Minyak apakah yang paling baik?
Sifat Kimia Lemak
Lemak Tepu (Saturated Fat)
Kesemua atom karbon mempunyai ikatan tepu
dengan atom hidrogen seperti stearic acid, minyak kelapa dan daging.
Monounsaturated Fat
Ada terdapat sekali kejadian di mana 2 atom
karbon membina satu ikatan unsaturated seperti minyak zaitun.
Polyunsaturated Fat
Ada terdapat lebih dari sekali kejadian di
mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti linoleic acid,
minyak jagung.
Kualiti minyak
Minyak
tepu lebih tahan haba dari minyak tak tepu kerana ikatan tepu lebih stabil dan
lebih kuat dari ikatan minyak tak tepu! Ikatan minyak atau lemak tak tepu
sebenarnya tidak stabil, kurang kuat dan senang rosak (rancid) atau senang
terurai oleh haba! Tangan atau lengan atau ikatan karbon dalam minyak tak tepu
yang terurai ini akan bebas menggapai apa apa saja. Dikhuatiri lengan yang
bebas ini akan menggapai racun seperti dioxin semasa anda memasak dan boleh
meracun keluarga anda! Justeru, untuk memasak, Minyak tak tepu adalah pilihan
yang memudaratkan! Oleh itu, untuk pelihara kesihatan anda, gunakan minyak
kelapa semasa memasak. Diulang bahawa minyak paling baik untuk memasak adalah
minyak kelapa dara!!!
Lemak
teroxidised atau minyak teroxidised menyebabkan kanser dan penyakit jantung!
Minyak unsaturated senang teroxidised terutamanya semasa memasak! Lipid
peroxidation chain reaction (rancidity) menghasilkan berbagai bagai jenis mutagen dan karsinogen!!!
(mutagen = bahan menyebabkan sel berubah bentuk dari normal menjadi sel tidak
normal @ sel kanser ; karsinogen = bahan penyebab kanser ).
Penyelidik
di Universiti Minnesota mendapati penghangatan minyak sayur sayuran seperti
minyak jagung, soya, bunga matahari, terutamanya semasa aktiviti menggoreng,
boleh menukarkan minyak unsaturated ini menjadi sebatian beracun HNE. Bahan HNE
berpotensi menyebabkan angin ahmar, Parkinsonism, hati rosak, lupa, dan salur
darah tersumbat!!! Jika salur darah anda
telah banyak yang tersumbat atau sempit, keadaan ini menyumbang kepada penyakit
darah tinggi, penyakit lemah jantung (heart failure) atau jantung kembang
(Cardiomegaly) dan penyakit angin ahmar (stroke)!!!
Memakan
hasil minyak yang beracun seperti ini boleh menyebabkan anda cirit birit,
terbantut tumbesaran, rambut gugur, penyakit kulit, letih lesu lemah tidak
bermaya, pendarahan usus, kanser usus dsbnya!!
Restoran
Fast Food kebanyakkannya mengunakan minyak rancid polyunsaturated!! Minyak ini
pulalah yang digunakan untuk menggoreng ayam berkali kali sehingga minyak ini
menjadi hitam ( Masih tak percaya? Tanyalah dengan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran yang pantau kebersihan makanan di Pejabat Kesihatan Daerah anda) !!!
Justeru jika anda membeli ayam goreng yang berwarna gelap, anda eloklah tukar
ke ayam goreng yang berwarna cerah sedikit! Tetapi, jika Fast food dan nasi
lemak itu menggunakan minyak polyunsaturated, anda masih terdedah kepada
berbagai mutagens dan karsinogen seperti diceritakan di atas!!
Justeru, minyak apakah yang paling
baik untuk anda?
Untuk
memasak / menggoreng = Gunakan minyak rantaian sederhana tepu ( Medium Chain
Fatty Acid ) seperti minyak kelapa dara!
Minyak
zaitun / canola / kacang Macadamia = monounsaturated adalah pilihan kedua untuk
memasak!
Jangan
sekali kali guna minyak polyunsaturated (Minyak Flaxseed, Walnut) untuk
memasak!!! Minyak polyunsaturated hanya ideal ditelan mentah-mentah sahaja!!!
Polyunsaturated
Omega 3 = minyak ikan
Polyunsaturated
Omega 6 = minyak sayur-sayuran
Minyak
Polyunsaturated Omega 3 dan minyak Polyunsaturated Omega 6 mesti dimakan dalam
kadar 1:1 tetapi hari ini manusia tertipu dengan iklan mencantikkan kulit ,
lalu memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6!!! Keadaan tidak seimbang
ini atau lebihan Minyak Polyunsaturated Omega 6 menyebabkan mereka berpenyakit
inflammasi ( Radang kulit atau gatal gatal kulit, kulit merah ), obesiti,
kencing manis, penyakit jantung, kanser dan kemurungan!!! Insan di Malaysia
sekarang memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6 dalam diet mereka !!! Tiada
siapa yang mahu menasihatkan mereka kecuali jika mereka berfikir selepas
membaca penulisan ini!
