaya umur dari lembah Kelang. Kanak-kanak sebaya umur dari Kelantan juga kurang mengalami masalah asthma jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya umur dari lembah Kelang. Ini semua adalah kesan pencemaran! Saya ulangi bahawa ia berpunca dari pencemaran! Punca pencemaran adalah banyak. Sikap manusia, pengeluaran asap kilang, asap kenderaan dsbnya memainkan peranan.

Sikap Manusia:
Pengeluaran Asap Industri:
Hasil Sampingan Toxic Industri:
Pengeluaran Asap Kenderaan:
Hasil Sampingan Toxic Kenderaan:


Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab?

Kata orang, kita meminjam dunia ini daripada anak cucu kita. Sebenarnya apa yang kita buat sekarang akan menentukan persekitaran mereka hidup kelak.

Sikap Manusia:
1.   Berhenti menggunakan plastik.
2.   Ajar anak anda sikap yang baik.
a.   Buang sampah di tempat yang sepatutnya.
b.   Beritahu kesan bahaya penggunaan plastik, dioxin, Polychlorinated Biphenyl dsbnya.
3.   Menggantikan plastik dengan bahan mudah urai seperti menggunakan beg mesra alam seperti beg kertas, anyaman mengkuang, beg jut, beg anyaman buluh dsbnya.
4.   Tidak membuang sampah dari kenderaan yang bergerak sebaliknya mengumpul sampah untuk dimasukkan ke dalam bakul sampah.
5.   Mengutip plastik yang diperhatikan ada di depan mata / ada di atas jalan – kita mungkin mentertawakan sikap ini tetapi di negara maju inilah sikap mereka terhadap sampah. Kita boleh lihat di U K sungai mereka bersih. Terdapat ikan yang boleh hidup dalam sungai mereka. Orang yang mentertawakan adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan untung nasib anak cucu mereka di kemudian hari.
6.   Mengumpul plastik bagi mengkitar semula plastik – selalulah berkunjung ke pusat jualan barangan lama atau tunggu saja lori membeli surat khabar lama datang ke rumah anda.

Hasil Sampingan Toxic Industri Pertanian:
1.   Bagi industri pertanian boleh mengkitar semula gas methane yang dikeluarkan oleh najis haiwan.
2.   Makanan berasaskan kitar semula iaitu sekam padi, hampas jagung/ tebu/ kelapa dsbnya.

Hasil Sampingan Toxic Industri Bukan Pertanian:
1.   Memastikan industri yang beroperasi bukan menjejaskan alam sekitar serta selamat dan sihat bagi penduduk sekitar.
2.   Contoh industri di Lynas, Gebeng yang diperkatakan menyimpan sisa radioaktif tidak seharusnya dibiar beroperasi – sisa radioaktif ini kekal dan boleh bocor ke dalam tanah. Walaupun lapisan konkrit digunakan tebal, ia boleh retak dan air radioaktif akan mencemarkan air di bawah tanah. Malaysia terletak hampir dengan lingkaran gunung berapi aktif di Asia Tenggara. Pakar Geologi menegaskan bahawa Malaysia kita mungkin akan mendapat kesan gegaran atau gempa bumi pada bila bila masa.

Pengeluaran Asap Kenderaan:
1.   Kenderaan perlu dikawal bagi mengeluarkan seminimum asap yang mungkin sebagaimana yang dipraktikkan di negara maju.
2.   Menggunakan enjin terkini dan cekap menggunakan bahan api.
3.   Mehapuskan cukai terhadap kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik.
4.   Menggalakkan kenderaan awam yang berkuasa elektrik contoh jaringan keretapibawah tanah yang berselirat dan menggunakan elektrik.
5.   Penggunaan bas elektrik atau gas asli.

Hasil Sampingan Toxic Kenderaan:
1.   Minyak Hitam 4T = agen karsinogenik
2.   Zaman Dahulu: Plumbum sebagai antiknocking = Plumbum = Timah Hitam merosakkan otak/ saraf/ merendahkan IQ kanak kanak terutamanya di Lembah Kelang!!! Lembah Kelang geografinya berbentuk Kawah. Plumbum berat dan lama kelamaan settle ke atas tanah! Tabiat sampingan manusia suka buang bateri yang mengandungi logam berat berbahaya kepada kesihatan seperti Plumbum, Cadmium, Nikel, Mercury dsbnya merata-rata tempat tanpa dilupuskan secara betul!!!
3.   Sekarang: Benzene sebagai antiknocking ; Benzene dibuktikan boleh menyebabkan leukaemia terutamanya kepada bayi yang masih dalam perut ibu!!! --- Berhati hati sekiranya anda wanita mengandung yang mengepam petrol!!!
4.   Cat kenderaan = Volatile Organic Compound
5.   Gam atau bahan perekat dalam dashboard serta kerusi @ karpet kenderaan = Volatile Organic Compound

Nota : Saya hanyalah manusia biasa yang membuat kesilapan. Kepada sebarang kesalahan atau keterangan tidak tepat yang terdapat dalam catatan ini, saya pohon maaf dan saya pinta pihak yang menyedari ralat itu tampil membetulkannya. Semoga usaha anda Allah saja yang  membalasnya. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.