Tetapi
Gamma linolenic acid (GLA) dan conjugated linoleic acid (CLA) adalah 2 jenis
Minyak Polyunsaturated Omega 6 yang bertindak seperti Minyak Polyunsaturated
Omega 3! Anda disarankan mengambil GLA dan CLA kerana sifat mereka ini jika
anda susah memakan minyak ikan! GLA meredakan gejala semasa datang bulan,
mengurangkan radang, mengembang salur darah, mengurangkan darah beku, dan
membantu pembakaran lemak dalm badan. CLA melawan kanser dan membina otot. CLA
didapati dalam daging lembu yang hanya memakan rumput!!! daging lembu yang
memakan bijirin kurang mempunyai CLA!
Minyak
diekstrak menggunakan haba! Justeru semua Vitamin akan musnah! Ikatan
polyunsaturated terurai oleh haba lalu membentuk sebatian beracun yang
menyebabkan kanser! Justeru, Minyak Polyunsaturated seperti walnut dan flaxseed
mesti diekstrak secara cold press dan bukannya secara heat press!!
Apakah jenis jenis minyak yang tidak
baik untuk anda?
Mereka
adalah refined vegetable oil seperti minyak jagung, safflower, sunflower, soya
dan trans fat!
Minyak
trans fat dibuat dengan proses hydrogenation dimana minyak Polyunsaturated dialirkan
dengan hydrogen bagi menyebabkan ia menjadi minyak tepu secara olahan kimia!
Minyak terhydrogenated adalah pepejal semasa suhu bilik! Banyak sekali Minyak
terhydrogenated ini digunakan membuat kuih, kek, makanan terproses dsbnya.
Malangnya minyak terhydrogenated menyebabkan kanser, penyakit darah tinggi,
penyakit jantung, kegemukkan, kencing manis dan angin ahmar!!! Minyak
terhydrogenated dihasilkan melalui tindakbalas haba. Justeru minyak
terhydrogenated adalah minyak yang telah rosak (rancid) dan ia mengandungi agen
penyebab kanser ( Carcinogenic agent )!!!
Ingatlah:
Makanlah
makanan anda dalam bentuk semulajadi mereka diciptakan iaitu apa yang telah
dijadikan Allah untuk anda!!! Jangan lupa memuji Allah dan berterimakasih
kepadanya atas apa-apa nikmat dan kurniaan Allah kepada anda!!! Jangan sekali-kali
anda memakan makanan yang telah direfined atau diolah oleh manusia kerana
makanan makanan industri ini mengandungi banyak sekali racun dan toksik seperti
kimia pengawet, pewarna kimia, perasa kimia dan perisa tiruan, wangian kimia,
MSG dan sebagainya!!! Elakkan juga sayur sayuran beracun serangga, racun rumpai,
racun kulat dsbnya yang dikenalpasti dengan LOGO Jabatan Pertanian "SOM"
(Skim Organik Malaysia) dan "SLAM"(Skim Amalan Ladang Baik Malaysia)! Elakkan juga memakan
daging atau tumbuhan yang dihasilkan dengan sangat cepat dan rintang penyakit luar
biasa melalui teknoloji Genetic Engineering keluaran oleh negara-negara maju.
Daging
di Malaysia pula berasal dari lembu, kambing, rusa, khinzir, itik, puyuh atau
ayam yang telah disuntik ubat-ubatan antibiotik serta steroid bagi
mempercepatkan tumbesaran haiwan2 ini! Masih tak percaya? Hairankah anda kenapa
ayam penelur bertelur saban hari, saban minggu dan saban tahun? Sedangkan ayam
kampung hanya bertelur maksimum sampai 13 biji telur saja dan terus mengeram
selepas itu? Hormon apa yang telah disuntik kepada ayam penelur agar bertelur
setiap hari? Adakah hormon ini selamat kpeada anda atau menjadikan lelaki
bersifat wanita apabila lelaki jantan memakannya atau perempuan mendapat kanser
ovari bila memakan kepak ayam?
ingat lagi bahawa:
Surah
Ibrahim (14) : ayat 24 dan 25 Allah membuka rahsia minyak kelapa dara adalah
minyak paling baik untuk manusia!!! Kenapa Allah memilih surah Ibrahim mungkin kerana
Allah menyuruh kita berfikir Nabi Ibrahim hanya membekalkan Siti Hajar dan bayi
kecilnya yang baru lahir Nabi Ismail dengan buah kurma iaitu tatkala nabi
Ibrahim meninggalkan isterinya, Siti Hajar masih sarat mengandungkan Nabi
Ismail. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar di padang pasir yang tandus
kering kontang tanpa seorang manusia pun atas perintah/ujian Allah! Siti Hajar berlari
dengan perut besarnya dan mengejar nabi Ibrahim yang meninggalkannya lalu bertanya
kepada nabi Ibrahim adakah Allah yang memerintahkan sedemikian, Nabi Ibrahim
menjawab 'ya' lalu Siti Hajar reda dan berserah kepada ketentuan Allah. Siti Hajar
berlari-lari anak antara Safa dan Marwah bagi mencari manusia bagi meminta
pertolongan kerana ditinggalkan keseorangan hanya dengan anaknya yang baru lahir
iaitu Nabi Ismail. Rupa-rupanya meminta tolong hanyalah kepada Allah dan bukan
kepada manusia! Allah mengadakan satu anak sungai di bawah tanah yang kekal
airnya sehingga kini dan memberi manfaat perubatan kepada segala manusia. Air
Zam Zam bersifat antioksidan dan penawar penyakit! Wajah molekul Air Zam Zam
adalah wajah molekul air yang tercantik di dunia dibuktikan oleh Pakar Jepun, Dr
Masaru Emoto. Zam Zam bermaksud kepungan yang dibina dengan tangan oleh Siti Hajar
kerana takut air itu akan tersejat dek panas matahari ketika itu. Buah kurma yang
dibekalkan nabi Ibrahim kepada isteri dan anaknya nya adalah satu lagi ciptaan
Allah yang amat bermanfaat kepada manusia. Kurma bersifat antioksidan dan
antikanser!!! Sampai ke hari ini, belum ada manusia yang memiliki keimanan
seteguh dimiliki oleh Nabi Ibrahim.
Selama
ini saya sendiri dan anda semua telah tertipu dengan propaganda barat yang
mendakwa minyak soya, minyak bunga matahari, minyak zaitun adalah sangat baik
untuk kesihatan anda!!! Rupa-rupanya minyak propaganda barat inilah punca
segala penyakit!!! Walaupun ,minyak kelapa adalah saturated ( 64% = medium
chain saturated fatty acid), ia tidak berbahaya. Malah bermanfaat menyihatkan
anda. Minyak kelapa dara rupa-rupanya meningkatkan tahap imuniti badan anda,
melawan kanser dan meringankan penderitaan pesakit alahan seperti lelah asma
dan resdung jika diambil mentah secara konsisten iaitu dua sudu besar setiap
pagi!!! Minyak kelapa dara mencantikkan kulit serta merendahkan aras kolesterol
jahat LDL manakala
meninggikan paras kolesterol baik HDL!!! Minyak kelapa dara juga melembutkan tahi
telinga yang telah mengeras dalam lubang telinga. Isirung kelapa mengandungi
fiber, lemak, vitamin B, C, E, calcium, magnesium, Besi, Zinc dan Potasium. Air
kelapa lebih baik daripada hundred plus atau Livita bagi menghilangkan
keletihan dan memberi tenaga semasa anda cirit birit!!!
Lauric
acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara bersifat antivirus,
antibacterial, antikulat. Lauric acid dapat membunuh fat coated viruses iaitu
termasuk virus HIV, cytomegalovirus, measles, herpes, influenza, leukemia,
hepatitis C dan virus Eipstein Barr.
Badan
anda sebenarnya cepat membakar minyak medium chain saturated kelapa dara ini
berbanding dengan long chain unsaturated fatty acid seperti minyak soya!!! Bila
susah membakar long chain unsaturated fatty acid, ia ditukar dan disimpan
sebagai lemak...!! Anda akan menderita kegemukan dengan minyak soya!! Minyak
lauric acid dari kelapa dara ini juga membantu anda menguruskan badan!! Lauric
acid tidak perlu diemulsi sebelum dapat diserap usus. Lauric acid dalam kelapa dara juga membantu usus anda!!!
Lauric
acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara juga membunuh bakteria seperti
Helicobacter pylori ( bacteria penyebab kanser perut ), Listeria dan
Streptococcos. Sehingga kini tidak ada satupun ubat-ubatan ciptaan big pharma
yang dapat menandingi ciptaan semulajadi Allah ini!!! Puji-pujian atas Allah
yang Maha pemurah, Maha Pengasih penyayang, Maha Pencipta lagi Maha bijaksana.
Gunakan
hanya minyak kelapa dara yang diexstrak tanpa menggunakan haba untuk hasil terbaik!!!
Saturated minyak kelapa adalah medium chain, iaitu sama dengan konstituen medium
chain saturated fat dalam air susu ibu!!! ( Minyak tepu yang kurang baik adalah
long chain
saturated fatty acid!!! ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.